Jan 17, 2011

SMS

Hari ni kerja morning shift.

Break pukul 10 pagi tadi aku keluar makan dengan 2 rakan kerja yang lain, Farid dan Halim.Ingat nak makan nasi lemak, tapi terliur tengok ikan goreng garing yang baru digoreng selain kuah kari kat sana, so aku bantal sepinggan nasi campur plus papadom.Heaven, tambah kat luar kabus tebal.

Halim open topik, pasal awek dia yang mengadu kat emak dia sebab dia tak msg awek dia sudah 3 hari.Kemudian emak dia sound dia.Bengang je kawan.

Aku ambik turn marah Halim pulak.

"Manalah awek kau tak bengang, 3 hari kau tak msg.Kalao aku dah maki hamun jugak"

Halim backup diri sendiri kemudiannya.

"Perluke msg hari-hari? Nak cakap benda yang sama je setiap hari.Balik-balik tanya dah makan ke belum? Hari ni kerja shift apa?Bosan."

Farid menambah.Jawapan dia pon 3 kali 5 Halim.Dia cakap tak banyak nak cerita kalao ber msg hari-hari.Lagipon balik je kerja, mesti bantai tidor sampai esok.

Wah, diaorang.Nak menang.

"Maksud aku taklah ber msg 24jam macam budak sekolah.Kalao aku pon tak hadap.At least once per a day.Ada masa-masa tertentu"

Farid setuju pulak dengan aku.

"Haah.Aku dengan awek aku tak msg selalu tapi atleast sehari tetap ada msg.Jangan bagi rasa jaoh sangat"

"Ha, tao pon"

Pada aku lah, zaman bercinta masa belajar dan zaman bercinta bila sudah berkerja sangat berbeza.Masa kita memang ada 24 jam, tapi yang void, rasanya hanya 1 jam.Serius.

8 jam kompem habis kat tempat kerja.Kalao kerja macam aku, 8 jam kerja 8 jam itulah tak boleh pegang handphone.Sibok di reception.Kemudian bila balik, nak rest pulak.Belom lagi ambil kira nak dobi baju lah, nak FB lah (haha), dan lain-lain yang tak berfaedah.

So, rasanya, agak tak sesuai untuk ber msg secara marathon.

Macam aku dan Incik Zahari jugak, rasanya tak banyak ber msg.Lebih senang cakap di telefon apa rutin yang kami go thru hari tu.Hanya ber msg untuk memberitahu sudah pulang kerja atao mahu masuk tidor.


Itu sahaja.


Tapi, serius, tak best langsong jadi gf si Halim ni.3 hari kau boleh tak ber msg.Haha.Di zon bahaya tu =p

No comments:

Post a Comment