Jan 26, 2011

Perempuan jalang

Aku tak tahu lah kenapa lelaki mudah sahaja boleh berkawan rapat dengan aku.

The point here, bukan nak cakap aku hot, tapi aku rasa memang dari dulu attitude aku lebih kepada boyish like.Tak girly-girly macam perempuan lain, so mereka comfortable mungkin berada dengan aku.

Tapi, di tempat kerja aku, ada seorang perempuan yang tak puas hati dengan appearance aku.Mungkin dia bajet dia digilai macam Rozita Che Wan (walaopon muka cantik sebab produk Maybelline sahaja.Canteqqq ke?) So dia jadi iri hati bila kehadiran dia semakin tidak dilayan.

Yang aku perasan, bila budak-budak lelaki tempat aku kerja datang lepak dengan aku di kaunter aku, having conversation dan gelak-gelak, mesti dia suruh aku buat kerja walaopon kerja yang bodoh.Nak taknak kene la follow sebab dia orang atas aku, ada kuasa veto konon.

Kemudian, semalam dia planning pergi trip ke Sunway Lagoon.Semua staff dia ajak dan of coarse lah mostly nya budak-budak laki, tapi dia tak ajak aku langsong.Aku tak kecik hati langsong pon sebab baiklah aku habiskan cuti dengan pamili di rumah atao pergi bercinta dengan buah hati pengarang jantong dari spend the whole day tengok muka dia yang plastik sangat tu.

Tapi, budak-budak lelaki semua tanya kenapa aku tak join?Kenapa dan mengapa? persoalan yang aku malas nak jawab.tapi aku jawab jugaklah, aku cakap aku kerja.Back up kau orang yang nak pergi bercuti ramai-ramai.

Perempuan tu mungkin puas hati, kat sana nanti semua pakat kerumun dia.Tak tahu, belakang semua syok maki dia.

Haih, macam budak sekolah kan? Berebut-rebut nak rasa digilai, nak perasan hot.Kalao macam tu, masoklah AF.Kau tetap glamor dan ada fans club sendiri walaopon keluar minggu pertama.

Pada aku lah, orang takkan suka kau dari luaran sahaja.Tapi attitude dan cara kau bawak diri di tengah orang itu yang akan attract people ke arah kau.Jadi, matang lah sikit perempuan.Hidop bukan setakat nak glamor.

Sekian.

No comments:

Post a Comment