Dec 31, 2009

Happy

Jarang aku happy pagi-pagi.Tapi hari ini minum teh panas di awal pagi dengan rasa cool.Tak rasa unsettled seperti selalu.

tahon baru saya.


Berbual panjang di telefon sambil memandang gerhana bulan di awal pagi tahon baru.Apakah yang lebih awesome selain itu?

Picca

Picca ni i cilok dari blog Sue Anna Joe.I suka sangat dengan meaning pada gambar ni.Bring back memory for those yang menatap.Dan, of coarse la i teringat memori masa zaman sekolah i jugak.

I banyak kenangan kat sekolah.Hari tu pon masa i bosan kat rumah, i baca balik all the old diaries masa sekolah, surat-surat i dengan kawan-kawan baik dan cebisan-cebisan kertas yang i dan some of friends dalam kelas chats masa malas nak belajar dulu. Rindu nak pakai uniform sekolah!

I kat sekolah dulu tak tao nak categorized dalam golongan mana.Nak kata i nerd,tak jugak tapi setiap kali exam i akan studi tanpa menghirao orang bergusip di telinga i.Cume kalo dorang bukak cite pasal orang yang i minat, sure i dah malas nak bukak buku.Haha.

Nak cite kenangan zaman sekolah memang banyak.I dah tak larat sebab sekarang pon da oredy kol 4 pagi.I saje menghabiskan pagi tahon baru kat sini.Tak tao nak merepek ape. Apepon, the bittersweet of highschool sesuatu yang takleh lupa.

I rindu semua kawan-kawan lama.Kalo kawen jangan lupa jempot i.Air sirap orang kawen best!

Happy new year semua.

Love..

Malam tahon baru aku tak pegi mana, tak keluar langsong dan hanya bersendirian di dalam bilik membaca tulisan blogger lain.Rasa lebih tenang dari berada di luar yang congested dengan manusia yang excited tentang tahon yang berubah.

(Tahon memang berubah.Tapi, diri kita kadang-kadang susah untuk buat perubahan.Kan?)

Soalan tu sendiri jawablah.

Malam tahon baru ni aku sekadar dapat satu SMS ucapan selamat tahon baru dari somebody yang pernah aku suka masa tahon 2008 kalao tak silap.Ingat jugak dia pada aku sedangkan aku dah tak ingat dia langsong.Haha.Anyway,thanks.

Satu hari ni girl's day out.Penat sunggoh sebab hari ni panas.Aku keluar dengan mama, Pidot, Kak Intan dan our prince Demok Darwish.Outing ke Telok Intan.Selepas settle hal Pidot, kitorang pegi shopping barang dia pulak.Dia nak daftar UiTM this Saturday.Congrate to her.Masa shopping kasot, aku berjaya mengepao dia belanja aku heels.Sebab next 2 week aku ada majlis konvokesyen di Bukit Merah LakeTown Resort.Boleh melaram.Hehe.

Lunch hour, pegi makan kat Mastan Ghani.Satu sebab aku suka Telok Intan adalah this place mewah dengan Traditional Malaysian Foods. Before pekene mee rebus di Mastan Ghani, kitorang singgah beli apam balik kat tepi jalan.Bought for abah sebab itu favorite beliao.Then, baru pegi makan.Best gilerrr dapat makan mee rebus.Haih,Teringat Incik Midi bila ke sini =)

Selepas tu teros pulang sebab Demok Darwish da meragam.Masa on the way balik maseh sempat singgah beli air kelapa kat tepi jalan. Nice.Kebetulan pulak ade jual kuih bom pisang, pisang goreng, cempedak goreng and so on.Oh, delicious.Aku suka jalan-jalan begini.Makan jekkkk =)

Sampai di rumah, relakss jap sebab malam Along nak buat bbq kambing. But sadly, hari hujan dan kayu api yang kitorang dah bakar masa petang dah basah.So, bakar dalam microwave jek...Hahaha.

Apepon, rasa enjoy hari ni.Dapat spending my quality time ngn pamili satu hari suntuk.Tak selalu berpeluang begini masa belajar dulu =)





Dec 27, 2009

Looking forward

2010.Tidak sabar ke Tahon Baru.Banyak agenda nak set up balik.

