Feb 3, 2010

Rumah sewa

Aku pernah duduk rumah sewa selama 2 tahon di Shah Alam.Dalam masa 2 tahon tu, 2 rumah berlainan aku sewa. Rumah terakhir tu sempat duduk selama 6 bulan, iaitu semasa semester akhir aku.Duduk menyewa dengan rakan-rakan ni punya kisah sendiri, yang kadang-kadang sunggoh aku rindu untuk laluinya semula, tapi ada jugak sebahagian daripadanya yang buat aku nak maki sampai sekarang.Sucks giler.

Aku paling rindu masa duduk serumah dengan geng BOUTIQUE 404. Banyak kenangan best yang giler-giler.Yang aku tak pernah lupa ialah duduk melepak dengan diaorang tengok drama Sindarella setiap hari Selasa tak silap aku time tu.Tv kecik giler tapi yang tengok 6 orang.Haha.Bila babak romantik, mesti gegar satu rumah punyerlahhh.(siyer rindu gilerr part ni).Then, jiran kat depan rumah yang busy body tu mesti bengang giler.Mulalah mengadu kat ketua blok.Hahahaha.

Waktu yang paling nostalgic ialah menyambot puasa ngn diaorang kat rumah.Aku paling rindukan kenangan pegi pasar Ramadhan ngn diaorang beli juadah puasa.Bila setiap kali ramadhan datang, mesti aku jadi sunyi sebab all of them are not around yet. Jadi, Ramadhan tahon lepas pon rasa hilang 'semangat' tanpa diaorang.

After that, bila dah bertukar kawan-kawan di dalam rumah, aku dah tak jumpa sangat kenangan yang best di rumah sewa.Aku pon banyak buat hal sendiri.Sebab mostly tak sekepala.Da, off record.

5 comments: