Nov 29, 2010

A for alone

Aku suka waktu-waktu sendiri aku, di luar waktu bekerja.

Ada masa aku habiskan masa membaca buku Allan and Barbara yang maseh tak sempat aku nak reveal dengan baik.Hal hubungan antara lelaki dan perempuan memang mysterious, pada aku.

Ada masa lain aku turun ke KL sekadar mahu mencari secawan kopi dan karipap panas di tengah malam di kedai tepi jalan di Bangsar.This great moment aku paling suka share dengan kawan lama dari sekolah, Zabrina sebab flow diri aku dan dia time by time selalu ada chemistry.

Then,

Aku suka lepak dengan boifrens aku di sini, maksud aku kawan-kawan lelaki.Aku memang suka bergusip, tapi aku rasa tak sesuai guna term itu bila berada di kalangan mereka, sebabnya topik kami di meja lebih global.No heart feeling, itu lebih penting.

Lagi,

Aku suka duduk sorang-sorang tanpa di disturb anyone ketika online di McD.Di sana aku tak ambik kentang goreng sebab aku dah already gumuk.Jadi, online di Mcd sambil menahan bau kentang goreng orang sebelah adalah satu period yang sangat challenging pada aku.

Lagi dan lagi.

Aku suka decorate partition di dalam bilik aku sendiri.Sekarang ni aku bekerja, jadi bila balik adalah sangat penting bila keadaan di bilik manageable dan artistic sikit.Mood akan baik untuk whole day.baru tadi aku letak bunga hidup di meja solek aku.Adalah sedikit sense of nature.Haha.





Biar kamu berdua, atao ramai, tapi masa untuk diri sendiri sangat penting.Itu pendapat aku.

Nov 24, 2010

Keropok maruku cap baby merangkak


Ada orang cakap aku abnormal, sebab tak suka makan chocolate Cadburry tapi addict makan keropok maruku cap baby tengah merangkak.




Haha.



Aku dah cakap, aku takde elemen romantik.Kau nak jugak aku.





Nov 10, 2010

Diari Akademi Fantasia

7am
Incik saya sms,tanya saya dah bangun belom.Heh.Kami borak banyak-banyak sebab semalam saya tidor awal lepas makan ubat batuk cap ibu dan anak.Dia cakap, its gud mulakan conversation di awal pagi sebelom emosi dipengaruhi oleh persekitaran yang kadang-kadang sucks.
8am.
My little Darwish kacao saya di bilik.Dia nak suruh mami dia basohkan yayak dia.Haih.Main air pancut dengan Darwish sekejap.(Rutin biasa bila balik).
9am.
Oh, leisure time.Melayan dangdut Indonesia sambil breakfast.Mama masak mee goreng udang.Incik saya tak bagi saya makan pedas sebab batuk tapi saya tak tahan tengok mee goreng mama.Ngee.
10am
Online.Check fb saya.Kemudian mandi sebab my cousin, Iwan nak pick up pukul 11am nanti.Mahu pergi bershopping =)
11am
Already in Tesco.Saya, kalao mahu beli barang keperluan lebih senang di sini.Murah dan manageable.Eh,ada satu sleeveless yang comel kat Tesco saya sudah sambar.Pakai dengan cardigen dan lagging hitam sangat comel ok.
12pm
Lunch with mama, sister in law, my little Darwish, Iwan dan my auntie.Teringin nak makan koer tiao goreng basah dan air teh o laici ais.Oh, teringat Incik saya lagi sebab dia mrah makan ais.Batuk batuk dan batuk.Ok, dia tak tahu, takpe =P
1pm
Pergi nursery bunga.Teman mama dan sister in law cari pokok bunga.Bab-bab bunga ni macam tak passion sangat walaopon dulu saya tahu nama saintifik some of them.Haha.Later lah, bila saya dah ada rumah sendiri baru saya belek-belek pokok bunga.Hee.
2pm
Hang out alone di pekan koboi Kampar.Hurm, rasa macam touching sekejap sebab teringat saya pusing satu pekan untuk assignment subjek urban.Time tu seronok sebab saya design my own hometown dan saya suka urban design.Tak kisahlah the last produk is not enough excellence.Hu.
3pm.
Ber blogging.
Half day untuk hari ni rasa chill.Ok, saya mahu pulang sebab bas old skool saya sudah datang.

Nov 9, 2010

Budak comot

Aku tengok dia sebagai perfectionist.Tapi tak, sebab masa kami keluar berdating macam budak sekolah, dia buat something yang sangat comel.

Kami makan buah.Dia makan dragon fruit, aku makan nenas dengan asam.

Kemudian, mulut dia comot dengan kaler merah.Tangan dia jugak.Macam budak kecik baru nak belajar makan.

Aku lapkan mulut dia yang comot.

Tangan dia yang comot tu, dia lap dekat seluar jeans dia.

Kali ni aku yang marah dia. Tapi selepas tu kitorang ketawa dua-dua.




Kadang-kadang , orang dewasa lebih nampak comel kan dari budak kecik umur 4 tahun, in certain things la.


Hurm.




Zahari, rindu kamu lah.Tunggu saya balik.

Nov 8, 2010

present life.

Kerja.Semakin suka kerja aku.Stress, tiada hujung minggu yang free, jumpa banyak orang yang kadang-kadang rasa nak maki balik, tapi semua tu pengalaman paling priceless.Hey, sekarang english aku not bad jugak.rasa sudah tidak tahu berbahasa Malaysia sekarang ni.Hehe.


Pamili.Dalam sebulan hanya ada 6 hari untuk bersama mereka.Jadi,bila cuti, tiada komitmen luar aku boleh approve kan.Haha.Aku sedang mengumpul duit sebanyak mungkin, sebab aku mahu belikan pasaraya Tesco kat Kampar ni untuk keperluan pamili aku sahaja.Haha.

Kawan-kawan.Begitu sampai hati mereka meninggalkan zaman solo tanpa menunggu aku.Ceh.(kalao tunggu aku, korang dah ade anak 2 pon belom tentu aku yakin untuk berumah tangga.heh).Apepon, kepada kawan-kawan baik yang sudah dan bakal melangsongkan hari bahagia bersama yang tersayang masing-masing tu, selamat berbahgia.Sorry, aku tiada bersama korang.Aku artis, selalu busy as bees.Hee.

Sweetheart.Aku sedang mengenali seseorang yang dewasa 10 tahun dari aku.Tak banyak nak cakap pasal kami lagi, still in the early stage tapi aku dan dia kelakar.Sebabnya aku jenis messy, dan dia seorang yang perfectionist. seperti 2 hari lepas semasa aku sedang demam dan batuk. Seperti biasa, aku makan ubat batuk guna penutup botol.Rock.Tapi dia marah, kemudian dia ambil sudu dan suapkan ubat batuk like macam aku ni budak sekolah tadika lagi.Dia kata, lebih manis begini.Hey, ada button likes this tak? Rasa nak likes this.Haha.

Nov 4, 2010

love letter

"I don't want a serious relationship. I'm young and restless. I want someone who I can act like a complete dickhead around, that we can spend hours talking about the most pointless things. I want someone who makes me laugh and who I can plan stupid things with; that will never happen. I want someone I can tell my secrets too and waste my weekend with and act like 5 years old again.


Thank you, Zahari.
Xoxo.