Apr 9, 2010

Sex dan natijah.(macam iklan rokok pulak)

Aku berminat mahu menyambong tulisan my dear Al- Aiman dalam blognya (klik di sini untuk bacaan) mengenai budak-budak zaman sekarang yang baru lepas UPSR dah berani nak mencuba untuk melakukan hubungan sex.Gila advance kan?
Aku dulu, selepas umur 18 tahon, baru betol-betol kenal apa itu sex, sebab sebelom tu aku memang jahil gila bab-bab ni walaopon dalam silebus subjek Biologi ada.(teori je tak cukup mungkin, haha). Tapi seriously, time tu tak terpikir kot nak tahu lebih detail. Memang salute lah pada budak-budak zaman sekarang yang sunggoh bijak pandai sampai ada yang dah praktikkan pon bersama couple masing-masing. Wo,barat sunggoh.
Pada aku, tak salah untuk tahu mengenai sex. Ia sangat penting sebab sex is a part of our life, juga as the prepation for marriage. Sebabnya, salah satu punca perceraian sekarang pon adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang sex.Jadi, perlu alert jugak hal-hal sebegini dari awal.

Tapi, yang jadi masalahnya apabila pengetahuan yang ada disalahgunakan dari segi praktikalnya iaitu mencuba sebelom layak untuk mencuba. Seperti isu di atas lah, di mana budak-budak sekolah yang baru setahon jagong sudah pandai nak having sex, pasangan muda sudah bebas berbudayakan aktiviti sex sebelom nikah.
Apabila 'culture' ni semakin berleluasa dan life style masyarakat hari ini sudah jaoh dari tamadun biasa, no wonderlah hari-hari kita dengar pasal isu buang anak yang dah jadi macam trend.Takde perikemanusiaan langsong, itu yang aku hairan.Sedangkan anak sedara aku yang terjatoh kat rumah masa dia main pon, aku dah risao gila takot luka ke hape kan.Inikan sanggop tengok bayi yang baru nak tengok dunia dibuang dalam tong sampah, dihurung semot, dan yang menyedihkan, ada yang dibakar.Dush,manusia yang kejam ni aku rasa patot teros dihukum gantong sampai mati je.

Apepon,when it happen, kita sebenarnya takleh nak menuding jari pada sape-sape.Kalao masih muda remaja sekalipon, takkanlah takleh nak berfikiran rasional.Produce anak tahu, takkan lah tak tahu nak pikir jaoh lebih dari setakat buat anak.

Ini semua atas kesedaran diri masing-masing actually. Aku pahamla, bila sudah berhubungan bersama seseorang, perasaan 'kasih-sayang' tu mencurah-curah.Perasaan ingin berasmaradana tu perkara biasa (aku cuba bersikap realistik k, jangan salah paham). Everyone feel the same situation, right? Aku jugak pernah lalui semua ni. Setiap hari, naluri untuk berkongsi rasa di dalam yang sungguh tepu dengan rasa cinta itu sangat tinggi.
Tapi, sebelom buat apa-apa pon, kita kene pikir jaohla, buatnya protection barai, tak ke naya espeseli for the girl lah. Kita yang kene tanggong kesannya, silap haribulan going trough it alone.Kalao tengah studi, still mak bapak yang tanggong makan minom, bagaimana pulak? Bukankah menyusahkan mereka,dan indirectly nya turut menyusahkan housemate dan sebagainya? Kan? Then, elok-elok dah nak habis studi, kene pulak extend sem.Agaknya dorang tak pikir detail camni kot.

Dan,di sini aku mahu advise jugaklah, sebelom kamu nak memberi 'mahkota' yang menjadi idaman sang putera kesayangan tu, pikir lah 2 3 kali, adakah si dia benar-benar sudah tertulis bahawa dia memang jodoh kita nanti? Take this as the limitation pon dah enough kot.Tapi, itulah, wanita zaman sekarang sudah terlalu 'sporting' dalam bab ini. Konsep 'touch and go' dah jadi trend. Apakan daya, Malaysian dah jadi American.Aku memang agak paranoid dengan mereka yang sudah advance jaoh ni. Tapi itulah, kita nak cakap banyak pon, buang air lior jeh.Everything depends on own mentality.


Jadi, kita jaga diri masing-masing, dan kalao ada ruang, ingat-ingatkan adik- beradik kita, kawan-kawan atao kenalan rapat.Bukan mahu 'busy body' tapi as human, kita ada tanggungjawab sosial yang kita kene lunaskan, tak directly, indirectly pon boleh.Selebihnya,terpulang pada mereka.

Take care all my sweethearts out there =)


*Saranan ini ditaja oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.Jadilah rakyat yang prihatin =)

3 comments:

  1. bila da bca entri ni smpai abis, aku teringat dkt member ko yg pregnant tu..ntah aper yg diorg pikir pon aku tak tau ah..dulu aku sekolah agama pun main-main n kadang-kadang ponteng kelas tp xder la jahil sgt smpai xtau nk beza mana salah mana betul kn?..aku harap bdk2 skrg sedar dgn perbuatan diorg tu..

    p/s : tempoh hari aku ader bace magazine dlm tu ader tulis psl isu buang bayi..sedih oh tgk bayi yg dibuang tu dimkn anjing..weih,meleleh ayaq mata kot!

    ReplyDelete
  2. apela yg senang sgt bagi2.murah btol.dapat anak buang sana sini.bak sini la kalo xnk..

    ReplyDelete
  3. aiman; itulah.jg diri sendiri.avoid selagi boleh.

    sephia: itulah.sedih.

    ReplyDelete