Feb 26, 2013
Ipoh oh ipoh
Hey.Februari berakhir dengan banyak cerita sedih orang sekeliling.Bila di tepi kiri kanan gloomy, kita sendiri pon rasa tak seronok.
belom dengan cerita sendiri.Haih.Jadi dewasa tak se hebat mana.
Seorang kawan kerja, sanggup naik bas terbang ke Singapura untuk bertemu kekaseh hati.Tapi dalam perjalanan si kekaseh sms and just give a call to him, tak perlu datang berjumpa dia.How you feel.Datang beribu kilometer, harapan ber kecai camtu je.Aku baca status FB nya, aku turut ter diam.Gloomy bersama terkena tempias nya.Sebab aku pernah lalui that times.Di mana aku bekerja keras untuk submission design minggu tu, semata-mata aku mahu spend my weekend bersama si dia.Sanggup tak tidor dari Isnin sampai Jumaat supaya pagi Sabtu aku boleh ke Ipoh ber jumpa dia.Habiskan duit PTPTN untuk beli baju Adidas beliao sebagai buah tangan.Pagi Sabtu kawan-kawan baik turut sama bangon awal di studio semata-mata mahu memeriahkan keadaan.Menghantar aku ke stesen bas sek 17 Shah Alam.tapi akhir nya, bila smapai di Ipoh, aku bagai menunggu bulan jatoh ke reban ayam.Yang dinanti tak kunjung tiba.SMS tak dibalas.panggilan tak disambot.Aku berpeloh menunggu dalam panas untuk sekian jam yang sengaja tak dihitung.dan akhir nya pulang sahaja.
Cinta itu, kadangkala buat kita jadi bodoh.Hmm.
Feb 23, 2013
Feb 14, 2013
Moms feeling.
The Best of Love Songs- Baru beli lepas balik kerja pukul 11 malam tadi.
1.32 pagi.Still lepak atas katil layan cd yang baru dibeli tadi.Tenang nya, lepas went thru the whole day yang busy.8 hours working hari ni, busy dan ter tekan sangat.Guest non-stop approached.Sampai nak pergi ke toilet pon always hold hold.Haiyak.Ini yang ter baring lesu plus period pain yang sesekali datang menyengat pinggang.Minyak panas mengganti losyen sudah nya.Tapi seriusly, sedap tidor sampai ke pagi.Tambah dengan outside weather yang almost 19 to 20 darjah celcius.
Aku,bila duduk-duduk selesa lepas balik kerja ni, sometime terfikir how a married woman yang dah ada anak, suami, kerja rumah, dan komitmen luar yang lain bahagikan masa untuk diri sendiri dan semua tu especially after penat kerja seharian. Balik-balik teros nak fikir hal rumah pulak.Seriuosly, adore gila how they manage their home and family on the same time.Macam aku ni ha, still single and no commitment, balik kerja boleh teros mandi, baring rehatkan badan sambil layan tv ke, cds ke, atao online without any interruption.Nak tidor teros, hanya bangon bila nak masok kerja balik esok nya pon boleh.Haha.
Tapi aku sedikit merasa tempias bagaimana perasaan menjadi ibu atao surirumah (walao tak sepenoh nya).Bila aku ada di rumah, how letih atao mengantuk sekalipon, aku tetap nak bangon pagi tengok my nephew bersiap pergi tadika, nak ciom dia, nak kemaskan buku dia, nak makesure dia bawak botol air dan air masak dia, nak hantar dia naik skuter, nak tengok dia masok kelas, nak tengok dia makan menu apa.Then dalam pukul 11 pagi dah start masak sebab pukul 12 nak ambil dia dari sekolah.Then to make sure lunch dah prepared sebab sometime tahu dia tak selera apa yang dimasak kat sekolah.I feel a part of moms feeling bila di rumah.Sebab di rumah takde orang tua.Takde mama.Hanya ada kakak ipar.So i do everything yang emak-emak selalu buat.Dan seriously, perasaan tu membahagiakan.Perasaan jadi ibu sangat membahagiakan.Thats why bila cuti, bila kawan-kawan ajak keluar, rasa berat hati untuk tinggalkan si kecik tu sebab dalam seblan aku hanya ada 5 atao 7 hari untuk bersama dia darah daging sendiri.Kalao boleh mahu enjoy all the time dengan dia, walao sometime bergadoh channel Astro.Dan since aku involve dengan Incik Zahari as a single father, bila berada di antara mereka, bila melihat kemesraan dia dan anak-anak, dalam hati selalu bertanya, apakah perasaan itu? Tapi bila Incik Zahari dengan anak-anak nya, i can see his smiling face.Dan itu menyerap ke hati aku jugak dan educate aku sendiri.
