May 7, 2009

Bukan Diriku-Samsons

Aku ada satu story nak tulis kat sini. Cerita dia buat aku berpikir balik bahawa tak semua lelaki kat luar sana adalah plastik. (Sorry, perspektif aku pada lelaki dah tak secantik dulu sekarang ni).

Ini cerita beliao.

Hai. Aku Adam (bukan nama sebenar). Time ni hidop aku agak kucar-kacir tapi alhamdullilah. Aku belom ada niat lagi nak terjun lombong atao makan panadol 10 papan. Life still go on as usual.

Lepak kat mamak petang-petang camni buat aku rasa nak petik gitar dan nyanyi lagu kumpulan Samson-Bukan Diriku. Over ker aku melayan perasaan ni? Tapi, itulah. Aku ni lelaki, mybe nampak tough kat luar. Kat dalam orang tak tahu.

Biar aku story dari awal la beb.Malas nak pusing cerita lama-lama.

Dulu, aku happy gilerrr dapat masuk U. Sebab kat sekolah aku bukan pandai sangat. Cuma masa SPM, aku berubah jadi baik sikit. Itupon sebab aku nak harapan mak tengok aku berjaya menjejak kaki ke menara gading tercapai. Lagipon arwah abah selalu pesan masa aku kecik-kecik dulu, nak main bola boleh, tapi jangan lupa pelajaran. Aku pon belajar sunggoh-sunggoh masa form5 sampai nak mengorat pon aku takde masa.

Kat U ni la aku mula kenal seseorang. Rhaudah. Nama dia aku suka, seperti orangnya jugak yang aku suka. Aku tak boleh lupa the first moment masa aku mula-mula kenal Rhaudah. Masa tu minggu induction pelajar baru. Kene beratur kat padang kawad tengah panas. Dalam panas-panas tu, aku boleh terpikat dengan Rhaudah yang merah-merah muka menahan percikan matahari. Cute giler Rhaudah time tu. Sampai senior panggil aku pon bileh tak dengar. Memang kenela aku selepas tu. Rhaudah cuma gelakkan aku jek time tu. Cilakak punyerr senior.

Kat U ni jugak aku jumpa sorang kawan baik yang aku rasa dah macam darah daging sendiri. Lutfi nama dia. Lutfi, Rhaudah dan aku secara kebetulan satu coarse yang sama. Kami ambik Sains Sukan tapi major yang aku ambik berbeza dari dorang. Lutfi banyak tolong aku speseli pasal duit. Aku selalu tak cukop duit. Nak mintak duit kat mak kat kampung, aku segan walaopon mak selalu tanya aku cukop duit ke tak. Takpelah, biar aku pinjam kat Lutfi. Aku tao, adik-adik yang tengah sekolah tu pon banyak nak pakai duit.Bila aku ade duit nanti, aku settle semua dengan Lutfi. Tapi, sebenarnya Lutfi jenis orang yang tak kisah. Pada dia, aku susah, dia pon susah. Aku happy, dia pon happy. Aku rasa, kalo aku gay, dah lama aku skandal ngan dia sebab dia baik giler wa cakap lu. Tersentoh jiwa lelaki aku.

Berbalik pasal Rhaudhah. Disebabkan kami satu coarse, aku dapat peluang tackle dia. Dan, sekarang dia telah menjadi teman wanita aku. Ramai yang jeles kat aku sebab Rhaudah. Rhaudah tu cute gilerr, macam Julia Ziegler. Anak orang kaya pulak tu. Datang kelas naik kereta.Aku ni apa yang ada. Motor pon pinjam Lutfi. Kadang-kadang, rasa malu jugak berjalan ngan Rhaudah kat fakulti. Semua orang pandang. Tapi, nasib baik muka aku ade iras-iras Fahrin Ahmad (orang cakapla, bukan aku), jadi aku buat slumber jugak.

Aku suka Rhaudah sebab dia jenis simple.Pegi berdating dengan aku pakai jersey ManU jer. Pastu rambot dia selalu tak ikat. Bila angin sepoi-sepoi bahasa tiop, aku ni jugak yang nak kene selakkan rambot die. Tapi, tak kisahlah. Sayang punyer pasal.Dan, aku tao die pon sayang kat aku. Sebab dia cakap aku ni baik dan tampan. Opss, tampan tu aku yang tambah.Hahaha.Date haritu Rhaudhah merajuk dengan aku sebab aku tak banyak kelas ngan dia. Dia takde kawan nak studi paper sama-sama.Aku hanya mendengar dia membebel. Comel. Tapi, ayat dia yang buat aku rasa sedikit loser bila dia cakap, nasib baik ade Lutfi. Boleh diharap bantu dia dalam kelas.Hurm.

Satu malam, aku dapat call dari Pak Long kat kampung. Time tu aku dah tak sedap hati speseli esoknya aku ade final paper. Pak Long cuma cakap, selepas habis exam balik ke kampung. Aku bagitao Lutfi. Lutfi cakap relaks jek bro. Dia suroh aku jangan pikir bukan-bukan. Aku jadi bungkam giler..

Esoknya, pas habis exam, aku teros balik ke kampung. Sampai kat rumah, aku tengok mak dah terlentang sakit. Orang dah ramai kat perkarangan rumah.Mak Long sempat bisik kat aku, ajar mak mengucap.Dalam keadaan yang aku pon tak tao nak explain cane, aku ikotkan aje.

Sudahnya mak pergi menyahut seruan Ilahi di pangkuan aku. Aku rasa separoh semangat aku jugak pergi bersama mak. Aku pelok sekuat-kuatnya adik-adik yang ada di sebelah aku. Aku tak tahu nak cakap apa.Tuhan menguji aku ketika itu.

Selepas kebumikan mak, malam tu aku lepak sorang-sorang kat halaman rumah.Kat sinila aku selalu sembang ngan mak malam-malam. Mak mesti buat kopi untuk aku. Pastu bercerita panjang pasal kehidupan ni. Mak cakap, hidop ni kadang-kadang perlu jadik lilin. Berkorban membakar diri untuk kesenangan orang lain.

Aku tersenyum. Dan, dalam hati aku pikir, aku kene berkorban untuk masa depan adik-adik aku. Dorang terlampau muda untuk lalui semua kesukaran ni.

Esoknya aku balik kampus. Aku berjumpa Lutfi dan Rhaudah. Aku terangkan kepada dorang tentang keputusan aku nak berhenti belajar demi adik-adik aku. Aku kene berkorban.Dorang tak mampu nak cakap apa selain cuba memahami situasi aku. Dan, yang terakhir. Aku sampaikan amanat aku pada Lutfi supaya menjaga Rhaudah macammana aku menjaga dia sebelom ni.

Pada Rhaudah, aku cakapkan yang aku sayang gilerr kat dia tapi aku bukan yang terbaik untuk dia. Aku ada tanggungjawab lain yang aku perlu laksanakan untuk orang-orang tersayang yang menanti aku kat kampung.Rhaudah cuba menahan perasaan walaopon time tu aku dah nampak ade butir jernih keluar dari kelopak mata dia.

Pastu, aku mintak diri untuk pulang.

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu


Susah nak buat keputusan ni, tapi itulah yang terbaik.Kan?

Dan, sempena hari ibu ni, aku nak cakap kat arwah mak.
Happy Mother's Day.





3 comments:

  1. AnonymousMay 07, 2009

    arini ari touching kite kot..tetibe rs mate ku ini pns jer bc diz story..hmm..cuace mungkin;D

    ~dina

    ReplyDelete
  2. yup.
    disebabkn cuaca ;D

    but, the point is do the best
    for the one we love.

    kite tak punye byk masa.

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 05, 2009

    walaupon pape keputusan yg kte wt slh tp itu adalah keputusan yg terbaek yg tlh kte putuskan n ade hikmah d sebalik ape yg b'laku....

    -ZL- (SIB)

    ReplyDelete