Sep 3, 2009

Dato K dan Siti Nurhaliza

Tadi, selepas sembahyang maghrib, aku dan housemate berforum sambil menonton berita tv3.Isu yang diketengahkan ialah kenapa sekarang ramai awek yang muda2 lebih tertarik pada lelaki yang lebih berusia.Sebab-sebabnya:

1.Average lelaki di usia begini dah stabil. Itu jawapan paling bernas dan aku rasa takde perempuan yang nak nafikan.Duit membeli kaseh-sayang sekarang. Itu fakta.Ayat dari mak aku jugak.

2.Mereka tak gelabah. Cool.Mereka tidak gusar jika perempuan tidak membalas SMS mereka.Mungkin 3 4 hari kemudian baru mereka follow-up untuk cuba menekel dengan cara lain pulak. Wat they understand, jangan terlalu mengejar perempuan. Sebab pada mereka, perempuan sukakan lelaki yang main tarik tali.Dan, pendapat aku 80% bersetuju.

3. Romantik.SMS mereka tidak panjang berjela-jela.Tidak payah ayat power.Tidak perlu mengucapkan selamat pagi setiap hari. Tapi hanya satu SMS sudah mendekatkan perasaan. Explore sendiri.

4. kadang-kadang, lelaki berusia tidak segan silu menolak troli di tesko untuk membeli barang dapor dan barang keperluan rumah keluarganya. Itu sweet pada perempuan.Serius.

5. Lelaki sebegini matang. Pandai meredakan hati.Dan, protective.Tentunya perempuan rasa seperti bertedoh di bawah flyover ketika hari hujan. Secure.

6.Tidak cepat melatah walaopon dia nampak kamu datang bersama lelaki muda lain di kenduri kahwin yang turut dihadirinya. Beliao tetap seperti biasa. Tapi, 2 3 hari selepas itu pasti dia tidak dapat dijejaki kerana ingin menguji kamu pulak. Dan kamu akan mula terasa kehilangannya.Brilliant.Learning by doing.

7.Lelaki berusia pandai membeli jiwa.Walao kamu disebelah beliao, tapi kamu tetap dapat SMS darinya mengatakan baju yang kamu pakai hari ini manis dipandang mata.Perempuan kan suka kene puji.

Dah. Aku tahu sebab itu sahaja. Yang lain tidak perlu dibincang secara terbuka :)

2 comments:

  1. Hmm...kena kahwin lambat gak aku ni.....apa pun x siap lagi

    ReplyDelete
  2. kene stabil dulu jat.stabil luar dan dlm.bkn seng nak melayari bahtera :P

    ReplyDelete