Aku dengan dia bagai rokok dengan api.Tak dapat diseparate.Kalao separate,hidop macam tunggang langgang.Series.
Isz ni macam aku.Simple dan tak kesah sangat dunia lain nak berputar.Masa sekolah dulu, saat budak perempuan lain berlumba-lumba nak letak compact powder di muka, sembor perfume habis satu botol, tudung iron cute gilak, aku dengan dia tiada strategi apa-apa.Isz hanya berselipar jepun dan memakai stokin merah jambu terang, aku hanya mampu bergaya dengan tudung pinjam dari roommate untuk ke prep petang.Mujur jugak nampak muka di kelas prep, kalao tak, hanya tidor di dalam locker.
Kenangan zaman sekolah.
Masa belom pandai apa-apa.Haha.
Isz kawan yang terbaik,yang pernah aku ada.Rugi Remy Ishak tak ngorat dia sebab dia lagi hebat dari Maya Karin. Aku keluar statement begitu bukan sebab tadi dia belanja aku 2 capati dengan kuah sardin, tapi sebab dia memang kawan yang macam bunga raflessia.Susah nak jumpa walao hidop aku macam selebriti yang berjumpa ramai orang dan teman baru setiap hari.
She never hurt me and always offers her shoulders for me to cry on. (Selain membuat aku gelak kuat-kuat tak henti.Aku rasa dia jelmaan Allahyarham Din Beramboi.Series)
Isz, cerita cinta dia macam Fahrin Ahmad dengan Linda On dulu.Tak ramai yang tahu.Admire si dia dari sekolah, berpura-pura tegar ketika terlibat sama dalam kerja-kerja majalah sekolah, dan hanya makan hati bila si dia menyimpan gambar orang lain di dalam disket yang dicuri ambil.Haih.Budak sekolah memang suka memendam perasaan tanpa direct approach.Tapi mungkin jodoh panjang, akhirnya bersatu di kemudian hari.Harap mereka ke jinjang pelamin dan kekal bercinta sampai akhir hayat selepas ini.Kalao gadoh, cepat-cepat solvekan.Jangan jadi macam kisah Zetty dan Fendi dalam Sembilu Kaseh yang unsolved.(maaf, emosi aku terbawa-bawa dengan drama tu).
Haih.banyakla cerita bersama Isz, sampai aku tak tahu mahu menulis apa.Tapi, series lah, bila kamu ada seseorang sebagai teman baik, apa sahaja ups and down, kamu rasa tidak terbeban mana.Dia sentiasa ada untuk kamu.
Untuk Isz yang disayangi,
Selamat bertunang dan bakal melalui hari bahagia Januari nanti, insyaAllah.Semoga berbahagia selalu.
Dari sahabatmu yang masih bachelor dan belom rasa ingin kahwin sebab duit dalam bank tinggal RM10.23 sen.Haha.