Mar 6, 2011

cinta yang takkan pernah ada

Si isteri menyiapkan baju kerja si suami.Si suami maseh dalam dengkuran.Nyenyak, tambah di luar hujan renyai.

Si isteri memandang telefon bimbit si suami di meja solek.Hati terdetik mahu menge check, terutama bahagian inbox dan sent item.

"Abang rindu Oja.Bagaimana mahu buat ye?" SMS si suami kepada si penerima, seorang gadis.



Hati si isteri luluh.Bagai kaca yang terhempas di lantai.Manik-manik jernih dengan deras mengalir ke pipi.Hampa.


Jam menunujukkan pukul 8 pagi.Si isteri terkejut.Masa untuk mengejut si suami.Si suami bangon dengan malas tapi maseh sempat menghadiah sebuah ciuman di pipi si isteri.Si isteri rasa kosong, lemah.

Habis mandi, si suami memelok si isteri."Sayang busuk bao anak kebao" Guraonya sebagai rutin setiap pagi.Maseh galak menciom.

"Siapa oja, abang?"

Si suami senyap.Tapi melirik tenang pada si isteri.

"My past.Tiada kene-mengena lagi dengan abang"

Si isteri diam.

"Abang boleh rindu segala masa lepas abang tapi sekurang-kurangnya abang tak boleh beri ruang lagi untuk dia datang semula"

Si isteri berlalu keluar.Meninggalkan si suami yang maseh diam di birai katil.
Lagu Warkah-Bau tiba-tiba jadi musik background.Orang sebelah pasang radio, mungkin.














........................................

3 comments:

  1. nanti aku smbong pukul 12 ni.ini cerita benar sbnrnya.

    ReplyDelete
  2. sila buat siri yg lebih panjang
    sakit ati jer baca beberapa kerat
    sekian.

    ReplyDelete