So, tak tahu mahu tulis apa.Bila sendiri begini, buat aku sangat rindukan my nephew yang semakin nakal dan membesar.Mesti time ni dia tengah tidor bersama robot Rozi nya di ruang tamu.Haih.
Okey, bye.Salam.
Feb 12, 2013
How do i live without u?
Its already 2.23 am.
Mata still tak mahu tidor walao badan tadi terasa penat.Working during CNY period memang busy.Lobby area congested dengan people, yang kadang-kadang datang singgah hanya mahu ber tanya surrounded weather berapa darjah Celcius? Atao bertanya toilet di mana walao boleh kenal signage toilet dari jaoh.Oh oh oh.
Bila step out to the counter, memang aku busy gila.Handphone jangan cakap lah, tak sempat langsong nak jengah.Incik Zahari selalu cakap aku tak aci.Sebab bila dia kerja, aku off duty, aku sms dia, dia tak reply, aku marah.Tapi bila aku kerja no respond at all, dia takde marah aku pon.Tak langsong.Memang tak aci.Hahaha.Perempuan.
Tadi, masa waiting for my laundry, aku usha sekejap video Shila Hamzah di Youtube.Pesanan untuk Semua & Ombak Rindu.Hmm, memang lah tak boleh nak komen lebih.Kita pon tak tahu apa nasib kita di kemudian hari.Its one of ujian yang Allah hantar untuk menguji hati di dalam.Antara cinta hati dan ibubapa, memang lah boleh pilih, tapi bak kata pepatah lama.Diluah mati mak, ditelan mati bapak, dikemam mati sendiri.Tapi apapon, kembali pada keluarga, dan mengenai jodoh, semua kudrat Tuhan.Kerja Tuhan.Jika dicampak jaoh pon dia, kalao Tuhan sudah tulis dia jodoh kita, tetap datang kemudian.tak cakap benda ni semudah kacang, tapi tetap ada jalan nya nanti.Tapi seriously, Shahnaaz is not my man type.Haha.
Then. Aku tak tahu nak cakap apa lah pasal social media ni.Actually dah lama nak cakap, aku sekarang ni rasa stress bila ada follower tegar yang setiap post aku dia nak like.Its ok kalao kawan-kawan sendiri yang close.Tapi rasa annoying pulak bila lelaki ini, yang not my favorite list like setiap post aku di FB.He put button like on every single my post, dah lah jadi orang pertama yang like setiap post.OMG.Hati bertanya, dia ni tak tidor ke atao takde kerja lain ke sebab anytime dia wujud untuk like my post even pukul 3 4 pagi.Hoi, kau tak tidor ke? Aku tunggu masa je nak remove kau. Hadoi lah hadoi.Kau minat aku ni, ke kau memang psyco sejak dari bangku sekolah?
Tadi aku collapse 2 jam.Tak sampai kot.Tapi the point, aku collapse tak sedar diri.Badan sejuk dalam, rasa biru, lutut menggeletar, mual, cirit-birit and finally collapse.Sedar-sedar dah pukul 1 lebih.Bangon makan dan pergi kerja.Nasib sedar.If tak, non show.Buruk rekod kerja.Tapi sedih bila jadi begini.Mengingatkan aku mama.Mengingatkan aku sentuhan mama mengurut belakang pinggang aku dengan minyak panas.Buatkan aku milo panas dan baru aku tidor nyenyak.The last time this happen masa mama dah kritikal dengan Cancer dia.Mama tak boleh bangon.Dari luar bilik, aku dengar mama ketok dinding rumah sambil sayup-sayup panggil nama aku suruh keluar makan.Mama tak larat bangun.Aku lagi lah.Sakit bagai nak mati di dalam bilik sampai aku dah tak dengar suara mama.Sedar-sedar dah jam 2 pagi.
Mama, takde masa yang Angah boleh keep a side ingatan pada mama.How do i live without you, i just dont have the answer till now ;'(
Mata dah hangat.
I off first.Selamat malam.
Feb 4, 2013
Cuti-cuti Malaysia bersama yang tersayang ;)
Its beautiful Monday, sebab aku mula ber cuti hari ni.As usual, aku kerja non-stop for 3 weeks, jadi apabila tiba turn cuti, rasa macam heaven dan meaningful sangat cuti tu.Haha.Jakun cuti.
Aku ambil 2 hari untuk ber cuti di sini, i mean di Genting Highlands.selebihnya bercuti di hometown, spend quality time with pamili.Home sweet home.Sebenarnya, kalao tak kerja, dan stay di Genting Highlands, memang seronok juga even people says, di sini dull life.Whatever, sebab maybe aku dah rasa here is my second home.Kalao tak kerja, part bangon tidor tu sangat lah best.Sebab tidor dalam ketebalan blanket, di samping cadar bunga-bunga Ikea include weather outside lebih kurang 18 darjah celcius, so kamu boleh imagine betapa seronok nya tidor di sini especially kalao off duty.bangon without thinking work load.Pukul 12 tengahari di sini rasa still 7 pagi.Memang ber malasan di atas katil sampai tengahari.
