Aku, jarang di influence oleh watak siri tv.Sebab aku rasa fake. Itu drama, tak sama dalam dunia kita yang sebenar.
Tapi, bila aku habis mengikuti drama bersiri Korean, Boys Over Flower, sedikit sebanyak watak utama dalam drama tu iaitu Geum Jan Di yang dilabel strong weed, berjaya seratus peratus contribute inspiration pada aku.Dan aku kalao boleh, mahu jadi macam dia, dari segi part bagaimana dia tegar mengharungi kepayahan hidop yang tak henti-henti menguji.
hari ni, aku rasa mahu lari ke hujung dunia, lari dari semua orang, lari dari masalah yang macam-macam yang sangat hurting hati aku di dalam.Kalao boleh, sampai je kat unknown destination tu, aku mahu makan chicken chop kemudian tidor.
Lega sikit kot, aku rasa.
Mama masih dalam rawatan kimo nya.Abah pulak, 3 4 hari ni aku tengok macam sakit balik.Ditambah pulak dalam keadaan financial di rumah ni yang bagai dilambung ombak, terumbang-ambing since abah cuti sakit tanpa gaji sudah masuk 6 bulan, aku rasa hidop ni begitu kejam.
Time ni, RM10 pon aku rasa besar sangat.Dan jangan bermimpi aku boleh beli handbag baru walao di luar, orang melihat aku bergaya dengan handbag Vintage.Stok lama ok.
The whole family is surviving now. Aku tak tahu bagaimana kami boleh mintain untill this level walaopon Piala Dunia hari tu aku banyak missed game sebab Astro di rumah dah kene bar.
Last two weeks, aku ada di offer keje, bahagian politik.Oh, mungkin aku tak cerita di sini sebab aku sibok belajar masak kuah durian ketika itu.Tapi, itulah.Ditelan mati mak, diluah mati bapak.Aku seperti orang muda yang lain, seleranya.Wanna enjoy this life to the fullest, kata orang.Mahu bergaji besar setiap bulan, mahu pergi shopping tak ingat dunia, mahu buang masa di luar.
Tapi, all those things macam Alice and the Wonderland.Lebih kepada imaginasi, untuk waktu inilah.Sebabnya, tempat aku lebih sesuai di rumah bersama mereka yang sangat memerlukan aku di sisi, time ni.
Doa aku, masa depan, semoga akan lebih indah.Bukan painful begini.
P/s: Lebih indah kalao Tuanku Mahkota Johor yang segak dan handsome itu datang meminang aku kt rumah ni.(Boleh polo Kembara Mahkota Johor naik keretapi.Heh).
No comments:
Post a Comment