Aug 19, 2009

Monolog yang bodo.

Hurm. Hari ni penin pale, but aku still continue wat keje. Tapi takleh jugak la coz bile gigi sakit, die tangkap pale teros. Nak taknak, aku kene jadi malas kejap. Tidor.

Baru nak lelap mata, aku teringat design concept semua tak buat lagi. Haiyak. Kepala aku jadi makin rasa sakit. Teringat pulak chapter 2 tak siap-siap lagi. Rasa nak mencarot, tapi aku baik. Tak jadi.

Aku sambong je teros tidor. Lantak ko.

Bangon tidor, aku terciom seperti ada orang memasak. Aku kat rumah mama ke ni? Eh, tak. housemate aku masak. masak ayam masak merah. Terbaek. Dengan muka tak malu, aku amek nasi dan ambik ayam 2 ketol. Kawan aku yang masak tu tak makan sebab dia nak tunggu bukak pose dulu. Opsss...aku dah termakan dulu depan dia.Hehe. Aku tak baik. Kurang sopan :P

Tapi, masa petang tadi, masa tengah makan, aku bermonolog sendiri. Aku kalo tengah kacao-bilao memang suka sketch cerita sendiri dalam kepala otak. Ni exercise ok.

Tadi aku dengar lagu ni. Kau Ilhamku- Manbai.Layan do. Baik korang dengar petang-petang tengah redop ni. Pastu aku berangan.....

Malaysia buat konsert Mega sempena bulan kemerdekaan ni.Ade live show kat dalam tv pulak tu.Pastu, aku entah camne boleh muncol kat situ dan naik ke atas stage dan seterosnya merampas mike dari vokalis Kumpulan Estranged yang tengah nyanyi time tu.

Aku pon kebetulan bawak gitar kapok yang aku baru beli tu, dan mulakan musik unplugged.Aku nyanyi lagu Kau Ilhamku.

Tapi, sebelom aku nyanyi, aku wat special dedication jap.Aku cakap, aku nak tujukan lagu ni pada.....................................



***************


Aku tak sempat nak habeskan angan-angan la.Aku nak tambah nasi :P


*tapi aku nak tujukan lagu ni utk semua kwn2 yg nun yg jaoh di sana .selamat berpose..hikhik..


No comments:

Post a Comment