May 5, 2010

Sedang ingin tak bercinta (tajuk main taram)

Lately ni, aku rasa aku dah tua.Takde dah keluar malam dengan geng motor, takde lepak di kedai mamak sampai open table 2 3, kurang girls talk di luar, tak rancak berkomen di FB.Semua aktiviti sosial dah minima, atao paling tepat langsong takde dah.Aku tiba-tiba jadi Perempuan Melayu Terakhir di rumah.Tanda-tanda nak kahwin lah tu, kata adik aku.Tapi seriously, aku sedang membiasakan keadaan diri aku yang abnormal ni.Boleh tak beri satu hari pada aku untuk jadi remaja semula? (konflik dalaman sebenarnya ni.Persetan).

Aku baca entri blog John ni, kelakar giler dowh.Tapi, its fact and reality. Bukan senang lah nak cari orang yang suit dengan kita, tak kisah lah orang cakap kita muka buruk tapi nak demand macam Rozita Che Wan.Hati kalao dah tak suka, jadi kenangan je lah.Senang cerita ma.Teori PrimaJohna =)

Hujan tu rahmat.Kalao masa duduk di rumah sewa dulu, time hujan paling best.Mari tidor beramai-ramai satu rumah.Kalao ada orang bom kat telinga pon rasanya tak sedar.Tapi, sekarang ni, rasa macam tak best pulak hujan.Rasa loser giler sebab aku tak tahu nak buat apa time hujan bila ada kat rumah sendiri.Nak tidor rasa malas, nak dengar mp3 dah bosan sangat kot, nak tengok tv kilat pulak kat luar, abah dah siap-siap cabut suis, haiyakkk.Sudahnya baca novel cinta di mana watak lelaki nama Reeza.

Reeza ni, yang digambarkan hensem, berlesong pipit di pipi, kerja arkitek, pakai kereta mewah, romantis, dan semualah ciri-ciri yang dikehendaki oleh perempuan.Aku jenuhlah cari novel yang wataknya bukan nama tipikal macam reeza ni, takpon nama Daniel ke, Adam ke. Boleh tak ganti nama yang k.m.p.g sikit macam Abdullah ke, boleh je panggil Lah. Then, tak payahlah nak perfect sangat appearance watak tu.Cuba gambarkan watak tu simple sahaja, muka setakat hitam manis, tak hensem pon, setakat muka macam Zizan raja Lawak jeh, pakai motor biasa jeh, duduk kat rumah flat PKNS, keje sebagai posmen di Pos Malaysia.Buatlah jalan cerita lain sikit kan? Hahahaha.Kalao macam tu tak laku agaknya novel aku.

Aku tak tahu nak tulis apa.Nak tulis yang berbunga-bunga, aku sedang tak bercinta.Nak tulis pasal pelajaran, aku dah habis studi. Nak tulis pasal alam kerjaya ni, aku duduk rumah je setakat ni, nak tulis pasal politik aku rasa orang akan menyampah pulak, nak tulis pasal movie aku dah lama tak masok pawagam,so ini sahaja.

Chao.

4 comments:

  1. nak komen pasal novel tu
    mmg la novel kena buat cerita cerita mcm tu
    tu sebab da selera pembaca
    sama dengan jer dengan drama drama kt tv tu
    ader ke nk buat drama yg lain dr cliche?
    xder kot
    ahaha
    =D

    aku rasa kau patut start tulis novel kt umah tu since xder buat bende kan?
    setiap hari tulis mungkin end of the year da leh publish da novel tu
    haaa
    kan kan kan?
    =D

    ReplyDelete
  2. hahahhahahaha.idea ko bernas aiman.aku ada satu cerita nak tulis.pasal bestfriend.fall in love with each others tp in the end masing2 ada kehidupan sendiri.klise sgt kah ? haha.

    ReplyDelete
  3. itu da mcm drama tv3 utk slot samarinda tuh..ahaha..=D tp xkisah pon..buat jer..aku sokong 110%..=D

    ReplyDelete
  4. aku rasa ko patut wat graphic novel....

    ReplyDelete