Jul 13, 2010

handphone cikai aku sudah rosak.

Aku rasa aku seorang sahaja dalam dunia ni yang menangis sebab hp rosak.Bukan Blackberry yang rosak tapi hp yang hanya berharga RM100.

Bukan pe, hp backup takde, duit dalam purse adela tinggal berapa ringgit.Tak dapat nak cari hp baru, walao hp yang beli satu dapat percuma.Jadi, secara tak langsung, memang lah emosi aku sangat terganggu di atas insiden yang berlaku ni.

Hp ni satu keperluan.Selain satu cara komunikasi yang paling instant bersama para skandal, ia jugak sumber untuk aku berhubung menyelesaikan hal pamili dan kerja-kerja di sekeliling.Jadi, bila dah rosak ni aku rasa lost giler.

Saat ni aku mula berangan.Indahnya kalao aku ada kawan di kalangan kumpulan F4 kat Korea yang kaya-raya tu.Boleh jugak aku pao hp baru.Fahrin pulak sejak-kebelakangan ni diam je.Duit acting mesti sangkut lagi la tu.Tak dapat nak loan.

Haih.

Ini la nasib.Orang yang naif lagi tak berharta sering diuji.(mengeloh dalam blog takpe kan?).
Semoga ada hp baru turun dari langit bila aku bangon tidor esok =P

2 comments: