Jun 13, 2010

Aku dan Maria Mernado.

Jam menghampiri pukul 6.30 petang.Aku tak suka waktu-waktu menghampiri ke Maghrib, sebab boleh buat kamu rasa libang-libu, juga empty, kalao takde sape-sape di rumah.Jadi, aku ambil peluang ni untuk packing barang, sebab esok aku akan ke satu tempat.Baru dapat offer kerja government di selatan tanah air.

Sedang aku pilih baju hot mana yang boleh dibawak pergi, aku dengar ada orang memanggil nama aku diluar rumah.Sape pulak ni?

"Hoi, engkau! Mana menghilang?" Sergah aku kepada Maria Mernado apabila dia muncul di depan rumah petang itu, setelah 7 tahon menghilangkan diri.Iyelah, habis sekolah sahaja, aku sudah tidak nampak dia. Cari dalam Facebook, banyak pulak unknown person yang appear.

"Tak ke mana.Aku datang ni nak jengok engkao la bongok.Yang engkao tercegat tak jempot aku masok apehal?" Kata Maria Mernado.Ya, she still the same.Friendly seperti dulu, itu yang buat aku dan dia kamceng di zaman sekolah dulu.

Then, kami bersembang panjang di dalam bilik.Lupa sebentar pada baju-baju yang mahu dipacking.Maria Mernado tak habis-habis bertanya kenapa aku mahu pergi jaoh, nanti dia takde kawan di sini.

Belom sempat aku menjawab, telefon rumah berdering.Maria Mernado menarik tangan aku,

"Engkao janji ye datang sini balik."
"Iye,tunggu kejap"

Aku pergi ke ruang tamu menyambut telefon.Mungkin Latif Ibrahim yang menelefon, mahu cakap England seri dengan USA, dan mahu membebel tidak puas hati.

"Hello, weh, aku ni Hail Amir.Jom pergi rumah Maria Mernado"
"Apesal?"
"Emak dia jempot pergi kenduri tahlil"
"Siapa yang meninggal pulak?"
"Maria Mernado lah.Engkao tak tahu ke dia accident 2 hari lepas"

Buk.Jantong aku rasa nak jatoh.

"Engkao janji ye datang sini balik"

Kata-kata Maria Mernado sebentar tadi terngiang-ngiang.Darah aku macam freeze. Seraya itu jugak aku terdengar Maria Mernado memanggil nama aku dari dalam bilik.

Patotkah aku patoh pada janji tadi atao cha alif bot ?

........................................................

6 comments:

  1. AnonymousJune 16, 2010

    oit....
    ni cte betol ke karut???
    demmmm!!!!
    -ZL-

    ReplyDelete
  2. kalu aku mesti da lari jerit2 sambil tgn2 bergelimpangn kat atas...so sambungan citer??
    saje je bikin gelora (>.<)

    ReplyDelete
  3. sephia: hehe.nice x?
    zl: cerita benar.hehe.
    farezz: hehe.tp cerita pucung ko kat mrsm tu lagi seram.ke ko reka je?

    ReplyDelete
  4. tu betui2 la..mn ko tau??aku ade cerita ek..erm,pastu ko buat ape?
    sambung cerita tu cepat

    ReplyDelete
  5. perlu dicerita kew balik ab? haha.

    ReplyDelete