Dec 21, 2009

Rock kapak

Beberapa fakta tentang Rock Kapak.

  • Mengikot kamus aku sendiri, lagu rock kapak diklasifikasikan sebagai lagu-lagu era 80an dan awal 90an dalam genre rock. Ketika zaman tu,trend untuk all the rock singers mesti nak pakai seluar ketat, berjaket kulit, berambot panjang yang mengerbang dan menyanyi terkangkang.Budak-budak BunkFace patot ikot gaya dorang kalao nak nampak stylo..

  • Tak semua minat lagu Rock Kapak especially girls.Aku telah membuat kajian, setakat ni hanya 8 per 10 dari kelompok kawan-kawan perempuan aku yang tao tentang lagu Rock Kapak.Yang lain biasanya prefer lagu The Day You Went Away dari kumpulan M2M, jika keluar karaoke bersama mereka.Itu salah satu sebab kenapa aku suka pegi karaoke dengan rakan-rakan maskulin. Boleh all out bersama mereka nyanyi lagu Medicine- Tika dan Saat Ini.

  • Lagu Rock Kapak biasanya buat orang flashback kisah silam dorang.Selalunya berkaitan cerita yang agak drama masa zaman jadi Belia 4B. Contoh paling terdekat. Iskandar (bukan nama sebenar). Lagu dari kumpulan Gersang- Masih Aku Terasa adalah lagu tema masa beliao frust bercinta dengan seorang awek, seorang kerani sekolah menengah.Beliao frust sebab awek tu bercinta dengan lelaki lain yang lagi kacak, keje bank dan bila keluar dating pakai seluar slack dan berkemeja butang sampai tengkok.

  • Sampai sekarang, takde lagu yang boleh celen lirik lagu rock Kapak yang tulus dan tragis. Bila kamu dengar lirik dia, otomatik kamu bole imagine apa yang cube disampaikan thru the song. Contohnya lagu Kekasihku di Menara Gading- Ukays. Sekali dengar, kamu dah boleh buat plot cerita ngan skrip dia sekali kan?Mungkin kalao sedap karya kamu, bolehlah pergi RTM.Mana tao boleh diterima pakai.

  • Video klip lagu-lagu Rock Kapak kalao kamu perasan mesti nak buat kat tasek Shah Alam. Mungkin nak feel lebih.Konon frust bercinta bawak diri tengok tasek. Jiwang giler.Then, video kilp mesti nak ade awek yang separa cun. Selalunya stok model yang baru nak naik.Model lelaki pulak, rambot still belah tengah, pakai spek mata hitam bulat, dan berkemeja macam baru balik opis. Haha.Tapi itula karakter video klip untuk lagu-lagu Rock Kapak.Layan jugak bila karaoke box. Kan Aiman dan Remy?Haha.



2 comments:

  1. haha
    entri ni aku suka
    sebab aku suka rock kapak
    karok mmg lagu rock kapak la kn
    haha
    =D

    sape yg xlayan rock kapak mmg x cool langsung
    haha
    =D

    ReplyDelete
  2. yezza.aku rs lelaki yg tak lyn rock kapak mcm bukan lelaki yg maskulin lahhh.hahah.

    ReplyDelete