Jul 31, 2010

Kami tak bercinta.Maaf.

Kami hanya teman tapi mesra.

Kami tak bercinta.Maaf.

Kami berkawan rapat sahaja.Tak lebih dari itu.

Kami bukan pasangan kekasih.Jangan gosipkan kami.

Kami akan umumkan bila tiba masa yang sesuai.

Ayo.Statement artis Malaysia.Cover line bagai nak rak.Bila dah break up,terhegeh-hegeh pulak panggil media nak mengadu domba.Wah, bahasa aku.

Kalao aku, dah kompem bercinta,dah berjuta kali saying i lap u u lap me,dah banyak kali dating pakai spek mata hitam konon nak bagi kasi visual tak clear, just admit je lah kao sedang bercinta.

Bukan susah sangat.Aku pon boleh ajarkan camne nak mengaku, atao nak bagi orang fed up nak tanya lagi.

"Ok, kami bercinta.So what?"

Bunyik cam tak behave, tapi at least ko jujur, Mah.

Takpela.Artis, memang suka buat story berjela-jela.Nak cari makan kan, kalao takde publisiti, takleh nak berlakon filem Nur Kasih.

Tapi kan, aku ingat bila aku bercinta nanti, aku pon nak buat-buat perasan jadi artis la,nak cover line bila orang tanya,

"betolke ko tengah hot bercinta dengan Ahmad Fuad? (nama watak utama novel Kau Untukku)."

Time tu, kawan baik pon aku taknak hint.Nak kecik hati, kecik hati la.Aku artis.

Boleh ke?

P/s: Apesal hari ni aku rasa macam Mama Juwie?

Jul 28, 2010

Stalking

Bercakap dirty jokes dengan kawan-kawan, atao someone yang kamu rasa comfortable untuk itu, aku tak rasa offended.

Dengan kawan-kawan lelaki, espeseli, aku sudah biasa bergurao begitu.Dan aku pon rasa dorang tak malu untuk bercakap yang 'bukan-bukan' dengan aku.Just for fun.

Mungkin tu satu benda jugak yang kamu perlu tolerate if nak get along dengan kawan-kawan lelaki.

Tapi, aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak muntah bila dapat satu msg gudmorning yang sangat stalking aku pagi semalam.

Aku rasa dia sedang horny selepas bangon pagi.Dan aku tak tahu kenapa perlu related kan aku dengan situasi dia tuh.

"Im not your bitch."

Aku pikir mahu reply begitu. Tapi tak jadi, sebab aku teros delete nombor dia.

Incik, bergurao dengan stalking lain.Sekian.

Jul 27, 2010

Isu caller ringtone.

Ada orang sound aku, pegi tukarla callerringtone tuh, katanya. Buat pengetahuan semua, beliao bukan yang pertama yang sound aku tuh.Antara yang ke-72 orang.

Tapi aku tetap tanya, kenapa pulak?Hanya sebab lagu itu bukan lagu Indie ke atao lagu tu 'down to earth' sangat?

Dia balas, kesian tengok ko.Macam tak habis-habis je down.Dengar callerringtone pon dah tao.

Ayo.

Begitulah concern nya seorang rakyat Malaysia terhadap aku.Memang betul kata seorang pelabur Korea Selatan di dalam berita tv3 semalam, bahawa rakyat Malaysia ni baik-baik belaka.Ambil tahunya begitu detail.

Chor,

Bukan sebab mood kecewa, atao rasa nak terjun bangunan, tapi aku memang suka lagu-lagu lama lah. Lagu-lagu lama ni kalao kamu kaji liriknya, memang pure. Cerita nak kawen pon liriknya boleh makan dalam.Haha.

So Chor,

Janganlah risaokan aku hanya sebab caller ringtone aku.Publisiti murahan je orang kata nanti.haha.


P/s: Dah callerringtone aku lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat nyanyian Shidi tuh, mana la tak jadi bahan.Haha.

Jul 23, 2010

hai nasi goreng.

Aku teringin nak berlakon iklan sebenarnya.Impian yang aku tak pernah cerita pada sesiapa sebab aku rasa akan digelakkan kaw kaw oleh kawan-kawan.Hikhik.

Aku taknak berlakon iklan pewangi ketiak atao sabon Lux sebab tak rela untuk menonjolkan ketiak aku di hadapan khayalak umum selain perlu kena berkemban.

Aku jugak rasa muka aku takde market value.Produk mesti tak jalan, betol.

Jadi, aku rasa sesuai berlakon iklan untuk promosi perencah nasi goreng Adabi.Selain sebab aku sendiri selalu menggunakan produk tu untuk masak di kala perot dah lapar sangat sampai tak boleh tunggu, aku rasa iklan tu tak perlu nilai komersil pada wajah dan penampilan.

Pakaikan sahaja aku baju kurung Kedah dan kain batik, kemudian aku akan buat-buat acting sedang masak nasi goreng untuk suami tercinta sehingga baunya satu flat PKNS tercium dan datang bawak pinggan, nak mintak sikit.

Ok kan?

Kalao ada yang kenal mana produser bikin iklan, sila hubungi aku ok.

Jul 21, 2010

My birthday.

Esok, 22hb Julai birthday aku.Saja nak bagitao.Kalao ada nombor aku, sila lah SMS.Haha.Aku suka bila hari lahir aku datang.Sebab inbox hp aku jadi sesak dengan ucapan dari mereka yang tersayang.

Thanks a lot guys.

Tapi, aku rasa hari lahir ulangtahun aku setiap tahun sangat bermakna bila tak pernah missed dirai dan diingati bersama seorang kawan baik, yang aku rasa ciptaannya ke dunia ni sangat indah.Dan sangat melengkapi aku.

Since dari kami sama-sama bermain hujan di belakang blok hostel Bukit Jalil dulu, sama-sama blur mengarang surat cinta untuk budak kelas sebelah, sama-sama meloncat mengelilingi KL menaiki LRT semasa outing, sehinggalah zaman kami semakin dewasa ketika UiTM, aku rasa dia tak pernah jauh.

Saat paling sweet, apabila kami duduk menyewa bersama masa degree di UiTM.Pada hari lahir aku tu, dia bangon awal bersiap ke kelas.Bila bangon, dia sudah tiada.

But, i noticed something on my study table.

Dia tinggalkan one gift untuk aku.

Haih, nakal.

Aku tersenyum dalam keadaan tak gosok gigi tu.Dear, i love you so much.


Dan, untuk hari lahir kali ni, aku tak wish apa-apa.Hanya happiness, bersama dia, dan yang tersayang yang lain.


Untuk Zabrina Ezura.Bilakah kita mahu rock and roll di KL lagi?

Jul 19, 2010

Im a strong weed, i think.

Aku, jarang di influence oleh watak siri tv.Sebab aku rasa fake. Itu drama, tak sama dalam dunia kita yang sebenar.

Tapi, bila aku habis mengikuti drama bersiri Korean, Boys Over Flower, sedikit sebanyak watak utama dalam drama tu iaitu Geum Jan Di yang dilabel strong weed, berjaya seratus peratus contribute inspiration pada aku.Dan aku kalao boleh, mahu jadi macam dia, dari segi part bagaimana dia tegar mengharungi kepayahan hidop yang tak henti-henti menguji.

hari ni, aku rasa mahu lari ke hujung dunia, lari dari semua orang, lari dari masalah yang macam-macam yang sangat hurting hati aku di dalam.Kalao boleh, sampai je kat unknown destination tu, aku mahu makan chicken chop kemudian tidor.

Lega sikit kot, aku rasa.

Mama masih dalam rawatan kimo nya.Abah pulak, 3 4 hari ni aku tengok macam sakit balik.Ditambah pulak dalam keadaan financial di rumah ni yang bagai dilambung ombak, terumbang-ambing since abah cuti sakit tanpa gaji sudah masuk 6 bulan, aku rasa hidop ni begitu kejam.

Time ni, RM10 pon aku rasa besar sangat.Dan jangan bermimpi aku boleh beli handbag baru walao di luar, orang melihat aku bergaya dengan handbag Vintage.Stok lama ok.

The whole family is surviving now. Aku tak tahu bagaimana kami boleh mintain untill this level walaopon Piala Dunia hari tu aku banyak missed game sebab Astro di rumah dah kene bar.

Last two weeks, aku ada di offer keje, bahagian politik.Oh, mungkin aku tak cerita di sini sebab aku sibok belajar masak kuah durian ketika itu.Tapi, itulah.Ditelan mati mak, diluah mati bapak.Aku seperti orang muda yang lain, seleranya.Wanna enjoy this life to the fullest, kata orang.Mahu bergaji besar setiap bulan, mahu pergi shopping tak ingat dunia, mahu buang masa di luar.

Tapi, all those things macam Alice and the Wonderland.Lebih kepada imaginasi, untuk waktu inilah.Sebabnya, tempat aku lebih sesuai di rumah bersama mereka yang sangat memerlukan aku di sisi, time ni.

