Aug 25, 2009

Satu pagi di akhir Ramadhan..

Tadi chat dengan Isz dalam Facebook. Aku memaksa beliao menghantar kad ucapan hari raya nanti walaopon beliao cakap rugi duit jek. Lebih baik guna SMS~ satu fenomena yang Tun Mahathir tidak suka kerana SMS membatas nilai tradisional, juga anti-sosial :P

Aku sebenarnya lebih suka jika mengucapkan kegembiraan menyambot Hari Raya melalui kad kerana ertinya lebih terasa.Meaningful. Dan lebih dekat di hati.

Aku jugak dah lama tak buat kad hari raye sendiri. Masa sekolah-sekolah dulu rajinla. Sekarang, masa aku tinggal 2 3 ela jek. Tak banyak untuk dicuri nak buat bende lain selain kerja-kerja design dan skandal. Hahaha.

Kawan-kawan jugak dah takde yang mengirim kad hari raya. Hanya 2 3 sahaja yang maseh berjiwa puitis seperti aku. Terima kaseh ok untuk tanda aingatan tu. InsyaAllah, rasanya tahun ni aku akan kembali berkarya membuat kad Hari Raya sendiri, untuk dipos kepada kawan-kawan terdekat satu Malaysia :)

Tapi, cakap pasal kad Hari Raya, ade something yang menyentoh perasaan jugak. Jez a bit. Sebab raya tahon lepas, semasa aku bersiap nak bertolak pulang ke kampung halaman 2 hari sebelom Hari Raya, aku mendapat satu SMS.

Tentu sahaja dari dia.

At that moment dia baru tiba di Bumi Malaysia dan menghantar SMS ini~ Ada kad hari raya untuk kamu.

Sepanjang pulang ke kampung, aku rasa gembira walaopon sudah lama memaki dia dengan jenoh kerana dia macam biskot Chipsmore.Kejap ada kejap takde.


He wrote this, "Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Semoga kita teros kekal abadi sampai bila-bila........"

..Sadly, its not eternity.And no more kad raye for me this year.






*Hey, jangan sedih la....


















2 comments:

  1. aku suka ayat ko pasal Tun Mahathir dan SMS. Membataskan nilai-nilai tradisional dan membiakkan anti sosial. Kekadang aku terjebak dalam nilai-nilai anti sosial. Balik kerja terus terperap dalam bilik......

    ReplyDelete
  2. dan sekarang berfacebooking..aku rasa duduk seorg di dlm rumh..huhu...

    ReplyDelete