Apr 18, 2011

Thank U

Sebelom pulang bercuti, aku melalui hari-hari yang aku rasa sangat congested.I mean, di dalam hati.Mungkin ketika itu zon PMS tapi hati aku memang sudah jaoh hati atas beberapa sebab, terutama dengan Incik Zahari. Tapi, semalam. selepas pulang bercuti, aku dapat sehelai tisu.Rupa-rupanya Incik Zahari telah menulis one love message untuk aku sebelom dia pulang bercuti.Aku sahaja yang tak perasan. Miss u, sayang momok.From abang. Dia tulis sendiri, walaopon tulisan tak secantik tulisan aku.Haha. Dan semalam juga, dia pick up aku di Ipoh sebelom pulang bersama-sama ke GH. Dia suka buat aku jaoh hati, tapi dia juga penawar untuk semua.Thank u.

Apr 12, 2011

Bla dan bla

1.Sedang lepak di KL Sentral ni.Window shopping, observe orang, baca buku Steve Harvey,makan kentang goreng McD.Suka sangat jalan sorang-sorang.Heaven.Heh.


2.Aku ni tak suka dengar lagu ikot trend tapi suka dengar lagu mengikut cerita hidop aku.Haha.Sekarang ni gila balik dengar lagu Luscious-Khabarkan.What a lovely song.


3.Benar orang kata, stress tempat kerja kadangkala mematikan mood bercinta.Bila away dari tekanan kerja, semuanya lain.Aku dan Incik Zahari sedang bercuti panjang.Bila berjauhan ni, beliao lebih sweet, sekurang-kurangnya setiap awal pagi dia sudah mula SMS kembali =)


4.Lately ni aku banyak makan.Mungkin nak period.Pagi tadi, masok kerja makan nasi lemak kemudian makan lagi roti sardin di mamak.Semalam, pukul 8 pagi dah makan nasi tomato.Break pukul 10 pagi makan lagi nasi dengan ikan goreng dan telor masin lembek.Sikit lagi rasa nak pergi KFC lah.Habislah, dah tak langsing macam Rozita Che wan lagi.Heh.


5.Mula rindu kawan-kawan di UiTM dulu especially Batch Diploma Landscape Architecture 2004 dulu.Guys, jumpa di wedding cik Akhmaremily k.Untuk Cik Akhmar, happy for u darl.


6.I miss Incik Zahari rite now.

Apr 5, 2011

Emosi.

Perempuan, hati mesti kering.Itu yang aku selalu ingat kan pada diri aku. Tapi memang benar, perempuan ber emosi.Bukan sedikit, tapi banyak.Benda ni tak mungkin boleh difahami oleh lelaki. Tapi sekurang-kurangnya, aku selalu remind diri sendiri, kita boleh merajuk hati, tapi biarlah kemudiannya bangkit semula. Susah nak cakap apa perkara sebenar yang sedang membuat hiruk pikuk pada hati di dalam sekarang ini, tapi aku tahu hati aku sangat konkrit untuk melalui nya lagi sekali. I think Yuna lebih memahami situasi aku sekarang.