Doa aku, masa depan, semoga akan lebih indah.Bukan painful begini.

P/s: Lebih indah kalao Tuanku Mahkota Johor yang segak dan handsome itu datang meminang aku kt rumah ni.(Boleh polo Kembara Mahkota Johor naik keretapi.Heh).

Mencari Fahrin Ahmad, mungkin.

Aku mengambil kata-kata incik Akmal yang beliao ambil dari show OPRAH.

"Be tolerable women because no one is perfect out there.Never ever set option in finding your soulmate.Men fear of it"

Topik ni jadi hot, di Fb tadi.Semua orang akan melaluinya dalam hidop, bila tiba masa berhadapan untuk mebuat pilihan.

Aku tak nafikan, aku sangat choosy dalam membuat pilihan, biar aku bukan SOFIAJANE sekalipon.Sebenarnya bukan demand, atao mencari yang perfect.Tapi aku percaya, itulah mainan LUTH MAHFUZ.

Selagi belom masa kita bertemu yang telah ditulis di sana, selagi itulah apa yang kita nampak tak cantik.Apa yang kita lihat tak padan.Bila sudah masa, yang didampingi itu orang tak nampak pon handsome macam Hans Isaac.Tetap macam biasa.

Sebenarnya bukan kriteria apa yang kita cari.Letaklah sebarang list tentang lelaki kegemaran saya yang bagaimana tu apa.Tapi last sekali kamu akan sedar, tanpa keserasian, apa yang bermula tetap berakhir.

Itu pointnya.

Aku sudah berjumpa bermacam jenis orang, yang berbeza jiwa, profesion, kefahaman dan ideologi.Aku mengenali mereka, get into their life,tapi at last, aku tetap rasa there must be someone out there for me.Sebab aku tak boleh get along dengan mereka lebih lama.Dan itu satu hint yang perlu diambil kira sebelom kamu bawa seumur hidop orang itu bersama kamu.

Untuk masa ni, aku belom lagi pikir berat untuk mencari soulmate walaopon naluri itu ada.Bagi yang bertanya, aku anggap satu doa.Siapa taknak kawen weh!

Aku cuma terpikir nak mencari duit.Takde duit, kasih sayang itu jadi sikit.Setuju?

Jul 16, 2010

stress dan dia

Tak tahu nak cakap apa.Saya merindui seseorang dan rasa sangat memerlukan dia waktu kepala dibebani banyak perkara ni.

Jul 13, 2010

handphone cikai aku sudah rosak.

Aku rasa aku seorang sahaja dalam dunia ni yang menangis sebab hp rosak.Bukan Blackberry yang rosak tapi hp yang hanya berharga RM100.

Bukan pe, hp backup takde, duit dalam purse adela tinggal berapa ringgit.Tak dapat nak cari hp baru, walao hp yang beli satu dapat percuma.Jadi, secara tak langsung, memang lah emosi aku sangat terganggu di atas insiden yang berlaku ni.

Hp ni satu keperluan.Selain satu cara komunikasi yang paling instant bersama para skandal, ia jugak sumber untuk aku berhubung menyelesaikan hal pamili dan kerja-kerja di sekeliling.Jadi, bila dah rosak ni aku rasa lost giler.

Saat ni aku mula berangan.Indahnya kalao aku ada kawan di kalangan kumpulan F4 kat Korea yang kaya-raya tu.Boleh jugak aku pao hp baru.Fahrin pulak sejak-kebelakangan ni diam je.Duit acting mesti sangkut lagi la tu.Tak dapat nak loan.

Haih.

Ini la nasib.Orang yang naif lagi tak berharta sering diuji.(mengeloh dalam blog takpe kan?).
Semoga ada hp baru turun dari langit bila aku bangon tidor esok =P

Jul 11, 2010

UPSR dengan PMR takde, boleh FB 24jam ok.


Time ni satu pamili aku sedang duduk berbincang pasal nak kahwenkan cousin aku. Bukan nak kawenkan aku ok. Haha. Seronok bila semua ahli pamili duduk berkumpul, duduk berbincang sambil makan-makan.Of coarse lah, yang tua-tua lead the discussion.Yang muda-muda sekadar duduk dengar.(tapi aku curi-curi online ni.) Bukan pe, maybe aku rasa lebih excited if this moment membincangkan hal aku.Chewwah.Tapi tetap rasa tak sabar.

Apepon, biarlah opah dan yang veteran diskus dulu hal tu.Malas nak interrupt.Nanti aku ambik tender bagi bunga telor jela.Boleh lah exposed sikit.Da 24 tahon takde bf, kene gerak, kata opah lah.Haha.

