Aku macam pelik dengan diri aku sekarang ni.Bertukar menjadi hot dan cantikk macam Natasya Hudson tidaklah.Tapi aku cepat homesick sekarang.Keluar hang out dengan kawan-kawan, tapi dalam kepala dok teringat environment rumah.Itu normalkah bagi mereka yang sudah nak berubah ke fasa mak-mak ke atao sebab aku dah lama sangat memerap kat rumah? Aku rasa sebab pertama masih tak relevan sebab jiwa aku still rock.Haha.
Minggu lepas, aku pergi ke majlis pertunangan kawan baik.Kalao bukan kawan baik aku yang bertunang, series, aku buat-buat sibok, malas nak berada dalam suasana sebegitu.Alah u ol. Perempuan.Biasalah.Dengar sikit intro lagu Selamat Pengantin Baru pon dah mula merenyam nak berlaki.Haha.
Petang tadi layan lagu Gerhana Ska Cinta.Mimpi.Oh, ini antara lagu yang ada sense of nostalgic dalam hidop aku.I mean, di UiTM dulu.Lagu ni lah yang aku mula simpan dalam mp3 yang aku beli di Low yatt hasil pinjaman duit PTPTN, lagu ni juga yang aku mula dengar dalam ruang litup studio, masa semester 1 tahon 2004. Si pembawa lagu ni adalah mereka yang telah menjadi kawan baik aku sampai sekarang, walao sudah putus kehidupan kitorang dari dunia studio dulu yang penoh warna-warni dulu.
Zaman studio macam gampang kalao orang lain tak biasa.Mungkin sedikit tak elok dari pandangan mata.Ironinya, itulah studio. Seperti aku yang masa tidor seorang. Bila paginya bangon, 3 4 lagi manusia kaom Adam tidor lena berdekatan. Aku tak rasa ngeri tapi ada rasa secure.Sebab rasa macam tidor dengan adik-beradik sendiri.Itu beza mereka dengan kawan luar studio aku.Memori kami terlalu sarat, dengan macam-macam situasi yang orang lain tak alami termasoklah insiden kawan baik kitorang yang sanggup menghirup kuah kari roti canai sebab terlalu lapar dan depressed dengan tuntutan submission.Haha.Damn.Gila rindu zaman belajar.
UiTM.Sayonara.(kredit untuk Aiman kesayangan saya kerana mengambil gambar saya.)Antara rakan studio yang sempat jumpa 2 minggu lepas.Chill.
Ini cerita aku dengan masyarakat lain pula, masyarakat yang aku kira sudah matang tapi still takde otak.Mulut bao longkang dan penoh hipokrasi. Aku tengok mereka, bini orang dan laki orang bersosial tidak mengapa.Tapi orang muda yang single macam aku sudah nampak tidak manis lagi kalo dilihat bertukar-tukar nombor telefon atao keluar ambil angin bersama. Pelik tapi benar.
Tak tahu apa nak mencarot dah.Bila ada masa, takde apa nak cakap kat sini.Bila masa takde langsong, banyak pulak yang dibebel dalam kepala.
Selamat malam Malaysia.dan kekasih-kekasih hatiku.
pic yg 2nd itu cantek...
ReplyDeleteefek penataan cahaya belakang tabir menimbulkan lagi figura manusia....
-ZL-
wah, komen sgguh metafora.terima kaseh ZL.
ReplyDeletehurm....biasala..manusia...hanya bisa memberi komentar2 berbisa..tanpa menyedari bahawa diri mereka yang penuh di nodai dosa.....
ReplyDeletesekarang mmg hot eh???hehehehe
hai dira....=p mulut org afni...mane ghope nk menutupnye..kamu makin hot mcm dira skg..tu yg sume jeles..
ReplyDeleteben:hotke? kalao hot dah jadi bintang filem.hehe.begitulah adat kehidupan.suka mencerca org.
ReplyDeletewanie: dira katanya.haha.hotke wanie? kalo hot dah ade bf =P
typical malay la sumer tu
ReplyDeletehampeh tol
otak letak lutut
mmg pikr cmtuh la
kalau kwn opposite sex tu ramai akan dipandang serong
kan?
hish
p/s : wow! en zambri da cm juri rancangan realiti =D
hehehehhe.incik zambri layak sudah menjadi judger.hehe.kite berkwn rilek jek kan? org tua ni suka sgt cepat buat conclusion.
ReplyDeletehirup kuah kari......
ReplyDelete