May 21, 2011

Yang ku cinta padamu, yang ku sayang padamu.Engkau dan aku telah menyatu satu jiwa dalam cinta.







Sedang layan lagu dangdut paling meletop one time ago,Yang Tersayang.Lagu yang pernah mengungguli carta top 3 radio 3 Ipoh pada tahun 1998.Juga lagu yang mendapat pilihan yang paling tinggi untuk Rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik setiap hari dari jam 9 malam ke 12 malam.(Dulu buat kerja sekolah sambil dengar radio.Terima kaseh to abah dan mama sebab sudah membelikan walkman Panasonic untuk aku sejak darjah 4).



Aku peminat dangdut, ok.Kalao pergi karaoke, selain lagu rock kapak, aku mesti pilih lagu dari genre dangdut.Fun!



Tapi, serius, rindu gila kat Amelina selepas dia dissappear teros dari bidang seni.Nak kata dia bukak gerai goreng pisang, satu Kuala Lumpur aku jalan kaki buat assignment Urban Design still tak nampak muka dia.Oh, mungkin after dia kawen senyap-senyap, dia duduk rumah jadi surirumah yang begitu komited. Bangon pagi buat roti bakar, then pasangkan tali leher dekat leher suami sambil ciom-ciom, kemudian siapkan anak-anak pergi sekolah, balik hantar anak , perangat nasi dengan kari ikan bawal, pukul 2 tengok drama bersiri Indonesia yang emo, dan seterosnya bla-bla.Mungkin ini rutin Amelina sekarang ni.




Apepon, Amelina the legend.Takde sape boleh bring back zaman dangdut dia yang begitu diangkat.Sekarang ni, lagu dangdut rasa dull dan orang just pandang sebelah mata.Keluar album dangdut, perform kat pentas dah macam penari tiang kat kelab lelaki kesepian, goyang buah dada lebih-lebih, tayang ponggong kat audien macam bintang porno kat RedTube, kemudian lirik dalam lagu tak feel langsong.Takde point berkaseh-sayang.

Tak sama dengan dangdut Amelina. Soul dia kuat.Lagu dia, espeseli lagu ASYIK, yang menceritakan dia dah merenyam jatuh cinta kat seorang pemuda tu, drive aku sekali untuk berangan jatoh cinta.

Aku puji lebih-lebih kat Amelina bukanlah sebab aku ada memasang impian nak jadi penyanyi dangdut masa menulis cita-cita dalam report card sekolah warna kuning tu dulu (kantoi), tapi sebab aku memang heart gila lagu dangdut Amelina. Sama macam kau suka lagu Indie Yuna sekarang ni.




Haih.Amelina, silalah buat comeback.




Nota tertinggal: Aku paham mengapa Amelina pernah ada hubungan cinta dengan duda Iwan yang kalao dipandang dari segi luaran, memanglah tak hensem dan tiada ciri-ciri bentuk tubuh yang maskulin seperti Fahrin Ahmad.i got the answer.Single father banyak yang lebih nya.Ops, ini cerita orang dah tua=)




4 comments:

  1. lelaki yang berpengalaman adalah pilihan wanita single ;)

    ReplyDelete
  2. sye pn setuju jgk...wah cm sme plk citenye...

    ReplyDelete
  3. aik.dari cerita amelina ke cerita duda.ape kes? haha.

    ReplyDelete