Nov 3, 2011

Rasional.


1.Hari ni kerja malam.Balik kerja pukul 7 pagi, mandi dan teros tidor.Tapi pukul 2.30 pm dah bangon sebab kene attend EHS (Environment, Healthy & Safety) Campaign Meeting.Aku salah seorang commitee member untuk represent Resort Hotel Front Office, datang meeting with other members dari F&B service,F&B kitchen, dan Housekeeping.Secreatary akan bercuti panjang sempena honeymoon dia, so big boss suruh aku take over secreatary place catat dan buat next minit mesyuarat.Lama weh tak buat kerja admin.Hik.


2.Aku akan bercuti 6 hari (again) start dari 12 Nov, sempena wedding salah seorang kawan baik dari MRSM iaitu Tun Noraihan.Nak pergi wedding nya sehari je, tapi bos suruh ambik cuti this month straigthaway.Tak kisah.Banyak wedding kawan-kawan tak dapat nak attend sebab memang normally kerja di hujung minggu dan public holiday (mintak maaf banyak-banyak, mesti ramai yang kecik ati), tapi yang ni alhamdullilah.So, nak pakai baju apa wedding nanti?Haha.


3. Rindu pada si kecil aku yang semakin bijak.Aku rasa Darwish minat melukis sebab masa aku di rumah hari tu, dia kusyuk tengok aku design plan rumah abah.Then dia mintak drawing pad untuk melukis jugak.Pegang pen senget tapi dah pandai melakar.Then dia asyik suruh aku melukis gambar-gamabr lori, bas, kereta untuk dia."Mami, nak car.Mami nak lori pasir, mami nak lori inyak (minyak) dan lain-lain.Nasib mami dia ni pandai melukis.Haha.I think, balik ni nak kene belikan dia drawing pad, sebab dia suka sitting alone, membebel sorang-sorang dan melakar.Comelkan my Ahmad Darwish Danial? Miss him.


4.Abang just give me a call.Aku tak tahu, balik cuti yang ni, perasaan rindu yang too much tu takde.Cuma sesekali bila aku keluar alone, or sedang kerja, bila ada benda yang mengingatkan dia, my mind shift sekejap singgah pada dia.Maybe aku dah sedikit adapt, go through my days here without him right beside me, kemudian, 3 hari dia cuti hari tu memang completely spend dengan aku.Lepas rindu yang tertangguh.Cuma tadi sedikit sedih, abang said that, he will going home for Hari Raya AidilAdha.Tak di sini bersama aku.Secara rasionalnya, memang aku mahu dia pulang menyambot raya bersama anak-anak dia, but deeply in my heart, wish that dia bersama aku.Its okeylah, i take it as my Qurban.Korban kepentingan diri, dan menghormati masa dia dan anak-anak.Sebab kalao dia be a part of my pamily later pon, aku mahu dia utamakan keluarga dan anak-anak.Smile please, sayang.


5. Yang aku perasan, bila kau dah umur lingkungan ni, mind mungkin lebih terbuka dan lebih rasional.Yup.Aku dulu pon pernah muda, childish dan tak pernah pikir panjang dan meluas, mengambil kira hal sekeliling.Tapi nowadays, apa sekali keputusan yang aku kene ambil dan accept, aku perlu consider semua benda.Selalu nya pasal kerja dan hal hubungan aku.Ada masa memang tak dapat lari dari emosional, tapi at least ber alasan uuntuk semua yang terjadi.Im proud to be myself hari ni, less dependence, pandai buat keputusan, dan lebih tenang.Itu kualiti diri aku yang semakin growing up sekarang.Seronok bila meningkat umur, aku tak faham kenapa ramai perempuan fobia dengan pertambahan bilangan lilin bila setiap hari lahir dia.


6.Aku ada approve fb seorang girlfren kepada kawan kerja abang aku.Aku approve pon sebab nak berkongsi information mengenai aktiviti abang di Pulapol.Tapi aku rasa nak muntah darah bila baca every single status updated dia di Fb.Aku kira, memang childish.Dia nak canang satu dunia yang boifren dia setia pada dia, very commited man, sangat loving sampai nak cerita dia ada passworb boifren dia, pagi-pagi dah check fb boifren dia dan nak bagitahu semua orang yang tiada 'benda mengarut' dalam account fb boifren dia.Dan actually banyak lagi, semua personal thing yang aku rasa dia patot simpan dalam kain sendiri, dia tak perlu nak updated kat Fb.Kalao nak sangat, buat own blog.Kalao orang nak menyampah pon, apa nak kisah.Its your own private area.Tapi, its ok lah.She's still young.Mind takkan boleh sama dengan semua level umur.Cuma, kalao ada masa, memang aku mahu share dengan dia bahawa bila kau bersama seseorang, berpada-padalah.Ada benda yang kita tak perlu terlalu nak cerita di Fb, mengaibkan diri sendiri dan pasangan terutama pride dia as lelaki.Itu yang kita kene jaga juga.Bab ni abang banyak nasihatkan aku.Bukan malu untuk declaire as pasangan bercinta, tapi cerita kamu berdua tak perlu semua nak announce pada dunia.Mungkin ada yang rasa sweet, tapi jangan lupa, mungkin lebih banyak yang memaki-peringatan untuk diri sendiri jugak.Sekian, terima kaseh.





No comments:

Post a Comment