May 28, 2010

Edisi khas untuk bakal tunangan orang

Esok kawan baik aku bertunang.Isz.Atao nama dalam ic Yusliza Yakimir.Bukan orang Jepon, tapi orang Pasir Puteh, Ipoh.

Aku dengan dia bagai rokok dengan api.Tak dapat diseparate.Kalao separate,hidop macam tunggang langgang.Series.

Isz ni macam aku.Simple dan tak kesah sangat dunia lain nak berputar.Masa sekolah dulu, saat budak perempuan lain berlumba-lumba nak letak compact powder di muka, sembor perfume habis satu botol, tudung iron cute gilak, aku dengan dia tiada strategi apa-apa.Isz hanya berselipar jepun dan memakai stokin merah jambu terang, aku hanya mampu bergaya dengan tudung pinjam dari roommate untuk ke prep petang.Mujur jugak nampak muka di kelas prep, kalao tak, hanya tidor di dalam locker.

Kenangan zaman sekolah.
Masa belom pandai apa-apa.Haha.

Isz kawan yang terbaik,yang pernah aku ada.Rugi Remy Ishak tak ngorat dia sebab dia lagi hebat dari Maya Karin. Aku keluar statement begitu bukan sebab tadi dia belanja aku 2 capati dengan kuah sardin, tapi sebab dia memang kawan yang macam bunga raflessia.Susah nak jumpa walao hidop aku macam selebriti yang berjumpa ramai orang dan teman baru setiap hari.

She never hurt me and always offers her shoulders for me to cry on. (Selain membuat aku gelak kuat-kuat tak henti.Aku rasa dia jelmaan Allahyarham Din Beramboi.Series)

Isz, cerita cinta dia macam Fahrin Ahmad dengan Linda On dulu.Tak ramai yang tahu.Admire si dia dari sekolah, berpura-pura tegar ketika terlibat sama dalam kerja-kerja majalah sekolah, dan hanya makan hati bila si dia menyimpan gambar orang lain di dalam disket yang dicuri ambil.Haih.Budak sekolah memang suka memendam perasaan tanpa direct approach.Tapi mungkin jodoh panjang, akhirnya bersatu di kemudian hari.Harap mereka ke jinjang pelamin dan kekal bercinta sampai akhir hayat selepas ini.Kalao gadoh, cepat-cepat solvekan.Jangan jadi macam kisah Zetty dan Fendi dalam Sembilu Kaseh yang unsolved.(maaf, emosi aku terbawa-bawa dengan drama tu).

Haih.banyakla cerita bersama Isz, sampai aku tak tahu mahu menulis apa.Tapi, series lah, bila kamu ada seseorang sebagai teman baik, apa sahaja ups and down, kamu rasa tidak terbeban mana.Dia sentiasa ada untuk kamu.

Untuk Isz yang disayangi,

Selamat bertunang dan bakal melalui hari bahagia Januari nanti, insyaAllah.Semoga berbahagia selalu.

Dari sahabatmu yang masih bachelor dan belom rasa ingin kahwin sebab duit dalam bank tinggal RM10.23 sen.Haha.



May 27, 2010

Isu mukadepan akhbar

Aku marah dengan satu keadaan.Di mana aku menjadi mangsa, dan menjadi bualan hangat orang, tanpa tanya aku macam mana.

Orang sana sini sibok kata aku.Berkawan dengan orang macam tukar baju.Bajet hot.Dan mungkin harga boleh diletak macam jual ikan di pasar.

Aku diam jelah.Apa yang aku boleh buat.Mulut orang.Kalao mulut tempayan boleh jugak aku pecahkan.

Aku baik dengan semua orang.Kalao serasi, mungkin boleh diajak berkongsi cerita 2 3 .Atao keluar berhibur tanpa perlu ada hubungan berat.

Itu sahaja.

Jadi, jangan sebab aku masih single dan keluar dengan ramai orang sudah cukup mahu melabel aku macam-macam.

Kamu totally orang luar.Tidak kenal aku bagaimana.

May 22, 2010

esok saya konvo weh!

Esok aku konvo.Tapi pamili tak dapat hadir atas sebab kesihatan mama tak mengizinkan.

"Tak payahla ma datang.Its ok.Kawan-kawan ramai jeh kat sana nanti"

Kata aku kepada mama.Mama sedih sebab tak dapat mencapub di hari konvo aku.Tak dapat nak bergaya vogue di sana lah tu.Haha.Abah pon sedih jugak kot, itu yang 2 3 hari ni dia selalu pergi memancing.Haha.

Aku rock la.

Itu bukan big problem .

Yang aku tunggu nak pegang scroll ijazah tu. Dh bertahun belajar, stress, menangis dalam shower sebab tu.Haih.

