Jun 26, 2011

Monday blues kah?


Hari ni still mc.Tapi bangon pagi sebab lapar.Semalam Incik Zahari tanya nak tapao makan apa?Dia nak beli nasi masa dia balik kerja.Aku cakap takde selera nak makan.Nak pengat pisang mama, tapi apakan daya.So, aku just makan maggi cup semalam, makan ubat dan tidor.


Pagi-pagi dah makan nasi laok sardin dan pisang yang my hot cousin bekalkan dari rumah dia di Batang Kali.Nasib lah ada pamili members around here.Boleh jugak ber manja-manja time demam ni.Dah tak boleh langsong nak makan kedai.Loya.So aku paham kenapa Incik Zahari tak boleh makan last two days.Yang aku paksa dan merajuk bila tak jamah nasi yang aku beli.Kejam betol lah aku.


Habis makan, aku kemas bilik dan cuci washroom dan shower.Sangat suka cuti begini, aku ada masa untuk mengemas.Bilik tak lah messy mana sebab bila dah kerja ni, memang bilik will always in good condition.(Tak suka balik kerja penat-penat bilik macam tongkang pecah.Serabot kepala.).


Sambil mengemas, layan celoteh Mak Neng kat Sinar fm.Oh, ada kumpulan Sepah kat Sinar.Aku suka Shuib, sebab lawak dia cool.Tak sangka Sarah boleh end up dengan Shuib yang biasa-biasa sahaja sebab everyone know Sarah urban lady.Itulah jodoh, ikan di laot, asam di darat, dalam belanga bertemu jua.Mereka sangat comel ber dua =)


Tak tahu nak buat apa hari ni tapi nak spend masa dengan sebaiknya.Nak berehat secukupnya.Esok back to work sampai Ahad.Kemudian cuti again, 5 hari.Yeay!

No comments:

Post a Comment