Jan 25, 2012

Mama.


Hari ni patut aku kerja malam.Tapi aku ambik emergency leave, as mama masuk KPJ, dan satu saat pon aku rasa tak tenang di sini.Mana mungkin aku boleh fokus pada kerja.No, i cant.

Aku mahu pulang petang tadi, without thinking properly.Cuti tak ambik lagi, baju-baju tak ready lagi, Pidot pulak baru habis final presentation dia tadi.Aku bagitao Incik Zahari, aku mahu teros pulang.Dia dengan tenang cakap, balik esok.Its already late.Tiket ETS pon belom tentu available.Uruskan cuti semua dulu.Esok balik kerja, at least dia send aku.

Dan, dia nasihat kan aku redha.


Yup, dalam keadaan bingung, unsettled, tak tahu mahu buat apa, bila redha ada dalam hati, mungkin dapat mengubat sedikit perasaaan.


Aku bukan putus asa dengan kesihatan mama, tapi, redha perlu ada untuk persiapkan diri untuk segala kemungkinan dalam waktu terdekat ni.


Doktor bukan Tuhan, tapi segala result perubatan mama dari mereka sangat melemahkan hati di dalam.


Bagaimana hidop aku takde mama?





......


Jan 18, 2012

Bumi Perak, indahnya.

Sekarang dalam ETS, from Kampar to Rawang.Incik Zahari will pick up me from there dan singgah Batang Kali untuk makan laksa dan cendol tepi jalan.Aku suka dating camni, sebab kami tak banyak masa nak keluar berdua.Waktu kerja yang berbeza selalu jadi kekangan.
Aku suka naik ETS.Lebih tenang.Ada masa untuk diri sendiri, since cuti seminggu ni even aku ada masa 24 jam satu hari, still tak cukup untuk aku duduk relaks seorang diri.Menguruskan makan pakai abah dan mama, manage rumah dan so on, seriously, tak menang tangan.But i really enjoy dan satisfied doing those things by my own.Sekurang-kurang nya, mengurangkan beban abah dan mama.
Kenapa aku suka naik ETS? Selain selesa dan cepat (baru nak blogging, eh eh eh baru tulis dua tiga perenggan, aku dah sampai Tanjung Malim ok.Laju gila), aku suka country landcsape yang aku boleh view dari tingkat ETS.
Tadi nampak kerbao-kerbao yang frust tak dapat nak berkubang since matahari tegak cantik hari ni.But now, gerimis mula menyerlah.Suka lah tu pak-pak dan mak-mak kerbao.Heh.Then aku boleh nampak bunga-bunga teratai di muara lombong.I think this place can create beautiful impact for those yang nak buat pre wedding photoshoot.Then di lain tempatnya, aku nampak budak-budak kampong yang comot sedang laju kayuh basikal.Hey, nampak comot sekarang, mungkin dah dewasa nanti all these kids transform jadi sekacak Aaron Aziz.Sekali balik bawak kereta besar.Ke naik ETS cam aku jugak? Haha.
Bumi Perak memang awesome.Mana lah mampu untuk aku jadi Tanggang yang lupa asal usul bila berada dalam lingkungan daerah yang damai ni. Dan sekurang-kurang nya ketenangan yang aku rasa through this landscape dapat jugak meredakan kerisaoan meninggalkan mama dan abah di rumah.Its not easy.Bukan senang.
Tapi, demi kerja,demi periuk nasi aku dan keluarga, aku gagahkan hati, yang tak sekuat mana sebenarnya.
Sayang, be strong for all your sayangness.Permisi.

