Nov 18, 2009

album merah dan ceritanya

Ade beberapa hari jek lagi aku di Shah Alam.So, i begin to pack all my stuff, books, and etc.But, tadi aku terjumpa album kaler merah yang sebenarnya aku dah lama nak buang.Tapi, ati aku cakap hold je dulu.

Dalam tu aku simpan semua khazanah lama bersama orang itu sejak kat sekolah dulu. Honestly, rasa sayang untuk dibuang apatah lagi dibakar (terpengaroh dengan fenomena budak-budak sekolah menengah bila putus cinta).

Antara yang maseh kemas dan elok tersimpan adalah surat-surat daripada dia masa sekolah dulu. Biasanya dia selalu tulis surat masa dia rasa malas nak buat keje sekolah time prep dulu, masa dia tengah lepak di dalam bilik sebelom pegi training bola sesi petang, masa beliao sedang dalam konflik bersama rakan-rakan sekeliling dan kadang-kadang selepas balik tournament di negara luar. Banyak bercerita di dalam surat tapi ade bait yang tak paham sebab tulisan cakar ayam.

Selain surat, semua tiket bas dari KL atao Shah Alam ke Ipoh maseh aku simpan.Sebab aku tanak lupa date aku pegi jumpa dia. Sweet jugak aku ni rupanya.

Banyak lagi.Resit dobi baju-baju dia yang aku dan dia hantar selepas aku pulang dari site visit di Kuantan.Yup, aku maseh ingat hari tu.Selepas pegi dobi baju, kami ke Al-Ikhsan mencari kasut bola yang ada signature Ronaldinho.

Aku tak tahu kenapa aku boleh ingat secara terperinci bende-bende lepas walaopon sudah bertahon sedangkan matapelajaran sejarah di sekolah dulu amat mencabar daya ingatan aku.

Dulu aku jugak seorang yang obses bila dalam hati sedang ada taman ni sebab sampai holder air drivethru McD yang die beli untuk aku pon nak simpan dalam album.Fak. Aku tak patot nampak gila sangat time tu.( budak usia awal 20-an memang suka teruja dalam bercinta). Berbeza dengan perempuan di usia menginjak ke 24 tahon sikit lagi ni.Leboh cool pendapat aku.

Banyak lagi khazanah yang ade di dalam album itu.Tapi malas nak menaip dan bercerita. Hurm. pada aku, album tu ade ke tak, tidak memberi sebarang perbezaan.Yang pasti, semua cerita dah basi.Dan rasa sangat bangang bila teringat ke'teruja'an zaman bercinta budak-budak.

Haih.Aku menunggu zaman bercinta orang dewasa.Mungkin relaks sikit =)

6 comments:

  1. hurm~~~cik salamiah,..bagi saya..kenangan is kenangan..xpatut d buang..itu pemberian org yang pernah bahagiakan walaupun sementara...walaupun dia pernah sakitkan hati kita jugak ke...tp jgn lupa bahagia bersama die dulu..simpan la kenangan tu..kerana itu akan mematangkan diri...
    jangan di cari cinta..kerana cinta akn datang mencari kita... :) jgn sedey2 ok?

    ReplyDelete
  2. =)

    hang ni mmg sweet
    mmg patut gelaran dr.cinta diberi kt hang

    sebabnya?
    baca sendiri entri di atas ni

    =D

    ReplyDelete
  3. ben: i still appreciate all the precious memories.cume the friendship between us cant turn back as b4..huhu.

    aimn: mn de sweet la.ade org ckp aku x sweet pon.mgkin trlalu jujur express perasaan..designer kn..cm ko gk..

    ReplyDelete
  4. jgn igt sgt kenangan kerana ia melambatkn perjalanan hidup kite.
    mcm kereta yg sedang bergerak laju, bile asyik toleh belakang kite akan perlahankn kereta tu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kenangan.macam plastik.at last tetap mnjadi rubbish walao sukar dilupus =)

    ReplyDelete