Ini pasal Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kampar yang aku pegi pagi tadi.Salah satu usul yang dibincangkan ialah tidak menyokong pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.Personally, aku rasa tak setuju if dimansuhkan.

Satunya, boleh contribute kepada masalah sosial.Bila dah takde exam, student kompom malas nak pegi sekolah. Baik lepak hisap rokok kat mana-mana atao pergi dating kat McD. Kalao pegi pon, maybe sebab nak usha cikgu yang macam Fahrin Ahmad, maybe lah. Sebabnya dorang rasa tak perlu nak pay attention pada studies sangat.Bukan ada penilaian pon.Excellent ke tak, still boleh continue ke tingkatan.

Tanpa exam jugak, tak wujud couragement pada student untuk berdaya saing. Mak bapak pon mulalah bagi pulut kuning pada cikgu untuk tackle hati dorang supaya bagi gred yang best sikit pada anak dorang sebab kalao peperiksaan peringkat sekolah, cikgu-cikgu yang mark paper, bukan pemeriksa kertas peperiksaan yang bertauliah.So, boleh adjust.Anak-anak boleh goyang kaki bermain FB sahaja k. Chronisme ni biasalah kan?


Apa yang paling penting, kesan lain ialah, pelajar-pelajar yang pandai ni, yang menjadi aset penting pada pucuk pimpinan dan pembangunan negara tak dapat nak trace pada peringkat awal kalao UPSR dimansuhkan.Penilaian untuk ke SBP atao MRSM pon takde, jadi kumpulan pelajar yang istimewa ni tidak diberi perhatian dan lama-lama dorang pon hanyut.

Kan? S

Setuju tak? Kita pikir untuk jangka masa panjang lah. Haih, sejak 2 menjak ni banyak sangat mimpi makan cokodok dalam Parlimen.Itu yang cakap pon dah nak serius jeh.

Haha.

Selamat malam Malaysian.


Jul 8, 2010

Spain bukan terer.Haha.

World Cup sudah hampir ke penghujung.Eloklah.Aku dah malas nak bukak tv tengok any game lagi sebab Brazil dan Argentina dah lingkup. Tapi, ada orang tu suruh aku berbalik pada Spain. Mungkin tidak.Biarlah aku menyorak untuk Oranje, walaopon team tu yang cilakak belasah Brazil dulu.Haha.

Untuk final ni, aku rasa Belanda boleh makan Spain 3-1.Amacam?

Ini pasal rumah sewa lama aku.The owner dah tak bagi masuk rumah.Jadi, barang-barang aku kat rumah tu tak dapat nak ambik.Bukan barang aku jeh, barang housemate aku yang lain pon sama jugak.*&&*())(*&^% punyer owner rumah.

Aku bukan pe, barang-barang yang lain tu aku boleh lah tutup mata lagi, tapi ada satu barang yang paling berharga aku tertinggal kat sana iaitu album kenangan aku dan seseorang dulu lah. Haih, banyak surat-surat, gambar masa sekolah, dan artifak lain yang ada dalam album tu. Rasa sayang jugak walaopon bende tu dah jadi memori jek.Aku ingat nak pegi bawak kes rumah ni ke mahkamah la.Heh.

Ini ada satu hal aku nak luahkan kat sini.Aku rasa aku dah kene ubat guna-guna atao ubat dagu.Bila aku ada di depan mata seseorang ni, mesti hati aku rasa tak keruan.Masalahnya pada beliao seorang, dalam banyak lelaki lain yang ada kat dunia ni (selain bekas cinta hati dulu lah).Haha.Masalahnya umur dia 50an ok.Tapi masih berkharisma.Haiyak.Ini susahnya kalao involve dengan golongan dah expired.Haha.

Bercakap pasal hal mintak maaf ni, aku tak salahkan orang yang still tak nak mintak maaf kat aku untuk segala kesalahan yang dia dah buat kat aku tu.Sebab ada certain kes, aku sendiri pon tak kuasa nak mintak maaf.Maybe sebab rasa bende tu bukan kita yang mulakan dulu, atao bende remeh atao mungkin jugak sebab rasa ego dalam diri.Tapi, aku rasa lah, untuk memaafkan sesiapa yang dah buat hal dengan aku, aku boleh.Cuma lambat atao cepat sahaja.

Okey.Ini ada pesanan.Siapa rajin, sila bukak tv3 pukul 10.30 malam ni.Incik Fahrin kesayangan saya ada di sana.Weee.

Bye Malaysian.