Untuk agenda kewangan dan keje adalah mahu find out keje dan bekerja dengan tekon.Dapat gaji mahu bayar hutang PTPTN, bayar hutang kawan-kawan (hahaha), dan belanja diri sendiri pegi holiday.(dan mungkin kene simpan sikit untuk beli kereta idaman).

Untuk agenda kehidupan, owh, hanya mahu berasa enjoy bersama mereka yang disayangi.No more tears.Saya sudah tidak mahu menjaga hati orang sebab hati saya sendiri perlu dijaga dulu. Tapi, di dalam hati sedikit berasa ada taman sebab tahon ni juga sudah genap tahon ke3 saya kenal somebody yang sedikit saya adored dalam diam.Tapi tidak mahu menulis apa-apa, sebab hidop kita selalu ada drama. Jangan suka menulis skrip sehingga abes =)

Selebihnya, mahu jadi yang lebih baik. Tak kisah tak hot, tapi biar ada attitude.Kan?

Dec 23, 2009

hai lelaki.

Perempuan,Bila hatinya kacao, orang cakap PMS.Lelaki, bila hatinya meracao, kitorang nak cakap pe?

rindu

rindu.tentang seseorang.(apasal orang tua tu tidor awal,tak boleh nak cerita i tgh lapar double cheese bege).

Dec 21, 2009

Bestfriend


Persoalan aku di FB malam semalam adalah: Ape nak buat kalao bestfriend kamu proposed kamu tiba-tiba macam dalam cerita AWAN DANIA.(suka terpengaroh).Tapi rakyat Malaysia memberi respond yang baik kepada persoalan ni semalam.Thanks u ols =)

Kalo aku di situasi Awan Dania, memang pecah kepala jugak nak pikir.Diluah mati emak, ditelan mati bapak.(betoike peribahasa aku ni?).Bukan pe, aku pernah alami situasi ni. Bercinta dan berskandal dengan kawan baik sendiri sebelom ni.Tapi, bila jodoh takde, dan berlaku krisis, the friendship was over macam tu je.

Sayang kan?

Tapi, memang agak fun kalao bercinta dengan kawan baik sendiri sebenarnya. Hubungan tu lebih enjoy pada aku.Kamu sudah mengenali diri masing-masing sekian lama, dan tahu passion dan kekurangan sendiri. Kamu rasa senang nak share ape saje ngan dia, dan tidak perlu menjadi orang lain bila keluar bersama. Dan, seperti bait-bait kata Pretty Zinta dalam filem romantis Kal Ho Naa Ho (sekali lagi terpengaroh),

" ..Every woman hopes that their bestfriend will be their love for entire of life".

Apepon, setiap keputusan ade risiko tersendiri. Kalao aku, tidak mahu pisang berbuah dua kali. Untuk Awan Dania, pilihlah Bengy tu. Dah la romantik, tough, kaya dan ade kereta mewah.Sambar jek.Tak usah pedulikkan mak Bengy yang mata duitan tu.Nanti lama-lama okla tu kot.Haha.

Jom tengok episod akan datang Awan Dania =)





Bagaimana aku ketika umur 30?

Bagaimana aku ketika umur 30? Bende ni aku terpikir masa melewati blog MS WEED sebelom tidor semalam.Beliao sudah menginjak ke 30, tapi macam umor 20.Hehe.

Kadang-kadang tak sabar jugak nak berada dalam zone 30. Tak tahulah time tu aku camane. Cant imagine sebenarnye.

Yang pertama sekali, tak tahulah aku dah kawen ke belom time tu. Kalao nak ikotkan hati aku yang choosy sangat buat masa ni, memang rasenye susah nak mendapat yang berkenan kat hati dan yang berkenan kat aku jugak. Mana leh bertepok sebelah tangan jek. Nak idop bersama seumor idop kenela saling fall in love each other kan? Haih.Tak boleh nak cakapla.

Tentang kerjaya pon, still blur.Tak nampak aku akan di mana.Tapi, kalo boleh ketika tu aku sudah mula stabil dengan rutin aku. Weekday bekerja keras dan hari minggu bersama pamili dan kawan-kawan yang disayangi.Typical routine.

