Sedang menonton drama Melayu di tv2.Sinopsisnya- Dilema si anak teruna(Fahrin aktornya) samaada mahu meninggalkan kerjaya hebat di Kolumpo atao duduk di kampong menjaga ayahnya yang refuse tinggal bersama di Kolumpo selepas pemergian ibunya akibat sakit kanser.Sedih la cerita ni, its all about pamily.Aku selalu kalah kalao benda melibatkan pamili.Apepon. pamili must come first sebab jatoh bangon kau, orang luar takkan peduli.Pi mai pi mai patah balik pada pamili sendiri (pengalaman banyak mengajar).Hurm, rasa rindu gila pulak pada mama dan abah even baru 2 hari lepas makan tengahari bersama sebelom pulang ke sini.
Esok kerja shift malam.Aku paling suka kerja shift malam sebab tak crowded, settle kerja boleh ber fb (haha), dan siang aku rasa panjang.Boleh rest dan buat itu ini.Esok, aku plan nak bangon lambat dalam pukul 12 tengahari, then laundry baju, then kemas bilik, then nak kacao incik Zahari.Haha.Sekarang ni suka sangat bilik aku sebab aku dah decorate mengikot design dan konsep yang aku suka- white, black and red color.Design more to simplicity and sweet.Ada masa aku upload gambar k.Lupa sahaja nak beli usb.
Oh, ya.Thanks to all follower for this blog espeseli pada yang singgah memberi komen pada penulisan aku.Im not sure, kenapa sekarang ni aku tak boleh nak reply all the comments.Bukan sombong tao.Nanti aku check again apakah masalahnye.
Ok, i share with u.Bila kita tengah single but not available ni ramai pulak calon-calon lain yang nak masok taste market.Selalunya beginilah.Tapi, aku ni bukan jenis yang suka flirting around.Kalao dah suka satu, yang itu jelah even Aaron Aziz pon datang sama testing.Haha. Aku bukannya muda lagi, dah tua dah wehh.Kalao boleh, sekali jumpa, sekali bercinta, sekali tu jugaklah kawen dan kekal akhir hayat.But tak semua jalan orang sama.Ada yang sekali jumpa, dah teros sampai hingga jinjang pelamin.Ada jugak yang kene berkali-kali tukar calon baru jumpa Mr.Right yang dicari.Ini bukan kerja kita.Just let the flow.Untuk peminat-peminat saya di luar sana (bajet Elyana), kita boleh berkenalan dan kenal hati budi masing-masing, tapi hati dan perasaan mana kan boleh dipaksa kan? =)
2 hari lepas bermsg-msg dengan my everdearest friend, Incik AsrulHadi.He is one of my bff di UiTM dulu.Ada berbicara sedikit personal but just forget that.Yang aku nak cerita adalah kisah mengenai dia membeli seeokr arnab betina yang dia beri nama Saodah.Sumpah aku rasa nak pukul dia.Buat lawak, itu je kerja dia dari dulu.I hope can meet him again dan berkaraoke lagu Ibnor Riza, again.
Bulan Julai ni aku plan nak pergi tengok bola bersama adik aku, Pidot, our cousin Nurul Hana dan kawan baik aku, Zabrina Ezura. Yeah, ladies go out!!! Even just Super League game between Perak vs Selangor, tapi still rasa berkobar-kobar nak pergi. Hey, pergi ke sana bukan nak tengok cinta lama main di atas padang tao (haha) tapi sebab dah lama tak merasai atmosfera di stadiom. I really enjoy tengok gelagat orang, cuci mata kot ada yang taste (haha) dan of coarse, nak feel semangat jati diri kenegerian itu.Moh kiter young ke Ipoh!
Okey.Off dulu.
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment