Jul 23, 2010

hai nasi goreng.

Aku teringin nak berlakon iklan sebenarnya.Impian yang aku tak pernah cerita pada sesiapa sebab aku rasa akan digelakkan kaw kaw oleh kawan-kawan.Hikhik.

Aku taknak berlakon iklan pewangi ketiak atao sabon Lux sebab tak rela untuk menonjolkan ketiak aku di hadapan khayalak umum selain perlu kena berkemban.

Aku jugak rasa muka aku takde market value.Produk mesti tak jalan, betol.

Jadi, aku rasa sesuai berlakon iklan untuk promosi perencah nasi goreng Adabi.Selain sebab aku sendiri selalu menggunakan produk tu untuk masak di kala perot dah lapar sangat sampai tak boleh tunggu, aku rasa iklan tu tak perlu nilai komersil pada wajah dan penampilan.

Pakaikan sahaja aku baju kurung Kedah dan kain batik, kemudian aku akan buat-buat acting sedang masak nasi goreng untuk suami tercinta sehingga baunya satu flat PKNS tercium dan datang bawak pinggan, nak mintak sikit.

Ok kan?

Kalao ada yang kenal mana produser bikin iklan, sila hubungi aku ok.

1 comment:

  1. hohoho~
    diri ini terbayangkan cik miah sedang berjoget2 wat iklan prencah ns grg....klasik2

    ReplyDelete