Jan 17, 2012

Vanilla vs Coklat

Drama Vanilla Coklat di tv3, seriously remind me of me and Incik Zahari, dalam proses kami saling kenal hati budi masing-masing ni.Cerita dan watak sama ok, beza nya aku tak lah se garang Zara Aishah, cuma sama tang bab messy itu.Haha.Dan Incik Zahari sangat cool dan almost perfectionist, suka membebel kat telinga aku ni If apa yang aku buat, aku pakai, tak kena depan mata dia.
Babak Amir dan Zara kat pasar malam Cameron Highlands tu, really remind me moment masa aku dan Incik Zahari pergi pasar Ramadhan di Batang Kali, last year.Aku kalao pergi pasar, rambang mata tengok Malaysian food yang belambak-lambak.Tambah all that food bukan semua ada kat Genting(kesian).Haha.So aku sama lah dengan Zara tu.Nak itu ini, yang nak makan nya aku je pon.Incik Zahari dah beli siap-siap apa yang dia nak.Air, nasi kerabu dan sedikit kuih-muih as pencuci mulut lepas berbuka puasa.Aku ni, dah lah dengan nasi, kuih, then beli lagi macam-macam benda untuk late night supper, konon.Masa kita beli tu, dia taklah membebel, maybe tak sampai hati nak sekat keinginan orang kan.Haha.Tapi dalam kereta, pehhhh, tak henti membebel bazir lah, siapa nak habiskan semua tu lah.Macam-macam.But at last, aku akui, cakap dia betol.Semua tu sudah nya ke tong sampah.Sekian, terima kaseh.Haha.
Then, babak Amir membebel pasal luggage Zara yang berat.Tak tahu apa yang diletak dalam beg.Cuti singkat sahaja tapi beg baju letak macam-macam. Yes,setiap kali balik, aku dan Incik Zahari akan pulang naik kereta bersama since haluan kami sama ke Bumi Perak.Macam hari tu, aku balik tak bawak beg pon.Tapi semua baju aku humban ke dalam paper beg Cotton On yang besar gila.Then terhoyong-hayang aku bawak beg yang besar, handbag lagi dan my mini notebook.Dia membebel, tapi still gentleman.He carried my paperbag kat sebelah tangan dia, sebelah lagi bawak his usual bakul baju dia sampai car park.Suka that situation walaopon kene tahan telinga dia membebel.
Banyak benda yang aku belajar dari Incik Zahari, secara teori dan praktikal nya.Dia betol-betol like jelmaan mama.Out spoken, sangat teros-terang menegur aku, mengajar aku manage everything, sampai adakala nya aku menangis sebab tak tahan dengan his words.Tapi, hari ni aku ber syukur, since aku sudah tahu, mama sudah tidak lama lagi dengan aku untuk ajar macam-macam, sekurang-kurang nya, Allah hantar kan nya awal, untuk aku, untuk hidop aku yang lebih ter susun.
Setiap yang aku buat hari ni, landasan nya, aku akan patah balik dengan segala nasihat dia.Im still young, sometime suka ikot perasaan, sometime tak rasional, doing everything by my own, but he always there lead me.
Terima kaseh kerana menghantar dia, walaopon pada awal nya, aku like Zara in that drama, tak percaya pada dia, cakap muka dia macam playboy, tak suka pon pada dia, macam-macam.But now, i know, susah untuk replace nya dengan sesiapa lagi.
Tak kisah, vanila vs coklat.Selalu nya kutub yang ber beza itu lah yang akan saling menarik each others.
Happy working sayangness.See u in Rawang, tomorrow evening.

Jan 14, 2012

stick with you,

Mama dah tidor.Juga abah.Senang sedikit hati melihat mereka sudah berehat.Hati tak habis-habis risaokan keadaan abah dan mama.Aku yang tak lena di buat nya.

Sekarang tengah duduk seorang di belakang, try untuk menulis, kalao keluar idea.Sebolehnya aku tak mahu tulis apa yang sedang aku lalui sekarang.Let me keep in my heart, bila menyusun ayat untuk menulis tentang khabar berita mama, terlalu buat aku lemah.No, let it be.Aku taknak pikirkan hal itu.


Cuba melayan lagu-lagu di playlist.One of them is lagu 3 Doors Down.Here Without You.Lagu ni aku suka, cuma kenangan nya terlalu cuka, pada aku.


This is a song, yang selalu accompany aku ketika aku stuck in the middle, tidak mampu membuat keputusan.Mungkin jugak Tuhan mahu aku experience the times supaya aku jadi lebih dewasa pada hari ni.


This song aku selalu dengar masa aku stay up buat design sehingga awal subuh di studio ketika di UiTM dulu.Keep playing this song, untuk mengubat hati yang rindu pada yang takde di sebelah.Still remember, dalam sibok buat design untuk Recreation Park di Kluang, Johor, maseh ingat dia yang sedang training di luar negara sedangkan aku tahu, dia tak mungkin sms atao call aku, sebab dia buat semua tu pada his sayangness.


Bila hujung minggu, bila aku langsong takde void space untuk diri-sendiri kerana terlalu sibok dengan studio-based task, aku maseh mampu menyediakan ruang untuk ingat dia walaopon aku tahu, hari itu dia keluar berhujung minggu di Zoo Negara bersama his sayangness.Dan hairan, aku maseh boleh cuba memahaminya walaopon tak mampu sekelumit pon.


Bila dia belanja aku minom petang di Secret Recipe di Ipoh untuk memberitahu berita pertunangannya bersama his sayangness, tak tahu kenapa aku maseh mahu mendengar satu-persatu butiran perkataannya sehingga ayat yang terakhir walaopon ketika itu the wedding date was already confirmed, dan aku tahu aku sudah di letak ter lalu jaoh.


Bila dia mengambil aku, dan kami menghabiskan petang di Kedai Kopi Tasek Shah Alam, dan dia ber cerita macam-macam, tak tahu kenapa aku maseh mahu meminjamkan telinga dan masa yang ada untuk dia sedangkan keseluruhan masa nya nanti sudah tidak jadi milik aku.



Sungguh.
Sungguh aku lemah ketika itu.
Sungguh tak ber kudrat membuang rasa sayang yang Allah pinjamkan penoh nikmat.




Sampai hari ni, denyut sakit nya maseh terasa walao aku sudah ter lalu bahagia dengan yang lain


Dan, sebab itu mahu sahaja aku jerit kan pada mereka yang mahu dan sedang melalui nya.




Ber henti lah.
Ber henti sebelom putik bercambah mekar menjadi sekuntum bunga.
Dan bila sudah kembang cantik, ter lalu payah untuk ber patah ke tempat ber mula, seperti aku yang optimis dulu.





Walaubagaimana pon,



Incik Zahari, terima kaseh kerana datang mengubat hati yang sudah lama ber plaster, yang sudah lama kering-kontang, yang sudah lama gerhana, yang sudah lama hilang seri nya.





I miss u, hingga lupa malam ni tak makan apa.




Jan 10, 2012

Hari-hari yang rendah momentum.

1.Aku dah mula buat kerja-kerja assistant Duty Manager.Aku rasa, dari hari ke hari performance kerja aku bagos, walaopon its not easy untuk bekerja meet people 8 jam sehari, dengan hati yang sometime really not there.Pecah ke merata tempat.Risaokan mama di wad, risaokan apa yang abah makan di rumah, risaokan orang yang setia menunggu aku tak berganjak, risaokan hubungan aku dan incik Zahari, risaokan macam-macam.Takde perkataan yang sesuai nak tulis.
2.Tadi balik kerja singgah di Padini Store dan Cotton On.Habis RM300 jugak.Beli barang keperluan sendiri.Memang rasa bebal, sikit, tapi aku rasa biarlah, reward diri sendiri.Manjakan diri sendiri yang dah penat bekerja 7 hari seminggu.
3.Aku still rasa bersalah dengan seseorang.I shud not feel gulity of him, tapi aku tak tahu bagaimana mahu kata tak payah tunggu aku kepada beliao.Find others yang lebih baik, lebih menghargai kau daripada aku.Aku tak berkudrat mahu mengadakan balik kasih-sayang yang aku dah beri pada orang lain.Tak boleh walaopon aku sudah cuba.Aku pelik, aku tak mahu dia ada perasaan dengan aku tapi aku selalu risao kondisi diri dia IF aku pergi teros dari dia.Pelik.Mungkin aku terlalu baik.Tak pernah mahu let others in pain walaopon orang lain dengan mudah buat begitu.
4.Sejak-kebelakangan ni, aku rasa hidop dull.Warna-warni pelangi hilang.I dont know why.Aku dan Incik Zahari ok sahaja cuma lately aku kurang masa berbual dengan dia disebabkan dia banyak kerja lebih masa.Kami hilang void space kami.Maybe di situ aku rasa kurangnya hari aku.
But i always miss him.
5.Pulang ke Utara esok, bersama Incik Zahari.Tak sabar mahu tidor dengan mama.Semoga aku masih boleh memelok dia sebelom dan selepas aku bangon tidor.
Selamat malam.