Selebih nya, aku rasa bahagia di sini mungkin atas kerana dia ada di sisi, kerana Incik Zahari berada dekat di hati. Satu-satu nya semangat yang tinggal di dalam hati, selain darah daging sendiri.Semua orang pon akan rasa bahagia bila all our sayangness berada dekat di sisi ;)
Since aku naik one level position di tempat kerja, memang aku takde masa nak jumpa Incik Zahari.Sebab waktu kerja yang kontra.Kami di sini bukan 9 5.Jika bekerja ikot waktu pejabat, mungkin tiada konflik yang timbol.Habis waktu kerja, boleh pergi minum bersama, talk a lot about the whole day sama-sama. Selalu nya, aku balik kerja, dia pergi kerja.Aku pergi kerja, dia baru pulang.I take it as a challenge untuk waktu 6 bulan aku training as assistant Duty Manager ni.Bila jarang jumpa, you know, perasaan incomplete, curious, dan macam-macam tu blended di dalam hati then cause argument.Susah mahu figure out ups and downs di dlaam hati. Walao apapon, tiada penawar yang mujarab untuk kekangan yang timbol dalam hubungan seperti ni selain ambil beberapa hari untuk meluangkan kembali masa bersama as before.Thanks God, sebab still beri kesempatan untuk kami gather bersama lagi.Last Saturday, dia ambil cuti tahun, again.Bawak aku keluar shopping dan makan-makan di Kenny Rogers, sebab both mengidam nak makan roasted chicken.Masa yang ada, umpama dapat air sirap lepas habis perang.Lega dan therapeutic.Selain adik aku, Incik Zahari adalah partner shopping aku yang terbaik, yang pernah ada.We understand what we need each others.
Apabila orang lelaki yang window shopping, lebih sudu dari kuah.Hee.
Gambar ni macam i ni personal assistant dia.Tak aci dia nampak macam model.Haha.
Then hari ni, i just take my own space.Habiskan masa sendirian sampai petang, sebab dia bekerja.Aku bangon, mandi, pergi hantar baju ke laundry, then pergi bungkus nasi di RSC2.One thing pasal makan di sini, dalam banyak-banyak tempat di Genting, aku suka makan atao tapao di RSC2.Start dari breakfast sampai lah ke malam, makanan semua nya kene citarasa tekak aku.Tadi tapao nasi dan ikan patin masak tempoyak for lunch.Tak boleh cakap betapa sedapnya gulai tempoyak dia, it just remind me gulai tempoyak mama dan mak Kaknis.Hmm.
Sambil lunch, tengok Wanita Hari Ini, rutin yang selalu aku buat bila tak kerja.I miss this part, selalu kerja takde masa nak tengok tv waktu ni.Habis lunch, pergi shopping.Dengar cam best gila kan? Aku habis around RM 170-beli legging bermotif, sweater, tshirt, seluar, anting-anting dan eyeliner.Hehe.Reward diri sendiri.Rasa nak beli kasot sarung jugak tapi since last out with Incik Zahari dia dah belikan kasot yang sangat sweet, aku lupakan sahaja nafsu yang ada.Bila shopping ni, one thing yang aku ingat dalam kepala adalah mama.Dulu, bila aku beli apa-apa mesti akan beli kan dia something juga.Tak handbag, kasot, atao blouse bunga-bunga dia.Tadi pon aku capai satu blouse untuk wanita dewasa di outlet FOS, hati teringat mama, tapi lupa orang nya sudah tiada.Dan aku teros capai tshirt di corner lain dan bayar, sebelom hati lagi rasa senak.
Barang yang mahu di packing balik rumah.
Dan tadi, aku packing barang yang perlu untuk dibawa balik esok.Basic stuff je, sebab kat rumah tak keluar sangat.Prefer stay at home, layan astro, atao tidor di bilik sendiri atao melayan my nephew yang makin hari makin bijak.Selalu nya hantar ambil dia sekolah, then masak lunch untuk dia, then layan tv dengan dia.Malam,selalu nya nya ke Tesco cuci mata atao beli barang dapor then lepak di mamak with Along and sis in law layan teh tarek dan maggi goreng mamak.Memang bila cuti, susah untuk aku ke mana-mana, sebab no place like home.
Hmm.
Takde apa lah nak tulis.It just my routine and my current update about myself.Semoga all my friends out there ber gembira dengan rutin masing-masing, di samping yang tersayang.
Hargai selagi mereka maseh ada hayatnya ;)
Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)