Oct 16, 2009

Abah.



Tadi aku menonton movie PapaDOM.Karya sentuhan Afdlin Shauki yang terbaik setakat ini. Plot cerita yang sangat ringkas, tapi penoh message walaopon diselangi banyak scene kelakar dan direct skrip.

Afdlin, aku suka kamu.

Tapi, for this entry, aku tak mahu mengulas lanjot pasal Incik Saadom dan cerita beliao, sebab semua boleh feel sendiri ape yang cuba Afdlin sampaikan. Dan, lepas balik dari menonton movie ni, satu je aku rasa. I love my abah. Dan, seperti mahu balik ke rumah malam ini jugak dan mahu menciom beliao.

Huhu.

Seperti Incik Saadom, aku begitu paham apa seorang bapak rasakan dalam saat beliao sedang membesarkan seorang anak perempuan.Its not easy, apatah lagi jika 2 3 anal perempuan. Dan, aku sebagai anak perempuan pula memang tak lepas dari akan rasa apa yang Liyana Jasmay rasa dalam cerita PapaDOM tu.

Satu yang aku nampak, abah sangat protective to his daughter. Its normal pada setiap mereka yang bergelar bapa kat dunia ni. Dan, ada satu tahap, mereka akan mula berasa jeles bila ade 'lelaki' lain dalam hidop girls mereka.It obvious. Contoh, hari tu someone temankan aku di stesen keretapi Kampar. That one is Pemuda UMNO yang Abah already know better and he's very close to our family. Tapi, abah begitu jeles sebab that guy sampai dulu di stesen itu sebelom die tiba. Boleh jeles sedangkan that guy only want to accompany aku while waiting him. Maybe abah pertikaikan kenapa die sanggup keluar ofis (time tu masa bekerja) semata-mata mahu mengambil tugas abah menjempot aku di stesen keretapi. Haih. Bile cerita pada mama, mama just laughing.

The same thing happened when die datang menjengah ke rumah mahu mengambil aku keluar. Abah kurang senang. I dont know why. Tapi, when something happened in our relationship, aku rase abah is right. Mungkin abah sebagai lelaki lebih bijak menilai the right person yang boleh menjaga aku dengan baik. Dan, selepas ni, kalao abah reject my choice, aku takkan merajuk lagi. mungkin. Promise.

Apa yang dicerita through this movie is also happened to me di mana seorang abah kalo boleh mahu 24 jam anak die ade depan mate. Sebab sangat risao cabaran di luar. Mula-mula aku masuk boarding school di Bukit jalil masa tingkatan 1 dulu, the first person yang menangis banyak adalah mama.Biasalah, mama kan? Abah tak tunjuk sebab abah cool.Tapi aku dapat trace abah rindukan aku bila setiap minggu abah tak lupa kirimkan surat untuk aku. He wrote the letter in English, walaopon the grammar not quite gud. Haha. Abah sweet.

Bila aku masuk UiTM pulak, dan time tu aku sudah ada hp sendiri, abah kalo boleh nak SMS every hour sampai aku selalu mengadu kat geng aku, aku penat nak marathon msg dengan abah hari-hari, setiap waktu. Abah jez wooried aku dah makan atao belom, keluar dengan siapa and so on. Sometime aku rasa malas nak jawab, but i did.

Hurm.Itu sebahagian cerita istimewa aku dan abah. Cerita yang sama mungkin untuk setiap hubungan seorang abah dan his girl =) Bila abah sakit hari tu, aku tak tao bagaimana mahu menyorokkan perasaan sedih.Its first time. Sebab kami selalu gadoh, hang out dan membuli abah di rumah, tapi kami tak pernah sedar abah become old dan mula sakit-sakit. Aku tak boleh tidor bila abah tak dapat tidor masa aku temankan die di wad sepanjang 5 hari tu. Aku tak lalu makan kalo abah tak makan. Aku tak dapat pikir design selagi abah tak sehat. Dan aku tak suka bila nurse cucuk jarom amek darah abah sebab aku tahu, aku dan abah sama. Kami takot darah. Kalao boleh, time ni aku mahu berada dengan abah. Mahu pastikan die makan ubat dan tidor tanpa ade remote di tangan die.....................................


Abah.Masa die gemok.
Rindu....




No comments:

Post a Comment