Oct 8, 2009

Void space for ownself =)

Tadi aku gerak dari studio dalam jam sebelom pukul 3 pagi.Biasalah, time-time camni sunyikan jalan.So, aku boleh bawak slow, nak feel punye pasal.Member yang temankan aku balik pon bawak slow jugak.Agaknye die pon nak layan feeling macam aku gak =)

Sepanjang jalan aku nyanyi lagu Zabarjad~Karam.Takle kuat sangat nyanyi,nanti takot ade pulak yang sambong korus kat belakang kan..huhu.Tapi, sepanjang balik tadi, aku teringat kat dia pulak. Bukan nak jiwang doh, tapi baru aku tersedar, dah lama tak rasa jiwang di mana dalam bahasa ibondanya adalah jiwa yang berperasaan.

Selama ni celik mata jek, aku pikir keje mana nak buat dulu sebab semua nak kene speed, takpon pikir design yang mengeraskan otak aku hari-hari, takpon kalo stress aku mula layan FB komen macam-macam status yang menjerit-jerit mintak dikomen (aku la tu), takpon pegi kuar lepak ngan kawan-kawan sekolah yang happening.

Itu rutin aku lately ni.Tipikal.Tapi best. Cuma sekali-sekala rindu pada void space seperti dulu. Hoho, aku admit, aku rindu pada die.

Bodo aku admit bende ni.Aku dah janji kot kat diri aku jangan sesekali maafkan diri sendiri sebab terlalu ikot perasaan dulu.Tapi, for tonite, izinkan aku japla untuk release benda-benda yang terbeban dalam kepale ni melalui cara ni. Dah lama aku memaksa diri menjadi workaholic, baru hari ni rasa klimaks penat pada paksaan terhadap diri sendiri. Dan, rasa begitu jaohnya aku dengan lelaki-lelaki di sekitar akibat aku menjadi terlalu anti pada ciptaan lelaki yang aku rasa, semua sama.Oh, maaf andai ada yang terasa. Tapi, tu la.Sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Tapi, 2 3 hari ni, bila jumpa 2 3 yang 'tulus', aku cuba menyalahkan orang lama-lama kite dulu yang buat pepatah ni yang cam nampak terlalu emosional dan diskriminasi kan? Nampak sangat takleh berkompromi.

(Tapi, aku kene amek masa untuk memikir bagaimana nak buat supaya susu tak rosak disebabkan blend dengan nila itu.)Lama mungkin mendapat formula kimianya semula.Tunggu sajelah laporan dari makmal =)

.....................................................................................


Oh, masa untuk berjiwang sudah tamat. 17 minit dah berlalu. Pasni kembali workaholic semula ya kamu.


*Listening to Ella~Gemilang.

2 comments:

  1. Rindu?
    Pada siapa?
    Mungkin ak suda dpt agak rasanya
    Hmmm..

    ReplyDelete