Seronok kalao nak transparentkan apa yang aku cuba bayangkan di dalam kepala. Tapi, bak kata orang, tak semua yang kita plan akan kita dapat. Tapi harap-harap di umur 30 adalah comfort zone untuk aku.

Cepatlah masa berlalu.....Hehe.

Rock kapak

Beberapa fakta tentang Rock Kapak.

  • Mengikot kamus aku sendiri, lagu rock kapak diklasifikasikan sebagai lagu-lagu era 80an dan awal 90an dalam genre rock. Ketika zaman tu,trend untuk all the rock singers mesti nak pakai seluar ketat, berjaket kulit, berambot panjang yang mengerbang dan menyanyi terkangkang.Budak-budak BunkFace patot ikot gaya dorang kalao nak nampak stylo..

  • Tak semua minat lagu Rock Kapak especially girls.Aku telah membuat kajian, setakat ni hanya 8 per 10 dari kelompok kawan-kawan perempuan aku yang tao tentang lagu Rock Kapak.Yang lain biasanya prefer lagu The Day You Went Away dari kumpulan M2M, jika keluar karaoke bersama mereka.Itu salah satu sebab kenapa aku suka pegi karaoke dengan rakan-rakan maskulin. Boleh all out bersama mereka nyanyi lagu Medicine- Tika dan Saat Ini.

  • Lagu Rock Kapak biasanya buat orang flashback kisah silam dorang.Selalunya berkaitan cerita yang agak drama masa zaman jadi Belia 4B. Contoh paling terdekat. Iskandar (bukan nama sebenar). Lagu dari kumpulan Gersang- Masih Aku Terasa adalah lagu tema masa beliao frust bercinta dengan seorang awek, seorang kerani sekolah menengah.Beliao frust sebab awek tu bercinta dengan lelaki lain yang lagi kacak, keje bank dan bila keluar dating pakai seluar slack dan berkemeja butang sampai tengkok.

  • Sampai sekarang, takde lagu yang boleh celen lirik lagu rock Kapak yang tulus dan tragis. Bila kamu dengar lirik dia, otomatik kamu bole imagine apa yang cube disampaikan thru the song. Contohnya lagu Kekasihku di Menara Gading- Ukays. Sekali dengar, kamu dah boleh buat plot cerita ngan skrip dia sekali kan?Mungkin kalao sedap karya kamu, bolehlah pergi RTM.Mana tao boleh diterima pakai.

  • Video klip lagu-lagu Rock Kapak kalao kamu perasan mesti nak buat kat tasek Shah Alam. Mungkin nak feel lebih.Konon frust bercinta bawak diri tengok tasek. Jiwang giler.Then, video kilp mesti nak ade awek yang separa cun. Selalunya stok model yang baru nak naik.Model lelaki pulak, rambot still belah tengah, pakai spek mata hitam bulat, dan berkemeja macam baru balik opis. Haha.Tapi itula karakter video klip untuk lagu-lagu Rock Kapak.Layan jugak bila karaoke box. Kan Aiman dan Remy?Haha.



Dec 18, 2009

Obes

My cousin kawen hari ni.Aku sibok cari baju yang konon feminine, glamorous dan nampak sophisticated.Tapi, kenape mostly baju cam dah tak muat.Oh.No.Masalah lama sudah kembali.Cancel makan nasi minyak banyak-banyak.

Dec 17, 2009

Fahrin.Again.





Pagi-pagi dah berangan Fahrin. Apa nak jadi.

Hari yang senang

Bangon pagi.Selalu terbangon sebab Incik Fahrin msg Gud Morning.Lately ni Incik Fahrin nampak sweet.(harap dia tak baca entri ni.Nanti dia perasan).Tanya mama masak ape untuk breakfast? (bertuah punye anak).Selalu mama prepare nasi goreng ngan air nescafe panas. Kalao tidor rumah opah, opah buat kopi panas dan cokodok cempedak.Favorite.

Kemudian bermain dengan Demuk Darwish sampai penat.Dia suka memanjat.Tapi tak tao berdiri lagi. Haiyak.Dah penat main, Demuk nak tido. Terkebil-kebil mata dia tunggu mami dia nyanyi lagu terang Bulan.

"Terang Bulan, Cahaya Nur Ain. Siti Aminah melahirkan Nabi."

Terasa bahagia melihat anak kecil tidor. Then, aku online semula =)

Kemarao Berakhir (tiru ayat Incik Jep)

Aku rasa pemain Vietnam mungkin akan menamatkan kariernya sebagai pemain kebangsaan esok lusa akibat tidak dapat menerima kenyataan Malaysia menang petang ni tadi sebab dorang rasa Malaysia pasukan underdog. Rata-rata antara pemain Vietnam mungkin akan cuba nasib apply kerja lain. Aku syorkan mereka apply jawatan sektor kerajaan.Sebab agak terjamin masa depan selain waktu kerja boleh main Facebook kalao kat opis ada internet free.

Honestly, as rakyat Malaysia dan bekas penyokong pasukan Malaysia yang tegar, aku turut merasa bangga dengan kemenangan pasukan kita menundukkan Vietnam.(Lepas ni aku nak ajak Aiman pergi UpTown cari jersey Malaysia.Cancel beli jersey Manchester United).

Pendapat aku, kemenangan dorang ni boleh dijadikan turning point kepada mentaliti rakyat Malaysia bahawa dorang ni patut diberi lebih peluang dan sokongan untuk membuktikan keupayaan dorang jugak. Aku sendiri sebenarnya dah lama jugak tak amek tao hal bola.Dulu memang tak miss beb tengok bola Malaysia. Kalao korang ajak aku keluar hang out setiap malam Sabtu, memang aku tak free. Selain nak mentap pengkritik Hasbullah Awang yang comel di tv2 tuh, aku memang bersemangat nak menyokong pasukan kegemaran. LIGA MALAYSIA. Mungkin jugak sebenarnya nak menatap pemain kesayangan. Tapi bukan Aidil Zaquan. Haha.

Apepon, this is gud start for our team. Malaysia Boleh!

(agak-agak berapa imbuhan dorang dapat dari FAM tuh?Soalan pertama bermain di kepala bila Malaysia menang.Haha.)


Dec 15, 2009

2010

Tidak sabar menanti kedatangan 2010.Sebab dah mahu meninggalkan 2009 yang sungguh rasa unsecure.Tapi, everything sudah berjaya dilalui.Alhamdullilah.

The first thing yang rase sunggoh satisfied untuk tahon ni ialah berjaya menamatkan studi.Lebih 5 tahon ma bangon pagi rasa tak free.Kihkih. Anyway, bukan semata-mata certification dip dan degree yang dicari, the most valueable things yang aku dapat sepanjang tempoh masa belajar ni ialah my gud time with friends, yang kamu takkan dapat di hari lain =)

Tahon ni juga semua penantian aku berakhir.Memang aku selalu menunggu hari penghujung kepada cerita hati aku yang sunggoh telenovela. Bertahon-tahon mahu ke last episod. Walaopon ending macam filem Sembilu Awie dan Erra, tapi at least aku sudah boleh bebas untuk ke drama lain pulak =)

Bermulanya tahon baru, aku jugak berharap ade sinar baru untuk aku dan beloved pamili.Harap abah akan sihat seperti biasa (oh, sekarang abah da boleh makan nasi.yeay,), Mama teros cemerlang dengan tanggungjawabnya sebagai Ketua Wanita UMNO (haha), Along teros dimurah rezeki bersama wife dan Demok Darwish.(Demok Darwish dah mula pandai kacao maminya online), dan Pidot harap dia berjaya continue her studi untul degree level.(jangan nak bercinta jek).hee.


My Demok Darwish.Sudah nakal.


Untuk aku sendiri, harap dapat kerja secepat mungkin.Sebab mahu join Aiman and FRIENDS ke Singapura.Korang, tunggula aku dapat keje dulu baru g vacation.Heee..Selain tuh, tahon ni of coarse mahu jadi yang lebih baik dari hari semalam. Move on.Takmo layan lagu MEDICINE dah.Haha.



Untuk kawan-kawan, aku doakan yang terbaik untuk kamu semua juga.Go friends!

Dec 13, 2009

L.O.V.E

Having my breakfast with someone special. Mahu selalu rasa perasaan ini.

Studio Life.

Jam sekarang menunjukkan pukul 12.45 malam.Yang i dengar sekarang hanya bunyik kapal terbang kat langit.Nak pegi mana tak taola.I rasa sekeliling so sunyi.Awal sunggohla opah i ni tidor. Kalao kat rumah flat i kat Shah Alam, time ni i still rasa havoc lagi dengan suara-suara lelaki macho menjerit tengok bola.Kadang-kadang, i pon tak balik rumah lagi time ni.Rindu pulak atmosfera di Shah Alam.Hahaha.

Time ni i rasa rindu atmosfera jam 12 di studio masa zaman final diploma dulu.Pukul 12 tu life begin to chill out.Semua masyarakat di studio baru nak warm up buat keje.Yang i ingat, kawan-kawan i macam chaq baru nak kesat-kesat cermin mata berhabok die, aiman baru nak start bukak lagu dia sambil sketch perspektif dia yang banyak orang katon, akhmar baru nak bawak toiletries dia ke toilet sebab nak facial muka (dan mengajak i untuk temankan.hehe), remy baru nak membuli i dengan menyuruh i menyebot perkataan enthusiastic selain mengajak i kawen kontrak sebab bosan buat design, nani pulak sedang membancoh susu untuk abg jat (patot abg.jat membesar dengan sehat dulu), akmal baru nak trace design dia, ali blur lagi tak tao nak buat ape, dan begitu juga dengan kawan-kawan yang len.

Rindu beb zaman belajar.Baru berapa hari i dah tinggalkan atmosfera student life ,i tp i dah rasa libang-libu.Tak biasa bila malam takde keje.Dreaming. (Dulu maki sangat bila tade masa langsong nak hang out luar dari studio). Tapi, i really missing a part during studio hour masa diploma dulu sbab time degree i banyak spend masa dengan housemate dan hal personal i di luar. (girls boutique 404, rindu u olss).

Anyway, moment paling thrill di studio masa i dikacao oleh bende-bende misteri nusantara.Haha.Time tu yang i pelik, i boleh pegi toilet sorang-sorang around 3 pagi camtu selepas dikacao oleh seorang 'budak kecik' yang berlari-lari di tepi drawing table i masa i tengah trace master plan. Time tu studio lengang sebab the next day ade trip ke Cameron Highlands. Yang ada cuma i, Aboy, Akhmar, dan Mimi.I rasa time tu just mainan perasaan i yang dah lalok buat design.Tapi, masa Aboy send us to college, Aboy cakap die kene kacao ngan sorang budak kecik kat studio tadi. So, tadi tu memang bukan perasaan i la.omg! Banyak lagi bende misteri nusantara yang berlaku masa balik dari studio every early morning.Tapi, we ols redah jela.Satu moments yang sunggoh berharge bersama kawan-kawan =)



Precious memory in Fraser Hill.Our big pamili.L.O.V.E.


Impian.(tade keje berangan)

Hai.Nama i Noor Affni Roosli. Tapi orang selalu keliru antara i dengan Julia Ziegler.I pon tak tahu.I minat Fahrin Ahmad.Sebab badan dia sasa, bila naik vespa, mesti best pelok dia.(direct sangat kew?) I single sampai skunk sebab i nak tunggu Fahrin. Tapi kalo dia jadi kawen dengan Scha Alyahya tu, memang i akan kecewa. Tapi apepon, i tetap akan pegi kenduri kawen dorang.Sebelom pegi kenduri kawen dorang tu, i ingat nak already set ringtone hp i lagu pelamen anganku musnah nyanyian penyanyi wanita lama kesukaan i, azie.So, nanti bila i tepung tawar dorang, i nak soh bff i kol i. Biar Fahrin ngan Scha dengar lagu tu.


I suke semua pasal Fahrin. Cara dia minom pon i suke tengok.Kihkih.

Impian i, selain nak masuk sehati berdansa dengan Fahrin, i nak jadi wedding planner. Ni semua terpengaroh dengan cerita Elyana kat Astro tuh.Tapi, sebenarnye masa kecik-kecik dulu i nak jadi arkitek sebab i tak suka design rumah-rumah kat kampung i.I nak ade rumah dengan design i sendiri. Sekarang i dah ade degree dalam Lcape Architecture ( i rase mcm mimpi jek da bes belajar).Tapi, i rase i dah tak minat nak carry on kerjaya dalam bidang ni sebab i dah tanak pressured yang maxima.Cukoplah mase belajar dulu i selalu menangis dalam shower bile tensen design. Sekarang ni i nak cari keje dalam bidang len.Kalo jadi flight asistant ok tak. (akibat banyak tengok cerita Awan Dania).

Hurm. Tadi i pegi kenduri kawen abang kawan sekolah i dulu. Kawan i tu dah ade anak sorang da pon. Dalam hati i tadi jeles sunggoh tapi bila tengok i lagi cute dari dia, i dah tak jeles. I pon hope one day nanti i ade anak sendiri. I rase Fahrin tanak anak ramai sangat kot sebab dia pon always bz. Malam-malam sure dia tak all out sangat.Haha.Tapi, i da ade 3 orang anak pon cukop. Perfect kalo 2 lelaki, sorang je girl. That girl i nak anak bongsu.Nanti 2 abang boleh protect adik bongsu dorang.Dah besar nanti i nak suroh Fahrin train 2 anak i tu main rugby.Nanti i nak design depan banglo i ade padang mini rugby. I tak suka anak i main bola. Sebab i hate pemain bola.Okey, untuk anak perempuan i, i akan ajar dia melukis.Nanti bolela baby girl melukih sambil tengok papa die main rugby ngan abg2 die.Sweet kan?


Ni gambar Fahrin masa kecik.Comelkan? I rase anak we ols nanti demuk cam Fahrin gak.

I rase cam tade ape nak tulih la.Ini jek impian i setakat ni.Oklah.I nak tengok siaran ulangan Sehati Berdansa.Haha.


Ade orang MMS gambar ni kat i untuk menjeleskan i. tapi Fahrin cakap kat i, this girl only mintak bil breakfast die jeh.


Fahrin, u tak pyh pakai that red tshirt untuk membuktikan u single.i trust u lahh.





(akibat obses kepada Fahrin Ahmad 2 3 hari ni)




Tipu sunat

Bende yang paling tak suka bila pergi kenduri kawen di kampong ialah apabila mendengar lagu selamat pengantin baru selain jelak dengan soalan makcik-makcik, "kamu bila lagi?".

Aku jawab senang jek." Tahon depan kalao sampai jodoh".Tapi rasenye dari 3 tahon lepas aku dah cakap camtu. Hahaha.

Dec 9, 2009

My update

Hai hai. Sudah lama tidak di sini.Sebab bz dengan aktiviti UMNO aku selain beristirehat di rumah. Sekarang ni pon tengah tunggu opah buat cokodok pisang.Yeeeehhaaaaaa......

Minggu lepas, 4hb ke 6 hb aku berada di kem dekat area Selama bersama kawan-kawan.Aktiviti paling best ialah main flying fox.Weeeeeeeee.Best gler.Oklah.Sekadar untuk pergi menghiborkan hati =)



19hb till 20hb, aku ade kursus cuppacakes.(dah rase macam suri rumah). Actually start minat ngan cupcackes ni since aku praktikal aritu. One of officemate suka sangat bukak blog2 cupcakes.Then dengan aku terinfluence. Hehe.Now, baru nak berjinak-jinak nak belajar. Mana tao leh wat biznes sendiri one day nanti. Hehe. Aku paling suke tengok blog yg ni. Nyummie.nanti kawan-kawan boleh try jugak k =)

Lain-lain tu jez duduk rumah.Layan Awan Dania.Hikhik.

Dec 8, 2009

Selamat pengantin baru



Selamat Pengantin Baru untuk Mohd Nasril Mat Nourdin.
Everything in memories =)