Jan 25, 2010

Facebook dan impaknya (UPSR patot buat soalan macamni).

Aku berkenan dengan entri AkuKopiKausiapa dalam entri yang ini iaitu mengenai FaceBook dan bende berkaitan dengannya.

Yup, FaceBook sebenarnya contribute kepada pembukaan kepada keaiban samaada sendiri punya hal di bawah kadar tidak sedar ataopon hal orang lain dengan cara sengaja.

Selain itu, ia juga boleh memecahbelahkan hubungan orang, tak kiralah antara bf-gf, kawan-kawan, suami-isteri, dan sebagainya.

Contohlah.Si isteri duduk berjauhan dengan si suami.Kemudian si isteri mungkin sedang period dan berasa tidak kene satu hari.Ditambah pulak dengan perasaan curious pada suami.Jadi, tanpa memikirkan privasi, dan terlalu beremosi, si isteri sengaja menghantar wall post kepada FB suami dan melepaskan perasaan dengan berkata "Saya sunyi, awak jangan nak cari GRO kat KL tu" (maksud dia mungkin begitu walaopon ayatnya lebih general). Hal demikian sebenarnya boleh memberi persepsi negatif pada si suami.Orang luar yang tak tahu apa-apa mungkin akan turut masok campor memberi komen yang bukan-bukan. Ini salah satu punca keretakan hal rumahtangga bila orang luar mula busy body. (mengikot kajian Din Beramboi dalam Wanita Hari Ini minggu lepas.)

Ada lagi kesan negatif FaceBook.Facebook jugak boleh menyebabkan gf-bf bergadoh atao paling terok breakup. Contoh, si bf jeles pada gf yang mempunyai ramai peminat lelaki di fb.Mungkin si gf hanya berkomen-komen dengan teman sekolah, tetapi si bf berasa cemburu yang membuatkan dia mahu membalas dendam, dengan turut berskandal di luar dengan awek cun. Aku selalu dengar kawan-kawan bercerita masalah ini. Tapi, aku tak dapatlah nak membantu, sebab aku takde bf. Jadi, aku boleh komen dengan sape-sapepon kat FB.Haha.

Terlalu berterus-terang di status Facebook jugak sebenarnya buat satu dunia tahu hal kamu., pamili kamu, ex-bf kamu atao semua masyarakat sekitar kamu.Ini aku tak dapat nafikan sebab aku pon kadang-kadang direct jugak post macam-macam pasal aku di FaceBook, atao mungkin jugak di sini.Haha.Terpulanglah pada self-confidence kamu nak berkongsi dan risikonya.Pada aku, biarlah menggunakan bahasa yang lebih general. tidak perlu terlalu menjadi attention seeker =)

Dahlah.Banyak pulak membebel.Aku nak membalas komen di FB.Haha.

3 comments:

  1. haha afnie.

    aku suke quote kamu neh "Terpulanglah pada self-confidence kamu nak berkongsi dan risikonya."

    the problem is bila ramai manusia2 yang over-sensitif melampiaskan kemarahan mereka di facebook dengan niat melepas geram.

    dan dibalas pula dengan komen2 yang tambah menyakitkah hati atau menimbulkan kontroversi seperti yang kamu sebut td.

    so ppl who wishing to write on the wall shud be reasonable and able to cope with their rensponsibility.

    dan pada masa yang sama kita takde hak untuk halang mereka bersuara.

    mereka sepatutnya sudah boleh pandai memikirkan untuk menjauhi facebook andai mereka tak mampu menanggung risiko dan godaannya.

    kan?

    mungkin apa yang aku katakan ini juga salah. but what the heck? that is the true freedom of speech. agree to disagree and debate honestly.

    ReplyDelete
  2. yup.people free to write anything on their status and so on.takde hak utk menghalang.mgkin boleh dijadikn sbg theraphy jugak bila all the things dilempiaskn di sn.

    trpulanglah pada masing2 punye penerimaan dan respon yg diberi.ade fb tak kamu ajai?

    =)

    ReplyDelete