Jun 8, 2011

Asmara

Clearwater Santuary, Batu Gajah.5 petang.


Aku berlari-lari mengejar catcibor yang kejap-kejap hinggap di daun lalang, kejap-kejap hilang terbang.


Dia berjalan mengekori aku dari belakang.Senyum sahaja.




"Nampak happy sekarang?"

Aku berhenti berlari.

"Hah?"

"U nampak happy sekarang" Dia ulang lagi.

"Maybe" Jawab aku tak pasti.


Kemudian aku duduk di tepi paya.Dia mengambil tempat di sebelah aku.Tak hampir sangat tapi aroma wangiannya dapat aku tangkap dan rasa.Maseh haruman yang dulu, peliknya aku maseh boleh ingat.


"Pergi mana tadi?


"Ambil lesen"


"Bila nak keluar kereta?"


"Kalao takde aral melintang before raya"


"Good.Impian u kan?Nak ada kereta, senang nak ambik anak-anak kita dari sekolah, senang nak pergi Tesco beli barang dapor kalao i takde..."


"Senang nak balik rumah abah kalao gadoh dengan u tengah malam..."Kata aku menambah ceritanya kemudian dua-dua ketawa.


"Seronok bercerita pasal impian kan?"


"Seronok"



"But im so sorry.Tak dapat lengkapkan cerita dan impian u.Not u, but ours"Dia memperbetulkan.



.........




"Its ok.Semua dah berlalu."Aku tak lalu nak bercakap lebih.


"Are u happy now?"


"U suka selalu tanya soalan macam tu, kan?"


"I really wanna know your present life.I taknak u rasa terluka like what i've done to u before.I really mean it."



"I happy or not, i still have to move on, alone.U janganlah risao.I already 25.Dulu ye, selalu menangis dalam shower kalao tak kuat.Haha." Aku cuba melonggarkan sedikit atmosfera yang semakin gloomy.Dia cuba memahami.


"Anything happen to u, please call me ok"


"Tengoklah" kata aku dan bangkit semula.Membetul-betulkan semula belakang baju kurung moden yang sedikit konyot bersama daun lalang yang kering.


"Anything happen to u, please call me."Ingatnya lagi.Aku merenongnya Mengangguk perlahan.


"Hari dah petang.Nak balik.Thank u for this meeting" Aku berdiri di hadapannya dan menguntum senyuman.Dia juga.



"I miss our old days"

"Me too"




"Bye"

"Bye..."








Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang.Nak sahaja tengok either dia maseh di situ melihat aku atao juga sudah sama menapak.





Mengapa kita hanya mampu berjumpa tapi tidak boleh bersama?Ah, ini ayat Asmara.Nanti balik rumah aku pikir ayat lain ok.

1 comment: