Jul 21, 2010

My birthday.

Esok, 22hb Julai birthday aku.Saja nak bagitao.Kalao ada nombor aku, sila lah SMS.Haha.Aku suka bila hari lahir aku datang.Sebab inbox hp aku jadi sesak dengan ucapan dari mereka yang tersayang.

Thanks a lot guys.

Tapi, aku rasa hari lahir ulangtahun aku setiap tahun sangat bermakna bila tak pernah missed dirai dan diingati bersama seorang kawan baik, yang aku rasa ciptaannya ke dunia ni sangat indah.Dan sangat melengkapi aku.

Since dari kami sama-sama bermain hujan di belakang blok hostel Bukit Jalil dulu, sama-sama blur mengarang surat cinta untuk budak kelas sebelah, sama-sama meloncat mengelilingi KL menaiki LRT semasa outing, sehinggalah zaman kami semakin dewasa ketika UiTM, aku rasa dia tak pernah jauh.

Saat paling sweet, apabila kami duduk menyewa bersama masa degree di UiTM.Pada hari lahir aku tu, dia bangon awal bersiap ke kelas.Bila bangon, dia sudah tiada.

But, i noticed something on my study table.

Dia tinggalkan one gift untuk aku.

Haih, nakal.

Aku tersenyum dalam keadaan tak gosok gigi tu.Dear, i love you so much.


Dan, untuk hari lahir kali ni, aku tak wish apa-apa.Hanya happiness, bersama dia, dan yang tersayang yang lain.


Untuk Zabrina Ezura.Bilakah kita mahu rock and roll di KL lagi?

5 comments: