Kamu pernah tak manage kan kawan yang mahu pergi first date dia dengan seseorang? Mesti moment tu yang paling kelakar.Nak pakai apapon nampak tak kene, dalam hati berdebar-debar.Kita sekali kene tempiasnya.
Haha.
Aku pernah 2 3 kali.Tapi yang paling kelakar, masa aku manage kan seorang kawan baik aku di studio dulu.
Dia ada date dengan seorang awek petang tu.Tapi tak cakap pada mulanya. Aku tengok petang tu dia dah bersiap mandi semua.Selalunya, jarang aku nampak dia mandi.Apatah lagi mahu pakai kemeja petang-petang begitu.Macam Rosyam Nor pon ada aku tengok.Haha.
Walaopon dia nampak pelik, aku buat-buat tak perasankan situasi tu.Dan meneroskan online.Tapi dia ke hulu ke hilir depan aku.Macam ayam berak kapor.
At last, aku tanya kenapa? Dia jawab, jom kita pegi minom kat cafe bawah jap.Aku pon ikot jelah.Kalao tak ikotkan, takot dia pegi buat benda yang bukan-bukan pulak karang.
So, di cafe itu dia bagitao aku dia mahu pergi date dengan seorang gadis cantik dan hot yang baru dikenal di dalam Friendster.Zaman tu facebook belom establish kot.Dengar jeh statement dia, aku terkekeh-kekeh ketawa.
Tapi, aku try cool kan dia gak lah sebab memang nampak nervous giler.Muka jeh macam casanova, tapi menggigil.Sampai gelas teh tarik aku pon ditumpahkannya.Haiyak.
Then, masa dia nak pegi date tuh, dia dapat one msg.That girl kata kita jumpa next time sahajalah.Dia ada hal.Sekali lagi aku ketawakan dia.Sorry, cannot help. Sebab aku rasa kelakar untuk dia petang tu.Penat sahaja change rutin, try to be someone new petang tuh, but at last cancel pulak date tuh.Haiyak.
Tapi, aku happy untuk dia jugak petang tuh sebab at least dia buat sesuatu yang lain dari teros get down dan repeat lagu Apologize berjuta-juta kali sampai satu studio dah maki dia.Haha.
I miss him.One of my gud buddy in UiTM.
haa..ni mcm aku kenal jer mamat yg nk p dating ni? wahaha =D
ReplyDeletecamne ko nampak die mand? pelik2..musykil
ReplyDeletehaahahahha..sape la gamaknya ya???:)
ReplyDeleteaiman: haha.pasangan gay ko lah aiman.
ReplyDeleteab: aku nampak rambot dia basah2 dan bdn berbao sabon lux.haha.
ben: haha.sila tny aiman.