Cant wait for that moment tomorrow.

Gembira.Dan bersyukur kepadaNya.

May 20, 2010

pop Kuiz dari incik Al Aiman.

1) 5 nama samaran kamu:

* So far, ramai yg panggil aku Cik salamiah or be more nice, Cik Miah.Pernah aku pegi satu program di Ipoh, somebody that i dont familliar with, tegor aku.Hai Cik Salamiah, tak bawak payong ke hari ni? Hahaha.
*Affnie.Usual name untuk semua lah.
*Elyana.Haish.Tak tahu lah ramai jugak yang panggil aku with this name.Perasan mak =P
*Angah.My family name.
*Mateen Zayani.Ini signature name untuk art work aku di bangku sekolah dulu.Adela 2 3 yang still ingat.


2) 5 tarikh paling penting dalam hidup kamu:

*22hb Julai.Silalah pos hadiah kepada aku pada tarikh ini ya.Haha.
*4hb Julai.Birthday mama yang tersayang.
*19 Ogos.Birthday abah yang dikasihi.
*11April.Bithday Darwish.
*06 Disember.Beliao berkahwin.


3) 5 perkara kamu buat semalam:

Pergi jumpa dentist (pergi cabot gigi dan jahit gusi) + Berangan lebih layan cerita Korean + Msg a person tapi dia tak reply dan berasa damn + Melayan Darwish main kereta sorong dia.Haiyak + tidor dan bermimpi banyak ular masok rumah.Apeke jadahnya?

4) 5 perkara yang buat kamu gembira:

Banyak duit kat tangan + Mama masak + Naik komuter dan observe Malaysian people + Tengok drama Korean sambil makan biskot kacang + Mama dan abah sihat sejahtera.


5) 5 drama/ filem kegemaran kamu:

Nur Kasih- ade tak rakyat Malaysia yang miss drama berhantu Khabir Bhatia ni? Rockers pon meleleh kot tengo drama ni + Sembilu Kasih- Walaopon episod drama ni bermula masa aku di bangku sekolah sehinggalah aku tamat universiti, tapi aku tak pernah miss any episode sebab dulu aku big fan Zed Zaidi. Jangan tak tao.Haha + Boys Over Flower/ Hana Yori Dango- Teringin nak jumpa F4 dalam dunia realiti aku sendiri.Wah, berangan.Haha. + The Proposal- romantis.

6) 5 hobi kamu:

Blogging.Kalao aku hilang, sila find out aku di sini ok + Melukis karton.Oh, ini hobi masa zaman muda-muda dulu lah.Tapi sekarang sudah tak banyak masa nak melukis karton + Having talk bersama seleceted friends. Bukan semua kawan boleh diajak berbual panjang + Karaoke. Ini hobi paling aku suka.Lagu Medicine satu weh ! + Melayan drama Korean.Hobi di masa terluang yang banyak =P

7) 5 orang yang kamu suka/sayang:

Famili, of coarse + Kawan baik- Zabrina Ezura.Noor Hanis.Yusliza Yakimir.Mohammad al-Aiman.Rahimi Darus. + others friends + Family UMNO + beliao.

8) 5 tempat percutian idaman

Vernice.Yang lain tak terpikir lagi.

9)5 sebab kamu jawab soalan ini.

Tak pergi sembahyang Jumaat + Bosan + Malaysia panas + Aiman dah tagged + tiada sebab lain dah.

10)5 orang yang kamu nak tagged:

Anybody lah.Haha.

May 18, 2010

Lelaki itu

Seseorang sedang datang dan mengetok-ngetok pintu hati.Makin lama makin dekat.
Aku tidak rasa apa-apa yang indah, walaopon sedikit ditemani.
Sebabnya dia kepunyaan orang.

Kenapa selalu yang datang bukan kepunyaan sendiri?

May 17, 2010

Selamat hari Guru, cikgu!

