Mar 2, 2010

Ini bukan cerita Nigina di tv3

Ini pertemuan pertama kami selepas semuanya sudah selesai dulu.Janji aku tidak akan berjumpa dia lagi, tapi aku sendiri tak dapat nak elak.Manusia kadang-kadang pandai berprinsip, tapi kadang-kadang tak mampu nak kotakan sampai satu masa.

Mungkin pertemuan ini atas emotion forcement.Aku letakkan kesalahan di situ.

Kami duduk lama di sebuah abandoned area.Tiada siapa di situ.Hanya lalang-lalang terbiar, atao dalam bahasa lanskapnya adalah unwanted plant. Burung bangao jugak ada di sekeliling. Melengkapkan lagi sense of romance di dalam cerita ni. Khabir Bhatia perlu datang ke sini. Scenenya cantik.


Lama menghayati surrounding yang indah, seperti biasa dia bertanya hal aku.Aku tak tahu nak cakap apa selain sign sedih.

Kali ni aku hanya membiar dia memelok aku.Lama keadaan itu. Dan sumpah, leganya ada terasa.

Kemudian dia bertanya lagi, adakah semua kesedihan itu disebabkan dia?

Aku cakap tak.

Aku bersedih sebab lain, yang buat aku rasa kembali penat. Dan aku sendiri tak tahu nak cakap pada siapa.Mungkin hanya pada dia.Dulu, masa sekolah pon, kalao aku sedih, aku akan cari dia, walao halnya remeh.

Suasana kemudiannya release sedikit bila aku sudah cerita semua. Sudah lama tidak duduk berdua begini. Seingat aku, terakhir kami gembira bersama tanpa konflik adalah awal pagi 29 March 2009, sebelom semuanya habis Jumaat minggu itu jugak. Kami end up di dalam keretapi perjalanan malam ke Utara. Sunggoh drama, that’s why I hate any drama right now.

Bual kami tak panjang selepas itu. Atao mungkin ia sebenarnyanya lama, aku sahaja yang rasa masa begitu kejam.Dia menghantar aku pulang ke kereta dengan tangan masih bertaut, situasi sama di Kedai Kopi dulu.Awesome.

Aku bertanya pada dia, samaada dia gembira sekarang?

Dia hanya senyum.Tiada jawapan.Only goodbye kissing, di dahi juga pipi yang membuat lagi rasa fragile.Ini bukan scripted, tapi betoi-betoi emosi.

“Jaga diri.Ada masa kita jumpa lagi”

Itu ayat yang terakhir aku dengar.I wish it was real, tapi sayang itu hanya mimpi aku awal pagi tadi yang buat mata rasa hangat bila bangon Subuh tadi.

Intangiblenya, memang aku mahu dia dekat di sini, waktu-waktu orang kata tengah unorganized ni. Di dalam kepala messy dengan hal sekeliling.Tapi,rasanya ini mungkin mental disturbed, faktor aku menulis tanpa rasional hari ni.

Abaikan sajalah.




3 comments:

  1. ada sikit2 inspirasi drama melayu.

    :P

    ReplyDelete
  2. ceh
    awal2 mati2 igt pengalaman idup
    turns out its a dream
    ceh
    ceh
    dan ceh lagi
    haha

    tp mimpi ko ni bleh buat drama
    pelakon spt biasa la bdk2 dip landscape arch
    haha
    =D

    ReplyDelete
  3. jeffry: akibat byk tegok drama melayu di rumah tika ini =P

    aiman: ko latuh nak jadi pelakon utama.haha.jom aiman, kita buat video klip.

    ReplyDelete