Saya rindu kawan-kawan dalam SYARIKAT IDRIS BERSAUDARA.
Rahimi Darus. Bekas blogger dan maseh mencari-cari masa untuk kembali menulis.Kegemaran kami berdua adalah sardin dan masa terbaik yang kami pernah ada adalah piknik di tasek sambil makan nasi goreng yang saya masak dengan sardin ketika hari nak hujan. Oh ya.Tarikh lahir beliao adalah 21 Julai dan saya 22 Julai.Tapi kami tak pernah menyambot hari lahir bersama sebab tiada masa senggang.(design selalu meragot life kami dulu).
Zambri Latip. Beliao seorang yang romantik dalam bercinta dan juga memiliki daya kreatif dalam fotografi. Aku berhasrat mahu mengajak beliao dan rakan-rakan travel ke seluruh negara menaiki keretapi satu hari yang stabil nanti untuk tujuan sesi fotorama.Mesti best tangkap gambar orang makan cendol di tepi street =)
Kamisah Joned.Sedang berada di Melbourne dan beliao juga pembuat nasi lemak yang terbaik di sana. Bakal pulang ke Malaysia 11 November ini. Berharap dapat bertemu si cantik ini.Aku sangat admire terhadap gadis ini kerana daya juangnya dalam design begitu tegar selain turut mempunyai blog yang comel =)
Jejaka dari kiri- Ramlan Ayob (merujuk kepada zambri Latip)banyak memiliki persamaan dengan saya di mana kami suka berblogging juga sukakan lukisan seni cuma kadang-kadang genre filem kami berbeza (haha). Jejaka di kanan saya (sahak Embong) pula juga seorang blogger tapi kini blog beliao berhabok kerana kelihatan sedang struggle di studio untuk menghabiskan semester akhir seperti saya juga.Nampak nerd hanya kerana spek mata apek beliao tetapi jiwanya THE TIMES! Lagu background ini mengingatkan saya terhadap beliao.
Dan saya, Salamiah Hassan mahu memberitahu di sini bahawa saya sedang sibok dengan semester akhir saya, tapi masih jugak sibok mahu menulis di sini sebab mahu kawan-kawan saya tahu saya rindu pada mereka=)
Ya
ReplyDeletesaya rindu kawan-kawan
saya sayang juga kawan-kawan semua
=D
=) miss everyone.
ReplyDelete