Semalam. which is 10 hb May, adalah hari paling fed up aku rasa untuk bekerja.
9hb May, aku masok kerja shift malam.Kemudian semalam aku masok kerja petang.Jump shift, jadi paham sahaja lah, tak cukup tidor.Kepala pon tingtong.
Sampai sahaja di back office untuk menanti briefing petang, supervisor aku brief aku dulu tentang some mistakes aku untuk kerja semalam.
Bla, bla, bla dan bla.
Mood nak kerja dah takde.Actually, aku dah seminggu takde mood nak bekerja.Satu sebab aku risao kesihatan abah di rumah.Kemudian, mood workaholic aku diganggu pulak dengan persepsi orang tentang kerja aku di Genting ni.Aku cuba mengabaikan, tapi tak boleh.
Habis briefing, aku termenong.Bila supervisor aku tanya aku ok ke tak, aku dah wet.Bukan wet macam masa bersetubuh, tapi wet sebab air mata semua keluar meluncur macam hujan di hujung Disember.Lebat.
Kemudian, secara kebetulan aku ada meeting department masa tu.Aku pergi washroom untuk membetolkan muka yang kelat macam tahi anjing.Tapi, airmata still bergenang.
Bla bla bla bla.
Habis meeting, aku pergi cashier counter untuk mengira cash yang berjumlah RM3 K.Dalam hati ada niat nak songlap duit kemudian blah pergi bercuti kat Bali, tenangkan pikiran dari keadaan yang chaos di tempat kerja.Rasa dada aku congested sangat.
Habis kira, aku pergi mcD.Sambong menangis sorang-sorang.Ada budak India depan meja aku tengok aku menangis dan beritahu mak dia.Mak dia kata jangan tengok.Dia sedang bersedih.Mungkin sedang bergadoh dengan kekaseh.Aku rasa mak dia cakap camtu.
Serius, aku rasa takde mood sangat nak kerja.Fed up.Restless.Afraid.Less excitement.Bergomol sesama sendiri perasaan tu.
Sudahnya aku balik ke office dan jumpa Manager.I wanna go back home.Itu sahaja ayat aku.
Pukul 12.45 pagi aku sampai di oldtown Kampar, menaiki keretapi Utara, as usual.
Ajaib.
Perasaan tidak seperti siang tadi.
sabar dear. i've been through this. memang rasa macam nak cuti je xnk kerja n rest sepuas-puasnya kan. xpe slowly heal nnt k.
ReplyDeleteu take care k.