Dec 7, 2010

Pesemboq

*Ipoh nostalgic.Pasaraya YikFoong maseh tak berubah.Haluan aku dan dia sahaja yang berubah.(monolog aku sorang-sorang tadi ketika round town Ipoh).Haha.
*Semua cucu Yang Kulup Mat Sidi memang dilahirkan dengan vokal dan showmanship yang hebat.Tapi sayang, hanya boleh di all out di karaoke Shogun Kampar.Haha.USB aku tertinggal, ada masa aku upload gambar aku dan siblings yang hot, malam semalam.
*Abang angin, bila kawan-kawan cerita sayang keluar dengan orang lain-Ini bukan ayat yang dipetik dari drama Yusuf Haslam.Ini ayat dia hari tu.Haha.Kamu nampak sweet bila cemburu =)
*Lagu kegemaran aku sekarang adalah lagu Anna Raffali dan Sohaimi Meor Hassan.Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang,duduk renggang-renggang, bertambah sayang.Heh.
*Jiwa aku, memang jiwa Azean Irdawaty.Jiwa seniman, jiwa pelakon air mata.Aku pergi ambil report di wad 1c tadi.Sambil tunggu staff nurse tu cari report, boleh pulak air mata turun tak henti-henti.Sebab aku tak boleh berada di atmosfera wad tu, banyak sangat memori hiba.Pernah aku tidor di sebelah beg darah mama.Ah, perit nak di ingat!
*Cuti kali ni rasa great.Rasa lama tapi terisi.Eh, silap.Rasa lama dan terisi.Tatabahasa kene jaga, as a great blogger.Heh.

2 comments: