Feb 26, 2011

thank you

Abang beli roti potato untuk sayang.Makan sebelom pergi klinik ok.





Rasa touching gila babi pagi tadi.Mengingatkan aku pada mama, satunya yang tak pernah lupa untuk ambil berat tentang aku.

Itu hari ni.

2 hari lepas.


Abang tak pergi kerja hari ni.
Why?
Sayang demam.Abang mahu di sisi.



Macam dalam drama tv3.Tapi aku cubit pipi, ini bukan dialog nasir bilal Khan.Ini dialog Incik Zahari sendiri.




Thank you.I appreciate, really.

Feb 21, 2011

Hai, boleh saya berkenalan?

"Salam hai awak."

Tiba-tiba ada makhluk sms aku pagi tadi.Aku maseh dalam selimot, malas nak bangon lagi sebab semalam tidor lambat dengar lagu jiwang abang JJ kat Sinar FM.

Aku balas dengan rasa tak ikhlas."Waalaikummussalam.Siapakah?"

"Bolehke saya nak berkawan dengan awak?"

Dalam hati aku cakap, ni mesti budak under age ni sebab kalao lelaki matang bukan camni ayat beginning nya.(15 tahon pengalaman).

Aku tanya dia balik sebab soalan aku tadi tak diendahkan."Saya tanya awak siapa kan?..."

"Nama saya Mahat" Itu sahaja dia jawab. Tiada pengenalan diri yang lain, at least beritahu lah aku dari mana dia dapat nombor aku. Dia bajet aku berminat kot nak tanya lebih pasal diri dia. Sorry, i dont talk to strangers. Then, aku malas aku nak continue.

"Sekiranya klu awak tak sudi nak berkawan dengan saya tak apalah ek, awak cakap je"


Aku tergelak dengan rasa sungguh nak maki.Haha.

Dia sudah silap di situ.Aku beri sedikit tips ye kepada semua lelaki yang mahu mengorak langkah mengenali gadis, tak kisah lah mahu serius atao sekadar teman biasa, jangan sesekali menunjukkan tahap ke sensitif an kamu di awal perkenalan sebab para gadis memang tak suka lelaki yang tak tegar dan mudah putus asa.Memang kau bukan John Travolta.

Aku just jawab, thank you, have a nice day.


Aku tak suka cara budak under age approach gadis.Beginilah situasinya.Tiada gentleman basis.Aku teringat how incik Zahari approach aku waktu mula-mula jumpa aku di hadapan ruang kerjanya.

He asked my number first (untuk ketiga kali nya). Ketika itu dia sudah memperkenalkan diri dan bertanya serba sedikit hal aku.

Dan mungkin ayat dia yang buat aku selesa untuk memberi ruang pada dia untuk mengenali aku adalah bila dia minta izin kepada aku untuk call ketika itu dan cakap, "Awak jangan resign kerja dulu.Bagi saya peluang untuk kenal awak", sebab semasa jumpa dia aku explain yang aku tak berminat nak ber kawan dengan sesiapa sebab aku sudah takkan lama di situ.Resign form sudah diambil dan dalam masa seminggu aku akan pergi.

Dia suruh aku pikir tentang perjalalanan seterosnya, financial planning aku dan sebagainya sebelom turun downtown untuk bekerja.Mungkin dia takde hak untuk halang aku, tapi sekurang-kurangnya nasihat dari dia yang dulu makan garam dari aku, aku ambil terima pakai.Mungkin time tu aku pon hilang guide.


Jadi, sampai sekarang aku terbuka hati untuk memberi ruang pada dia mengenali aku walaopon hal dan perasaan aku bekukan dulu.panjang lagi masa kalao nak bercakap hal itu.

Pokoknya di sini, kalao mahu kenal sesiapa, biarlah kena pada caranya.Ini baru direject dah nak buat ayat mak nyah.Siapa yang siorrr?(bak kata orang Perak)


Sekian.

Feb 14, 2011

Love, again.

14 Februari.

Sibok aku tengok orang kat sini beli chocolate, beli bunga, beli teddy bear, dan last sekali beli kondom (haha) untuk meraikan orang yang tersayang mereka.

Well, Valentine's Day.

Aku jadi observer sahaja,malas nak cakap hukum hakam sebab aku bukan baik sangat mahu banyak bunyik.Cuma, mari kita berkongsi pendapat sahaja.

Kenapakah bila datang 14 Februari mahu express kaseh sayang yang membuak-buak dalam hati tu? Kan?

Kalao aku, lagi suka express the feeling tanpa ada desakan hari yang wajib.Maksud aku, tak payah nak tunggu Anniversary Day ke, Birthday ke, atao hari-hari lain yang penting baru nak bagi hadiah atao buat something special.

Im not a romantic person.Tapi kadang-kadang jiwa artistik tu keluar jugak untuk menghargai orang sekeliling.

Satu yang paling aku tak boleh lupa bila aku pernah buat satu album kenangan bersama si dia, my sweetheart masa itu dan aku beri pada dia untuk view dan flash back balik kronologi hubungan kami yang almost nak masuk 10 years ketika itu sebelom semuanya terpaksa berakhir.(tiba-tiba ada lagu Ari lasso dan Bunga Cinta Lestari as background musik).

Dalam album tu aku simpan semua surat-surat dia dari sekolah dulu yang dia hantar ke alamat MRSM aku semasa tingkatan 4 dan 5.Juga gambar yang dia snap di KLIA semasa departure dari game dia di luar negara (muka time tu ala Tomok, serius).Then aku simpan semua tiket bas yang aku beli semasa aku ulang-alik dari KL ke Ipoh pada hujung minggu untuk bertemu dia (ketika ini sudah ada duit ptptn, boleh travel pegi date, haha).Tak lupa jugak, aku simpan semua resit bayar dari dia semasa kami keluar date(banyak resit McD) selain keratan-keratan akhbar mengenai perkembangan kerjaya bola dia dan penulisan beratus-ratus perkataan mengenai dia yang aku pernah tulis untuk assignment kelas aku di UiTM dulu.

Time tu memang bukan admire, tapi gila.Haha.

Bende tu rasa sweet dan kelakar bila di flash back, tapi bila everything is gone, rasa macam.....................tak tahu nak letak perkataan apa.But im sure, u know that feeling.








Ah, teringat pulak.Gampang betol.Haha.

Feb 6, 2011

3R

Aku pulang dari kerja tadi, setelah all out di tempat kerja selama 9 jam hari ni.penatnya, macam kau pergi bertukang rumah, bezanya sini cuaca sejuk jadi ketiak tak basah dan badan still melekat bao aroma Victoria's secret itu.

Aku pon balik dan baring di atas katil bujang.Berangan Khairol Fahmi Che Mat, again.

Tapi, kemudian 2 roommate aku start having conversation.Orang Kedah kalao berjumpa orang Kelantan, kau imagine bagaimana.(bukan nak raising up isu kenegerian di sini tapi serius, aku tak boleh berada di tengah-tengah mereka).

Bilik tu ada 3 orang tapi dah macam satu kampong bermaustatin.Aku rasa bengang gila.

Kemudian cakap di telefon dengan boipren kuat gila, macam nak bagitao satu dunia yang dia ada boipren yang boleh di ajak bergayut.Dia ingat aku takde boipren ke nak hint-hint macam tu? Aku pakai hot ticket la, anytime boleh nak bergayut dengan boipren.(keluar statement budak sekolah).

Sudahnya aku mandi, dan keluar dari bilik.Meredah kabus yang tebal.Sedang cuba cool kan hati seiring dengan darjah celcius di sini.

Haih, manusia yang tiada sivik.Pergi sekolah balik lah, cari buku How To Respect Other People?.Ok.

Feb 1, 2011

blur

Masa paling sukar aku,adalah sekarang.Kalaolah hati aku transparent atao setidak-tidaknya boleh tulis semuanya di sini, mungkin aku sedikit lega.


I need a friend to accompany me here..