Hari Guru semalam.Tapi sungguh, aku terlupa sebab over excited jumpa kawan-kawan lama di UiTM semalam.
So, Selamat Hari Guru, cikgu.Untuk semua cikgu-cikgu yang menjadikan aku manusia untuk hari ni.Hehe.
Dalam banyak-banyak cikgu yang ajar aku, dari sekolah dulu sampai la zaman UiTM, ada seorang cikgu yang aku sangat tak boleh lupa.
Iaitu seorang cikgu di MRSM.Beliao tak pernah ajar aku di MRSM, tapi aku rapat dengan dia masa Jambori Pengakap di sana.
Malam jambori tu aku lepak dengan beliao. Mula-mula cerita yang berkaitan akademik la kan, pastu bla bla bla sampai la beliao sharing satu cerita dengan aku.Mungkin muka aku ni dari dulu dah jadi tempat orang nak bercerita kot.Haha.
Beliao berkata,
Satu hari nanti, tak mustahil aku akan lalui drama yang dia lalui.Aku kata drama apa? Sebab time tu aku naif bab-bab drama cinta ni.Dulu aku nerd, baca buku Bio kalao tak buat apa.(tipu).
Beliao berkata lagi,
Alah, drama cinta tiga segi.Oh, kata aku.Beliao bercerita panjang tentang dia pernah mempunyai seorang kawan baik masa belajar di universiti dulu.Kemudian, dia jatuh cinta pada kawan baik itu dalam diam walaopon time tu dia dah bertunang dengan somebody yang memang cintakan dia.
Aku teros dengar cerita dia sambil belajar ikat skarf Jambori.
Masa last gathering bersama kawan-kawan universiti, dia dapat tahu kawan baik dia tuh sebenarnya in luv dengan dia jugak.Dia rasa nak nangis sebab time tuh dia dah nak kawen.
Time tu aku malas nak ikot sama beliao bersentimental sebab scarf aku dari tadi tak ikat-ikat.Kemudian, direct aku tanya, what happened to your bestfriend?
Beliao cakap.Ada bende yang kita takleh nak dapat walao nak sangat.Jadi, aku tao lah, dia kawen jugak lah dengan tunang yang dah sedia menanti lama.Wah, very dehhhh sedih, kata hati aku di dalam.
Yang aku ingat pesan beliao ialah, tak semua perkara kita boleh belajar dari dalam bilik darjah atao semata-mata baca buku.Pandai mana pon, tapi kalao tak boleh nak handle bende di luar teori, kamu fail jugak.
Jadi, apa sahaja dugaan datang, kene matang untuk overcome.Mungkin time tu aku tak berapa paham kata-kata pujangga cikgu tu, now aku dapat tangkap maksud dia.
Aku tak tahu cikgu tu ada kat mana sekarang.Mungkin kene find out dalam Facebook ni.Yang pasti, she will always in my mind =)

May 14, 2010

princess's diary

Aku sedang menghabiskan episod BoysOver Flower.Baru episod ke-18.Banyak lagi tuh.Tapi cerita ni lebih kuang cerita Hana Yori Dango.So, dah tao jalan cerita and its ending.Tak suprise sangat lah tapi still mengocakkan emosi di dalam.Chewwah.Hahaha.
My bestfriend baru break up dengan her bf.She told me about that yesterday, during i was in Tesco.(Boleh lagi sambil pilih cabai bergosip dengan dia di dalam telefon).Very macam auntie-auntie.Dia berasa sangat sedih sekarang ni dan aku rasa mahu terbang ke KL hari ni jugak.But sadly dia ada di Putrajaya sempena Hari Belia.Jadi, aku memang tak dapat berjumpa dengan dia.Anyway, its gud for her when she get bz like that.Aku tak mahu dia bersedih.Zabrina Azura, saya sayang kamu.Banyak.
Esok aku akan pulang ke UiTM, mengambil jubah konvo.Huhu.Dapat jugak aku konvo after going thru macam-macam perkara di sini.Stress weh sampai aku rasa nak rebah ke Bumi.Anyway, cant wait to meet my friends there.Yeay!
Aku bengang dengan adik aku.Dia pinjam laktop aku.Bila dia balik, aku check satu folder aku hilang.Nak tahu folder ape? Folder lagu-lagu lama aku yang ada beratus lagu.Memang aku dah maki.Bila aku tanya, dia cakap folder tu dia simpan dalam pen drive dia sebab space dah penoh.Okeh.Then bila aku mintak pen drive tuh, dia bagi macam-macam alasan.Aku bengang.Then, baru dia cakap dia dah delete folder tu.Tak tao nak cakap apa lah.Kalao orang luar, aku dah maki hamun dengan dasyat.Takpon pukul jeh. Tapi mama tak suka kitorang gadoh.So i just let it go, duduk dan menahan geram. Kemudian, yang buat aku lagi panas bila aku notify wireless laktop aku dah takleh berfungsi.Before ni ok jeh.Ya Allah, bengang giler.Aku tarik nafas dalam-dalam.Aku pujuk hati, at least earphone mp3 dia aku dah jahanam kan.Jadi, agak puas hati lah.Jahat tak aku?Haha.

May 8, 2010

Ucapan buat mama tersayang.

Esok hari Ibu.Walaopon mama tak pernah ke blog aku, tapi di sini aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk beliao.

Aku tak boleh nak tulis banyak lah pasal mama di sini sebab buat masa ni tisu takde di sebelah aku.Parah kalao menangis karang.(dah lah time ni tengah tengok cerita hindustan Maan kat tv.) Haih.

Tapi, mama adalah semangat aku untuk teros melangkah, tak kira dalam perkara apa sekalipon.Pernah dalam satu game netball masa sekolah rendah dulu, aku tak dapat nak shoot bola dalam net.Tapi bila mama datang tiba-tiba kat tiang bola, aku dah boleh teros shoot.Dan team aku teros lead the game.

Mama ada magic macam Harry Potter, aku rasa.

Dan, mama likes drug.Pengubat segala kedukaan.Walao aku sedih mana, berasa sangat kehilangan tentang apepon, tapi bila dia ada di sisi, the tears fade away, just like that.

Dan lagi,

Aku rasa mama lain dari yang lain.Tak sama dengan mama yang lain di dunia ni sebab dia rock macam anak-anak dia. She's admiring Lan, ex vocalist band Meet Uncle Hussin sampai abah rasa annoying.Haha.



For mama.Happy mother's day.
I love u so much, eternity.

May 5, 2010

Sedang ingin tak bercinta (tajuk main taram)

Lately ni, aku rasa aku dah tua.Takde dah keluar malam dengan geng motor, takde lepak di kedai mamak sampai open table 2 3, kurang girls talk di luar, tak rancak berkomen di FB.Semua aktiviti sosial dah minima, atao paling tepat langsong takde dah.Aku tiba-tiba jadi Perempuan Melayu Terakhir di rumah.Tanda-tanda nak kahwin lah tu, kata adik aku.Tapi seriously, aku sedang membiasakan keadaan diri aku yang abnormal ni.Boleh tak beri satu hari pada aku untuk jadi remaja semula? (konflik dalaman sebenarnya ni.Persetan).

Aku baca entri blog John ni, kelakar giler dowh.Tapi, its fact and reality. Bukan senang lah nak cari orang yang suit dengan kita, tak kisah lah orang cakap kita muka buruk tapi nak demand macam Rozita Che Wan.Hati kalao dah tak suka, jadi kenangan je lah.Senang cerita ma.Teori PrimaJohna =)

Hujan tu rahmat.Kalao masa duduk di rumah sewa dulu, time hujan paling best.Mari tidor beramai-ramai satu rumah.Kalao ada orang bom kat telinga pon rasanya tak sedar.Tapi, sekarang ni, rasa macam tak best pulak hujan.Rasa loser giler sebab aku tak tahu nak buat apa time hujan bila ada kat rumah sendiri.Nak tidor rasa malas, nak dengar mp3 dah bosan sangat kot, nak tengok tv kilat pulak kat luar, abah dah siap-siap cabut suis, haiyakkk.Sudahnya baca novel cinta di mana watak lelaki nama Reeza.

Reeza ni, yang digambarkan hensem, berlesong pipit di pipi, kerja arkitek, pakai kereta mewah, romantis, dan semualah ciri-ciri yang dikehendaki oleh perempuan.Aku jenuhlah cari novel yang wataknya bukan nama tipikal macam reeza ni, takpon nama Daniel ke, Adam ke. Boleh tak ganti nama yang k.m.p.g sikit macam Abdullah ke, boleh je panggil Lah. Then, tak payahlah nak perfect sangat appearance watak tu.Cuba gambarkan watak tu simple sahaja, muka setakat hitam manis, tak hensem pon, setakat muka macam Zizan raja Lawak jeh, pakai motor biasa jeh, duduk kat rumah flat PKNS, keje sebagai posmen di Pos Malaysia.Buatlah jalan cerita lain sikit kan? Hahahaha.Kalao macam tu tak laku agaknya novel aku.

Aku tak tahu nak tulis apa.Nak tulis yang berbunga-bunga, aku sedang tak bercinta.Nak tulis pasal pelajaran, aku dah habis studi. Nak tulis pasal alam kerjaya ni, aku duduk rumah je setakat ni, nak tulis pasal politik aku rasa orang akan menyampah pulak, nak tulis pasal movie aku dah lama tak masok pawagam,so ini sahaja.

Chao.

May 3, 2010

lelaki desperado

Aku sembang dengan Al Aiman semalam.Pasal lelaki yang tak boleh langsong hidop takde perempuan ni.(maksud aku untuk sekejap pon tak boleh ke?).
Lelaki begini biasanya mencari calon awek yang baru dengan desperate nya selepas break off.Mengetest mana-mana perempuan yang tengah single untuk dijadi teman berSMS terutama ketika sedang lepak bersama geng di kedai mamak (supaya tak nampak loser sangat) atao untuk dijadi teman bergayut sebelom tidor.Dah stim mungkin dapat tidor lena.
Jenis aku, walaopon single tegar, takde pulak rasa desperate camtuh.Kawan-kawan lelaki aku pon banyak jugak yang single.Tapi cool sahaja.
Haih.