Jul 30, 2012

Di sebalik sambal tumis ikan bilis opah.

Hari yang sangat bahagia.Alhamdullillah.Syukur aku panjatkan kepada Tuhan.

Kerana hari ni, Ramadhan yang ke-10 aku maseh ber nafas dan menikmati hari Isnin, yang supposely tenat, bosan, unsettled,tidak bermaya, menjadi begitu indah.


Satu, kerana bangon pagi, celik mata, aku maseh di atas katil.Tidak perlu bangon mengejot, dan tergesa-gesa mencapai tuala dan mandi bersiap ke tempat kerja.Huisshh.Malas.

Kedua, kerana hari ni aku menghabiskan masa bersama kesayangan aku.Semua kesayangan.Baik Incik Zahari, siblings, opah dan pamilies.


Awesome.Apalagi yang lebih indah dari ni.


Bangon pagi, sambil maseh dalam berselubung dengan selimot tebal, aku mencapai remote tv dan menonton drama Ramadhan di tv.Seronok ok.Sesuatu yang sudah lama aku tak buat adalah menghayati tv dengan fikiran yang lapang.Semua masalah letak tepi.

Kemudian iron baju-baju kerja.Senang, lepas cuti nanti balik goyang kaki dengan ber lagak nya.Haha.

Tengahari incik Zahari suruh aku mandi dan bersiap untuk turun.The part yang paling aku suka bila going back home, adalah the moment dengan dia sepanjang perjalanan.Kami selalu beli dvd lagu kegemaran bersama.And we always take our sweet time driving, sambil menghayati all the songs yang kebanyakannya lagu-lagu lama.Tadi layan lagu Wann.Aku tak boleh excited sangat sebab kene drive, kasi chance dia berehat.Haiyak.

Sampai di rumah, lepak dengan opah.Incik Zahari duduk bersama opah berbual kosong sambil melihat album gambar lama.Dan aku sibok menghidang juadah berbuka puasa.Babak ni lah yang selalu aku tonton dlaam drama Melayu.Bring someone special meet family, masa si dia bersembang dengan pamili, kite buat-buat sibok di dapor.Beri ruang.Haha.Abah always said to me dulu, Angah banyak sangat tengok cerita melayu jadi otak dia, imaginasi dia scripted.Ikot skrip drama.Abah, you are right.


Masok waktu berbuka, masa paling menggembirakan.The best menu of the day is sambal tumis ikan bilis opah selain kuih tepung talam mak nyah.Favorite.Abang makan dengan selera.Love it.Lepas makan,having light conversation dengan abang di luar bersama opah dan adik-beradik sambil menghayati langit mendung nak hujan di atas.I cant figure out my feeling right now, tapi detik-detik sebegini yang selalu aku tunggu dulu.Get him in my family, dan ruang nya Tuhan seperti banyak membantu.



Semoga.


Semoga hubungan kekeluargaan ni sentiasa di rahmati Allah SWT.Dan hanya ini sisa semangat yang dapat meniup jasad untuk aku hidop.

Jul 24, 2012

Pasar Ramadhan

Since aku berjumpa incik Zahari, banyak benda yang aku just put in my imagination before, telah dipenuhi, unexpectedly.Benda nya bukan lah benda yang susah nak direalisasikan.Cuma dulu aku ber anggapan, aku takkan ada steady boifren sampai bila-bila.Dan takkan mungkin boleh melakukan perkara-perkara sweet seperti pasangan merpati sejoli yang lain hanya kerana aku tak layak.Comot.Not pretty.Tomboyish.Tak mungkin ada yang singgah untuk mengenali aku.Never, fikir aku.


Tapi bila bertemu Incik Zahari, sedikit-sedikit anggapan tu pudar.Fade away. Hari-hari yang aku lalui terasa jisim nya penuh walao ada ruang kosong, a bit.Mungkin atas kerana jaoh dari pamili. Abah dan mama juga tiada, itu sebab hari hilang seri. But when im with him, i enjoy every single times together.I enjoy every single moments.Dan sangat menghargai makna "kita".Bukan lagi seorang.

Satu daripada benda yang aku letak dalam kotak imaginasi dulu adalah mahu ke pasar Ramadhan bersama yang tersayang, selain pergi bersama buddies dan pamili members.Jalan berdua meredah lautan manusia.Singgah membeli.Argue pasal juadah dan kueh yang nak dibelikan.Itu yang observe di pasar Ramadhan dulu.Terasa cemburu melihat kemesraan pasangan yang baru pulang bekerja, berjalan bergandingan membeli juadah berbuka masing-masing.syukur, sudah masok 2 kali Ramadhan, aku berpeluang meraikan kenikmatan berpuasa bersama Incik Zahari.Dapat merasa keseronokan ke Pasar Ramadhan bersama.Seperti di pasar Ramadhan Batang kali semalam, rasa gembira menyusuri gerai-gerai yang ada.Melihat ragam orang, dan merasa betapa seronok hidop di Malaysia.


Kemudian, aku juga selalu mahu menolak troli di pasaraya besar membeli barang makanan dan keperluan bersam si dia, seperti pasangan lain.Semalam Incik Zahari menemani aku di pasaraya EconSave membeli barang makanan untuk stok di bilik aku.Sebab aku selalu mengadu takde apa nak makan bila bersahor.So beli Cornflakes, 3 in 1 Milo, Maggi, Pringles.Best item yesterday is teh wangi cap kuda terbang.The packaging very old school, teros jatoh cinta dan Incik Zahari belikan.Tapi sounds funny, teh wangi cap kuda terbang.Old school again.


Balik dari EconSave, semasa menyeberangi trafik light menuju ke kereta di seberang jalan, Incik Zahari memimpin tangan.Leads my way.Rasa secure ok.


Ini semua aku imagine dulu.Tapi dapat melalui nya bersama si dia.

Sebelom ni, mungkin aku berkawan dengan ramai orang.Tapi tidak hingga mencecah level ini.Level se bahagia ni.


Nampak macam just a small thing, tapi untuk aku yang tak punya masa-masa seperti ni sebelom ni, aku rasa its priceless.


Mungkin sebelom ni aku berkawan dengan kepunyaan orang.Mana mungkin get the times seperti ni.Tersilap langkah, aku akui.As conclusion, cari lah seseorang yang bukan kepunyaan sesiapa jika tidak mahu hari dan masa berkongsi dengan yang lain.


Akhirnya kita yang akan makan hati, seperti aku dulu yang banyak beralah.



Terima kaseh kerana menghantar dia, Tuhan.Semoga waktu ini maseh panjang.



Selamat berbuka puasa.

Jul 21, 2012

Hari kelaheran

Its my birthday.

Thanks for all wishes.Hanya doa yang diperlu.Tak perlu apa-apa sebab semua almost ada.

Hari ni berbuka puasa dengan Incik Zahari.He took 1 day off, aku balik kerja singgah ke bilik beliao untuk berbuka puasa sebelom pulang ke bilik dan bersiap ke Teraweh.Abang pergi teraweh tadi pakai baju melayu hijao dia yang aku suka.Balik tadi rasa gembira sebab abang sudah beli menu kegemaran aku, nasi dan sambal ikan keli.Juga kueh lopis dan kueh limas, i dont know what people call that kueh, tapi orang Perak panggil kueh limas.

Kebetulan black out.Adoh.So kami candle light dinner, makan tepi tingkap meminjam lampu-lampu neon dari luar, berlatar belakangkan senja langit yang berkabos.Awesome.

Sedang makan kueh lapis, aku menangis.Maybe pms adalah punca,tapi selebihnya kerana rindukan kueh lopis mama.Setiap kali Ramadhan, mama akan jual kueh di kampong.Dan kueh lopis hijao salot kelapa dimakan dengan air gula merah menjadi kegemaran aku.Apa yang buat aku sedih, selalu nya abah akan tolong mama tempe pulut hijao dan bungkuskan air gula dalam plastik kecil sebelom mama masokkan dalam bekas besar untuk dibawa ke gerai kampong.Aku hanya selalu jadi pemerhati.Rindu, the memory. Abang cakap jangan lah sedih, he always be there for me.Ya, tapi tak sama kan?


Aku mencari hari-hari yang dapat kembalikan senyuman aku.Doa aku untuk hari kelaheran yang ke-26 ni.


Amin.

Jul 20, 2012

Ramadhan.

Ramadhan datang lagi.

Dan tahon ni, air mata menemani malam 1 Ramadhan yang penoh rahmat.

Hati.Rasa bagai melayang di atmosfera.Kerana kenangan setiap Ramadhan aku bukan macam orang lain.Banyak jisim nya ber bekas dengan air mata.


Ramadhan 2 tahon lepas adalah Ramadhan yang terlalu kosong pada aku.Terlalu sedih.Terlalu sayu.Terlalu menghenyak hati di dalam.Sampai bila-bila, denyut nya takkan pergi.

Sehari sebelom puasa, aku meninggalkan rumah.Meninggalkan abah.Meninggalkan mama.Nekad pergi ke Genting untuk bekerja, mencari belanja raya supaya abah mama adik boleh beraya macam orang lain.Tukar langsir baru.Merasa banyak kuih di ruang tamu.Bertukar baju raya.Mahu mereka gembira walao tahon itu, buat pertama kali aku tiada di rumah untuk menyambot datangnya bulan Syawal.

Malam sebelom aku berangkat meninggalkan rumah, mama yang melipat semua pakaian untuk dibawa pergi.Tak banyak baju, sebab sudah lama tak berganti baju ketika tu, sebab duit lebih digunakan untuk perubatan mama dan abah.Sumpah, dalam hati aku cakap, apa yang aku nak pakai kat sana nanti?Tapi aku hanya leka melihat mama melipat semua kain untuk dimasuk dalam bagasi.


Hari aku pergi tu, mama menghantar aku di bus stop kampong.Dari bus stop kampong tu, aku akan ke pekan Kampar, 20 minit perjalanan,dan mengambil bus ekspres ke Kuala Lumpur.Menumpang tidor di rumah Zabrina di Setiawangsa malam nanti.


Di bus stop tu, aku memelok mama.Mama cuba meniup semangat aku yang belom sepenohnya melekat di jasad.Entah.Sungguh aku tak ingat bagaimana aku boleh senekad hari tu, bagaimana aku boleh sekuat hari tu.Bagaimana hati boleh keras sekeras hari tu.Ketika itu mama juga baru baik dari operation Cancer Ovari nya.Maseh lemah tapi mama yang nampak lebih kuat.kuat dari aku yang sehat ketika itu.Itu lah mama.Tak pernah rebah walao ujian daripada Tuhan lebih besar beban nya.

Waktu aku naik bas, yang buat aku lebih menangis di dalam bila Darwish anak Along menangis melihat aku pergi.Dia tak tahu apa-apa tapi dia tak mahu aku naik bas.Pergi hingga tak nampak.Dari tingkap bas, aku nampak mata mama berkaca menghantar aku dari jaoh.


Allah.Tak habis aku menyebot nama Nya, minta atmosfera sedih ni hanya cukup di situ.Kerana aku perlu pergi bekerja.Bukan ber suka ria macam anak muda lain yang hilang jati diri.


Dan, 1 Ramadhan, aku berbuka puasa seorang diri dalam bilik yang aku dapat di Genting.Sayu, bagai pertama kali berbuka puasa di negara orang.


Mama.Abah.Terlalu rindu.Ramadhan meniup rasa rindu dalam hati ni, tapi bagaimana mahu di keluarkan rasa ni, selain tidor dan pejam mata dan bila bangon esok sudah ke tempat kerja lupa sekejap turun naik dada yang rasa sakit setiap kali rasa kehilangan.


Salam Ramadhan untuk semua.

Jul 19, 2012

Bam bam bam

Semalam, 18 hb Julai, aku turun ke KL.Menziarahi keluarga Zabrina, my everdearest friend, di atas pemergian abah tercinta.Kawan-kawan baik, Kaknis dan Ina juga ada turut serta.Sungguh, rasa sayu di hati as abah Zabrina pergi tiba-tiba.Dan apa yang buat aku terkilan sangat bila Zabrina cakap abah selalu tanya kenapa aku dah lama tak tidor rumah beliao.Last jumpa abah masa Disember tahon lepas sebelom mama jatuh sakit.Hmm.I miss his sambal udang, antara yang aku ingat pasal abah selain kenangan dulu-dulu like ikot abah dan Zab pergi pasaraya Carrefour WangsaMaju naik LRT beli barang-barang dapur.Abah belanja makan steamboat masa birthday Zabrina last year.Melawat abah di IJN.The funny thing is abah boleh berjalan pekena roti canai kat luar sebab bosan duduk di wad.I adore lelaki seperti abah.A strong single father, raised up alone his 3 daughters yang gila-gila(haha), part paling aku kagom pasal abah is beliao pandai masak, perfectionist macam mama (rasa aku) yang boleh urus evrything.Semalam masa aku tunggu Kaknis dan Ina pick up aku from bus station, aku take time, menangis dalam hati, betapa aku juga terasa kehilangan abah.Almost 13 years kenal this family, they are a part of my life.Entah, hati rasa diragut sekali lagi.Sorry Zab if tulisan yang ni buat engkau mengalir air mata.Its from my heart.

Semoga roh abah dicucuri rahmat di sana.Al fatihah.



Then aku back to work hari ni.Rasa malas yang amat.Tapi lepas kerja pergi gym.Nekad kali ni nak work out consistently.Tak mahu makan malam.Mahu minimakan makan nasi.Dan keep buat exercise kat bilik everyday.Everywhere aku pergi cakap aku gemok.Bam bam.Hui, stress.I lost my ideal weight.Haha.Its ok.I take it as motivation.Semoga kedatangan Ramadhan kali ni jugak boleh membantu menseimbangkan balik pola pemakanan aku.Wah. pola pemakanan.Haha.


Okeyla.

Permisi.

Jul 11, 2012

Masa tak menunggu
















Hari tu, tak kerja.Heaven.Pergi dating.Having light talk.Tak cerita benda-benda berat.Serabot.Cuba menghargai setiap detik yang terlalu deras laju berlalu.Cuba menghargai sebaik mungkin kerana esok belom tentu menjengah untuk aku dan dia.You took my heart away (tiba-tiba ada lagu MLTR jadi background music masa aku menaip perenggan terakhir).

Jul 2, 2012

Isnin yang tidak stress.

Hari ni cuti.Malas nak balik rumah lagi.Its my first time bila cuti maseh ada di sini.Tak tahulah, maybe i feel a bit lonely.Sudah tiada mama yang menunggu aku di pintu rumah seperti kebiasaannya.Juga sudah tiada abah yang duduk di sofa, yang akan bising kalao sampai tak teros ciom tangan dan peloknya.Atmosfera di rumah semua changed.Mungkin penantian adik tersayang di rumah dan si budak Demok yang sangat manja dengan aku, yang jadi baki semangat untuk balik menjenguk rumah.If tak, mungkin aku ke mana-mana, ikot hala tuju hati hari tu.


Semalam tengok bola dengan Incik Zahari.Bukan lah minat sangat.Tapi kami satu tempat kerja, have fun betting siapa yang menang either Spain or Italy.Haha.Saja suka-suka.Aku bet Spain 2 Italy 0.Di awal separuh masa kedua tu rasa teruja lagi, tapi after Spain get their 3rd goal, aku dah malas nak tengok.Haha.At last semua duit dipulangkan jugak sebab takde siapa yang betol meneka.


Then bangon tidor lambat.Dalam pukul 9 pagi maseh bermalasan di atas katil.Msg adik cakap mahu balik esok.Actually nak keluar dengan incik Zahari mandi waterfall tapi dia memang cukup malas nak diajak keluar berlibur kalao tiba waktu cuti.He more prefer keluar makan dan spend masa macam tu sahaja.Quite boring sometime, but when we have deep conversation during this free time, talk a lots about the things that we hate each others, i feel release.


Hm.


Sebenar nya rindu pada kawan-kawan.Mahu keluar dengan mereka like our old good times.Tapi aku still mahu get alone, for a while.Get back my day.Then mungkin having vacation ke pulao mana-mana with my good buddies-Zabrina, Kak Anis dan Ina akan jadi first agenda selepas semua nya stabil balik.Yup, i wanna going out with them first.Kawan yang terlalu memahami perjalanan hidop aku yang lebih banyak downs daripada ups.Thanks for always being there for me, guys.Rindu Pak Ali Kopitiam la.Haha.


Yang lain?

I hope my little sister can succes with her first job interview.Untuk dugaan yang kali ni, aku tahu dia yang lebih banyak memendam air mata sebab dia yang lebih spend time together menjaga mama dan abah di akhir hayat nya sampai dia sacrifice some interview yang dia dapat.Its ok.Tuhan sudah merekabentuk perjalanan kita sebaik-baiknya baik rezeki, jodoh dan ajal.Semoga rezeki yang menanti Pidot lebih besar, as a return.


Okey.Laundry aku dah siap.Chao.