Oct 5, 2012
Aku, dia dan 5 hari.
Lama tak update blog.Its like, kalao Neelofa takde job, takde filem terbaru, takde drama bersiri 80 episod terbaru, takde skandal terbaru, takde gosip liar terbaru, nak keluar majalah create issue muka depan pon rasa tak berbaloi bagi orang baca.Kan?
Hehe.
I just come back from holiday.Untuk pertama kali nya, since 2 tahon bekerja, aku bercuti dan melupakan semua perkara.Cuti kali ni, spend the whole time with him.Bukan Beeto Kusyairi, still, incik Zahari.Haha.
The first day, we just decide keluar makan sate gerai tepi jalan.Biar ter telan asap kereta lalu-lalang sekalipon, tapi the moment open table dan melihat sekeliling berputar lebih therapeutic.Kami makan sate dan nasi ayam sekaligus, sambil ber sembang kosong-merapu-no serius topik.Yang aku ingat, dia ajar how nak masak nasi ayam dan roasted ayam nya sekali sebab aku, walao dah umur 26 tahon tapi tak pernah mencuba resipi nasi ayam.Incik Zahari terror semua masakan sebab dulu dia lama bekerja di satu kedai makan di Taiping.Puji sikit.Hehe.Kemudian, pergi masuk PasarayaKu.Aku tak tahu lah lelaki lain.Tapi Incik Zahari dan aku sama, suka merayap kedai-kedai begini dan melihat kot-kot ada lapik kaki yang kene citarasa, atao kot-kot ada pengepit langsir yang menarik mata.This moment rasa macam keluar dengan mama setiap kali cuti dulu.How i miss the part, sumpah.
Lepas habis ber cuci mata macam makcik-makcik, kami bergerak pulang ke Genting.But halfway to Genting, rasa nak singgah Awana.Ini part paling kelakar.He stop his car under one big tree yang facing mountain view, kemudian dia cakap, kita berehat sekejap sebab penat drive selain mual.You know, jalan bengkak-bengkok with full tummy.Memang lah rasa nak keluar balik.Okey, mungkin ada yang naughty cakap saja cari alasan nak beromen dalam kereta, no, seriusly no.Tak sampai 5 minit stop, dia buat perangai.Tidor berdengkoq, bak kata orang Taiping.Hati aku pon berkata,hmm, kesian tengok dia tidor terlena nganga mulut.Penat, balik kerja teros turun downtown demi mencari sate idaman aku.Jadi, jadi untuk menghindarkan diri daripada keseorangan ternampak hantu langsuir di atas pokok besar, atao pon ternampak perempuan cantik di tengah malam buta tu, aku pon buat-buat pejamkan mata until betoi-betoi terlena sama.He said that, dalam pukul 3 pagi dia terjaga.Selimutkan aku dengan jaket dia macam babak drama Melayu tv3 tu, dan ingat nak bergerak pulang, tapi bila melihat aku sedap tidor dalam kedinginan kabos, maka dia pon sambong tidor balik.Pretty awesome, sebab bangon tidor melihat si dia yang tersayang, dengan permandangan luar yang subhanallah cukup cantik dan saujana mata memandang.Melihat pancaran sinaran matahari dari sebalik gunung.Then kami bergandingan keluar cuci muka dan yeay! Ke mamak berdekatan.Apalagi, mapley teh tarek dan roti canai.Superb ;)
Nak cerita satu-persatu memang tak habis.Agenda kami the next day juga tak kurang menarik.Spend masa di Ikea adalah yang paling bermakna, sebab impian aku adalah mahu habiskan satu hari di IKEA bersama lelaki yang dicintai.Boleh tak tulis impian tu kat biodata? Haha.Tak payah pergi Venice atao Paris kota cinta pon tak apa, cukup di Ikea sebab its one of the place yang sarat dengan rasa cinta.Tak perasan ke, masuk je IKEA feel like you wanna end up with him/her with marriage.Then beli rumah bersama.Design your home together with Ikea furniture.Create the lovely space untuk anak-anak.Dan macam-macam.Dan impian akutu separuh sudah di realisasikan.We talk a lot about the home and dream, masa di sana.Sungguh rasa ber bunga.*blushing.
Selebihnya, hari-hari kami banyak spend masa bersama like buy some movie dvd and spend time watching it together.Okey, untuk masa ini, incik Zahari bawa aku ke dunia dia.Kau jangan lah nak mengarut kata aku beromen lagi.Aku maksudkan, dia mahu aku tahu what is his genre? Macam aku, dia sudah cukup tahu,aku tak boleh tinggalkan genre romantic comedy. Tapi dia seperti lelaki yang lain, lebih teruja menonton filem-filem epik.Kami menghabiskan masa almost 4 jam menonton satu filem epik mengenai tentera Jepon cuba menakluk kawasan orang asli di Taiwan, kalao tak silap.Cerita ni best, kau belajar bagaimana semangat satu kaum cuba mempertahankan hak kawasan mereka.Serius lupa the title, tapi for being honest, aku sendiri mula bercinta dengan genre dia.
Lain perkara.Satu benda lagi yang kami kongsikan bersama adalah suka menghabiskan masa di library berdua.Dia macam abah, suka baca all the news luar dalam Malaysia.Habis semua paper duduk tepi dia.Kemudian habiskan pembacaan komik kartun pejuang dia yang aku tak ingat namanya juga.Aku? As usual, women magazine, majalah karton Lat, ataopon buku-buku fotografi di sana.Duduk baca bersebelahan, take own time, walao nampak pasive, tapi aku rasa cukup calm dan diubati.betol.Why dont you try it once? Sesekali lari dari hiruk-pikuk di luar.Haha.
Banyak masa yang terlalu precious untuk dikongsi di sini.Its different, totally.How aku teman dia di kedai gunting rambot, how dia teman aku di pasaraya semata-mata mahu cari Cornflakes.Haha.
Takde apa yang aku doa saat ni, selain Tuhan tidak mengambil jiwa aku lagi setelah lopong 2 tempat di hati aku.
Thank you Allah for sending him, light up my dull life here :)
Subscribe to:
Posts (Atom)