Feb 14, 2011

Love, again.

14 Februari.

Sibok aku tengok orang kat sini beli chocolate, beli bunga, beli teddy bear, dan last sekali beli kondom (haha) untuk meraikan orang yang tersayang mereka.

Well, Valentine's Day.

Aku jadi observer sahaja,malas nak cakap hukum hakam sebab aku bukan baik sangat mahu banyak bunyik.Cuma, mari kita berkongsi pendapat sahaja.

Kenapakah bila datang 14 Februari mahu express kaseh sayang yang membuak-buak dalam hati tu? Kan?

Kalao aku, lagi suka express the feeling tanpa ada desakan hari yang wajib.Maksud aku, tak payah nak tunggu Anniversary Day ke, Birthday ke, atao hari-hari lain yang penting baru nak bagi hadiah atao buat something special.

Im not a romantic person.Tapi kadang-kadang jiwa artistik tu keluar jugak untuk menghargai orang sekeliling.

Satu yang paling aku tak boleh lupa bila aku pernah buat satu album kenangan bersama si dia, my sweetheart masa itu dan aku beri pada dia untuk view dan flash back balik kronologi hubungan kami yang almost nak masuk 10 years ketika itu sebelom semuanya terpaksa berakhir.(tiba-tiba ada lagu Ari lasso dan Bunga Cinta Lestari as background musik).

Dalam album tu aku simpan semua surat-surat dia dari sekolah dulu yang dia hantar ke alamat MRSM aku semasa tingkatan 4 dan 5.Juga gambar yang dia snap di KLIA semasa departure dari game dia di luar negara (muka time tu ala Tomok, serius).Then aku simpan semua tiket bas yang aku beli semasa aku ulang-alik dari KL ke Ipoh pada hujung minggu untuk bertemu dia (ketika ini sudah ada duit ptptn, boleh travel pegi date, haha).Tak lupa jugak, aku simpan semua resit bayar dari dia semasa kami keluar date(banyak resit McD) selain keratan-keratan akhbar mengenai perkembangan kerjaya bola dia dan penulisan beratus-ratus perkataan mengenai dia yang aku pernah tulis untuk assignment kelas aku di UiTM dulu.

Time tu memang bukan admire, tapi gila.Haha.

Bende tu rasa sweet dan kelakar bila di flash back, tapi bila everything is gone, rasa macam.....................tak tahu nak letak perkataan apa.But im sure, u know that feeling.








Ah, teringat pulak.Gampang betol.Haha.

4 comments: