May 21, 2011

Sediakan popcorn dan tisu





Kau pergi YouTube.Cari lagu HATI YANG TERLUKA, a song of Broery Marantika.



This song, remind me a friend of mine.Tak boleh cerita kawan yang mana satu di sini, sebab dia cakap, kisah hidop dan perjalanan dia yang sukar ni biar dia keep seorang sahaja.Ok.(kalao aku cerita kat blog cerita dia ni without mention her name, itu kiranya aku pecah rahsia jugak ke?Takkan?).



Just wanna to share, supaya kita selalu ingat, this life is not always will be end up like fairytales story.Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat.



Actually, that song is one of my favorite song list.Bila dia dengar, dia jadi bungkam kejap.Then aku tanya, kenapa? Mungkin masa tu, dia rasa aku boleh lend my ears untuk dengar cerita duka dia, so dia start open cerita.




Dia cerita, dia pernah bercinta dengan someone, almost 6 years, kot. Aku tak ingat how long, tapi makan masa bertahon jugak.Di saat-saat dia dan kekaseh sudah mengedar kad kawen, sudah menghebah berita bahagia kepada semua, sudah menyiap barang hantaran, sudah memilih cincin di jari tangan, sudah menempah katering dan khemah, majlis kahwin tak jadi diteroskan.




Sebabnya, hati si lelaki sudah terpaling kepada bekas kekaseh, yang tiba-tiba muncul kembali macam yang dalam Telenovela Filipina selalu buat tu.




Dia tak boleh nak accept.Ada orang ketiga antara mereka.Kalao gadoh sebab kes jeles FB mungkin maseh boleh settle down macam tu je.Tapi ni melibatkan loyalty.





At last, dia sendiri end up semua.Dengan nekad, dengan semangat yang sebenarnya sudah tiada roh di dalam.





Dia cakap, dalam tempoh tu, takde satu saat pon airmata mengering.Dunia macam sudah tiada jabatan TNB. Gelap gelita, eletrik macam terputus. Kosong.



Patotlah dia pasang lagu Broery ni berjuta kali.Nak marah, rasa tak sampai hati.Dan cuba meletak diri aku dalam kasot dia jugak.



Semasa aku kenal dia tu, dia sedang move on kehidupan baru dia.Aku tao, bukan senang seperti kau membilang ABC, tapi what else? Qada' dan Qadar sudah tertulis begitu.





On that time, aku tengok ramai yang mengejar diri dia.Yup, dia cantik, berkerjaya, kaya, semua almost perfect.No wonder.



Tapi, dia cakap, dia sudah heartless.









Hati Yang Terluka.
(Ini bukan storyplot aku yang terbaru ok, tapi ini kisah real.)



I wish dia akan bertemu yang lebih baik, nanti




...............................................................................................................................................................................






3 comments: