Jan 26, 2011

Perempuan jalang

Aku tak tahu lah kenapa lelaki mudah sahaja boleh berkawan rapat dengan aku.

The point here, bukan nak cakap aku hot, tapi aku rasa memang dari dulu attitude aku lebih kepada boyish like.Tak girly-girly macam perempuan lain, so mereka comfortable mungkin berada dengan aku.

Tapi, di tempat kerja aku, ada seorang perempuan yang tak puas hati dengan appearance aku.Mungkin dia bajet dia digilai macam Rozita Che Wan (walaopon muka cantik sebab produk Maybelline sahaja.Canteqqq ke?) So dia jadi iri hati bila kehadiran dia semakin tidak dilayan.

Yang aku perasan, bila budak-budak lelaki tempat aku kerja datang lepak dengan aku di kaunter aku, having conversation dan gelak-gelak, mesti dia suruh aku buat kerja walaopon kerja yang bodoh.Nak taknak kene la follow sebab dia orang atas aku, ada kuasa veto konon.

Kemudian, semalam dia planning pergi trip ke Sunway Lagoon.Semua staff dia ajak dan of coarse lah mostly nya budak-budak laki, tapi dia tak ajak aku langsong.Aku tak kecik hati langsong pon sebab baiklah aku habiskan cuti dengan pamili di rumah atao pergi bercinta dengan buah hati pengarang jantong dari spend the whole day tengok muka dia yang plastik sangat tu.

Tapi, budak-budak lelaki semua tanya kenapa aku tak join?Kenapa dan mengapa? persoalan yang aku malas nak jawab.tapi aku jawab jugaklah, aku cakap aku kerja.Back up kau orang yang nak pergi bercuti ramai-ramai.

Perempuan tu mungkin puas hati, kat sana nanti semua pakat kerumun dia.Tak tahu, belakang semua syok maki dia.

Haih, macam budak sekolah kan? Berebut-rebut nak rasa digilai, nak perasan hot.Kalao macam tu, masoklah AF.Kau tetap glamor dan ada fans club sendiri walaopon keluar minggu pertama.

Pada aku lah, orang takkan suka kau dari luaran sahaja.Tapi attitude dan cara kau bawak diri di tengah orang itu yang akan attract people ke arah kau.Jadi, matang lah sikit perempuan.Hidop bukan setakat nak glamor.

Sekian.

Jan 19, 2011

Urban Chic

Aku kerja as Front Liner, di hotel 4 Bintang di sini.

Bekerja pulak di tempat yang kalao orang tua dengar, kalao mak bapak dengar, sumpah takkan bagi anak pergi sana.

Tempat ni memang dah macam Barat.Aku tak salahkan mentality orang kita.

Kemudian, dengan position aku yang memang glamor kat sini, memang mudah sahaja menjadi hot.

Di sini, kalao dapat couple dengan Front Liner yang berskirt pendek ternampak peha tu dah kira dia pon hot sekali, espeseli yang kerja cikai-cikai.Kalao kau tak hensem, berjalan dengan budak front liner, kau akan dikutuk orang.

Tapi, mostlynya, Front Liner ni orang label perempuannya sangatlah sosial.Kaki clubbing, minom ikot suka hati macam air arak tu air 100 plus jeh dibuatnya, merokok kat public area tu dah kira nampak lagi urban chic, belom lagi dikira appearance yang kene bajet artis setiap masa.

Itu tak kisah lah.Hak masing-masing.Aku pon bukan ustazah, sama 'jerk' dengan orang lain.

Tapi, itu lah.Mereka meletak perspektif bahawa aku perlu ke dunia tersebot yang penoh warna pelangi.Katanya.

I think should not being somebody even where i am.Kau nampak aku kampong pon, kampong lah.i just be myself.Bekerja di sini untuk mencari duit, bagi mak abah kat kampong duit, cukup makan pakai, dan boleh menyimpan untuk hari depan.Bukan untuk tunjuk kau hot atao menjadi orang bandar.Thats all.

Jan 17, 2011

SMS

Hari ni kerja morning shift.

Break pukul 10 pagi tadi aku keluar makan dengan 2 rakan kerja yang lain, Farid dan Halim.Ingat nak makan nasi lemak, tapi terliur tengok ikan goreng garing yang baru digoreng selain kuah kari kat sana, so aku bantal sepinggan nasi campur plus papadom.Heaven, tambah kat luar kabus tebal.

Halim open topik, pasal awek dia yang mengadu kat emak dia sebab dia tak msg awek dia sudah 3 hari.Kemudian emak dia sound dia.Bengang je kawan.

Aku ambik turn marah Halim pulak.

"Manalah awek kau tak bengang, 3 hari kau tak msg.Kalao aku dah maki hamun jugak"

Halim backup diri sendiri kemudiannya.

"Perluke msg hari-hari? Nak cakap benda yang sama je setiap hari.Balik-balik tanya dah makan ke belum? Hari ni kerja shift apa?Bosan."

Farid menambah.Jawapan dia pon 3 kali 5 Halim.Dia cakap tak banyak nak cerita kalao ber msg hari-hari.Lagipon balik je kerja, mesti bantai tidor sampai esok.

Wah, diaorang.Nak menang.

"Maksud aku taklah ber msg 24jam macam budak sekolah.Kalao aku pon tak hadap.At least once per a day.Ada masa-masa tertentu"

Farid setuju pulak dengan aku.

"Haah.Aku dengan awek aku tak msg selalu tapi atleast sehari tetap ada msg.Jangan bagi rasa jaoh sangat"

"Ha, tao pon"

Pada aku lah, zaman bercinta masa belajar dan zaman bercinta bila sudah berkerja sangat berbeza.Masa kita memang ada 24 jam, tapi yang void, rasanya hanya 1 jam.Serius.

8 jam kompem habis kat tempat kerja.Kalao kerja macam aku, 8 jam kerja 8 jam itulah tak boleh pegang handphone.Sibok di reception.Kemudian bila balik, nak rest pulak.Belom lagi ambil kira nak dobi baju lah, nak FB lah (haha), dan lain-lain yang tak berfaedah.

So, rasanya, agak tak sesuai untuk ber msg secara marathon.

Macam aku dan Incik Zahari jugak, rasanya tak banyak ber msg.Lebih senang cakap di telefon apa rutin yang kami go thru hari tu.Hanya ber msg untuk memberitahu sudah pulang kerja atao mahu masuk tidor.


Itu sahaja.


Tapi, serius, tak best langsong jadi gf si Halim ni.3 hari kau boleh tak ber msg.Haha.Di zon bahaya tu =p

Jan 16, 2011

Great Day

2 hari lepas aku pergi tengok movie, setelah setahun lebih aku tak pergi tengok movie, punyalah sibok macam PM.

Ingat nak pergi tengok the Tourist lakonan Johny deep yang orang kata hensem sangta tu tapi hensem lagi Fahrin Ahmad aku rasa.Tapi filem tu sold out.Last-last aku tengok cerita mandarin Great Day, sebab aku suka poster filem tu.Meaningful.

Cerita ni cerita kelakar, gila kelakar.Kalao cerita Melayu, lebih kurang jalan cerita Afdlin, tapi dari segi scenary film dan impak seninya, sebijik filem Allahyarhamah Yasmin Ahmad.Artistik.

Scenary banyak di highlightkan di Kuala Perlis yang gila cantik dan juga scenary untuk tipikal life di Kuala Lumpur.Memang aku teruja dengan kerja seni filem ni.

Cerita ni, message nya banyak.Lebih kepada relationship between anak dan mak bapak selain hubungan lain lah.Straight to teh point, kau perlu hargai masa-masa bersama pamili selagi kau punya masa tu espeseli masa bersama mak bapak yang sudah tua.jiwa mereka kosong bila usia semakin senja, thats the point yang sangat touched hati aku.

Manalah aku tak menangis beriya-iya dalam pawagam tu.bial keluar panggong, aku cakap cerita ni bodoh untuk menyembunyikan ke 'malu' an ter over menangis tadi.Haha.

So. if ada masa, pergilah menonton cerita mandarin Malaysia ni.Kau jugak akan enjoy dengan budaya Malaysia yang ada dalam cerita ni.


Ps:malas nak cari gambar poster filem ni.find out sendiri.






Im going to miss my abah and mama.Hurm.

Jan 14, 2011

Makcik paris Hilton.

Aku rasa muka aku ada character sebagai peguam syariah walaopon aku tak bertudung labuh.

Ye kot, sebab dari zaman sekolah, naik zaman universiti sampai lah ke zaman berkerjaya, ramai yang datang kepada aku mencerita hal peribadi walaopon kenal baru 3 saat.

Semalam, aku jaga reception VIP.Mungkin bos rasa aku hebat, jadi dia suruh anttend VIP.Datang seorang makcik Cina, yang gaya macam Paris Hilton.jalan terkedek-kedek pakai stilleto dan bawak handbag merah menyengolang, bak kata orang Perak.

Aku check in macam biasa.Ikot courtesy.

Tapi, makcik branded dan stylo tu mula cerita pasal hal hidop dia dari dia muda belia merantao ke US bekerja, sampailah kisah dia jumpa late suami dia, kemudian divorce, bercinta pulak dengan Mat Salleh yang kaya after that.

Lagi drama, bila dia cerita, cinta dia terhalang sebab different cultural dan berkorban demi anak-anak yang sangat memerlukan dia di tanah air time tu.Dalam hati aku, teringat pulak lagu Suhaimi Mior hassan-Epilog Cinta Dari Bromley yang sama kisah dengan auntie Paris Hilton ni.

Tapi, di akhir conversation tu aku tanya dia, why u still single until now after u leave that Mat Salleh?


Dia jawab, dalam usia dia begitu, single lebih senang.Boleh travel ke mana-mana tanpa tight dengan komitmen, boleh jumpa anak-anak dia bila-bila masa dan boleh buat apa saja yang dia suka sementara tunggu ajal.

Kemudian dia tambah lagi, jangan terpengaruh dengan drama kat tv, bercinta harap sampai ke mati sebab dia cakap, u love someone but you will never live with him until the end of the day.


Aku senyum sahaja.

Betol kot kata dia tu.Kemudian dia blah, cakap nak jumpa skandal di Coffee Terrace.Haha.Aku admire lah makcik paris Hilton tu.

Jan 13, 2011

Khairol Fahmi Che Mat

Semalam aku sempat tengok berita sukan di tv3, alah, berita pasal PM bagi imbuhan kat pemain-pemain Malaysia jadi juara piala Suzuki AFF tu.

Aku usha Khairul Fahmi Che Mat.Dia kan bechelor paling hot sekarang kat Malaysia.

Aku pon start berangan, as usual.

Kononnya kami terjumpa masa dia check in di hotel tempat aku bekerja.Time tu of coarse lah aku buat-buat tak kenal dia walaopon dalam hati rasa nak melompat tengok dia.Haha.

Then, Khairul Fahmi Che Mat mintak nombor aku.Aku bagi je lah, dah orang admire kita.(tahap berangan melampao).


Since dari tu, aku ngan Khairul Fahmi Che Mat saling mengenali.Aku cuba paham karier dia yang banyak di atas padang, dan time tu jugak dia cuba paham karier aku yang tiada hujung minggu di luar.Walaopon banyak clash, kami tetap suit each others.

Sampai satu masa, bila aku balik rumah, mama kata ada orang masuk meminang.Mama suruh aku buat persiapan.Aku cakap taknak.Aku cakap aku mencintai Khairul Fahmi Che Mat.Abah refuse.Abah cakap, jangan kau kawan lagi dengan pemain bola! (tanda seru bererti abah cakap dengan nada tinggi).

Aku nangis kemudian keluar kayuh basikal.Bawak diri ke lombong tengok matahari terbenam.Bajet sedih.Tiba-tiba Khairul Kahmi Che Mat telefon.Suara dia husky.Sayang, u tak terima pinangan i kenapa? Tanyanya.

U ke yang pinang i tu? Bukan Ahmad Durrani?

Aku teros balik rumah.Tanya abah dan mama.Mama, abah dan semua pamili dan krew Bang Bang Boo menjerit dekat aku, bang bang boo.Aku terkena.Macam gampang aku rasa hari tu.

Maka, kisah cinta kami akhirnya kekal sampai akhir hayat selepas itu.





Er, kau orang rasa aku ni gila ke? Berangan jaoh gila.

Jan 11, 2011

Bla bla dan bla

Aku rasa, akulah orang dalam dunia ni yang paling susah nak figure out perasaan marah atao tidak puas hati, secara physically lah.Kalao marah, mungkin aku diam, atao paling tidak pon aku akan berada di sini.


Semalam, kami berselisih paham.Tentang perbezaan pandangan dan cara hidop yang mungkin sangat ketara.No wonder lah, sebab jarak umur kami bukan setahun dua.

Aku rasa bingit bila dia membebel, sebab im not that type person, tambah-tambah menegur tentang aku.Peh.


Dia tak suka aku berada di McD.U know, McD related to Yahudi, frankly speking.Ok.

Dia tak suka kalao selepas aku makan nasi lemak, bungkusannya berada di atas meja lebih dari 10 minit.Merimaskan pandangan dia.Ok.

Dia jugak tak puas hati dengan cara aku iron uniform kerja aku yang tak detail dan ikot mana dan sahaja.Ok.

Dia kata aku patot banyak baca buku yang lebih ilmiah walaopon ketika itu aku sedang membaca majalah pengantin, bukan majalah Mangga yang banyak gambar separuh bogel di kolam.Ok.



Agaknya betol kata orang, kita akan selalu jumpa orang yang berbeza karakter dengan kita.Suka atao tak, kene suit kan.

Mungkin before ni, semua benda yang aku buat, takde siapa nak ambil peduli, tapi he is now being there beside me, semua benda pasal aku dia nak guide walaopon seriusly, aku stress kadang-kadang.



Takpe.


Hari ni aku invisble.

Biar dia rindu signature aku, yang kadang-kadang buat dia rimas. (ego)

Jan 5, 2011

Keroncong untuk saya



Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu
Untukku bertapak
Walaopon sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu
Rindu kamu, Zahari.


Jan 3, 2011

Tenda Biru

Kau kenapa ye, bila sudah menginjak 25 tahun, shopping pon ke kedai kuali dan pinggan mangkuk.Haha.Tadi aku masuk ke kedai pinggan mangkuk, menemani mama dan sis in law.Melihat barang-barang rumah.
Kemudian aku, as usual, berdiri tegak dan berangan.
*Kalao dah kawen nanti, pinggan mangkuk aku kene white color, nampak klasik dan old school, sebab konsep rumah aku nanti will be in simplicity design dan klasik.Boleh bring back the old times.Di dalam kepala sudah ada design itu semua.*
Toin toin
Tetibe ter flashback pulak kisah lama.Dah kata bring back the times.
Dulu aku pernah prepare satu set design untuk interior rumah dan konsepnya.Tapi itu lah, orang yang pernah kata mahu berkongsi hati, hidop, dan rumah dengan aku, kawen dengan orang lain ( background musik lagu Tenda Biru).
Aku ni day dreamer kan?Flashback pulak bapak jaoh.Walhal tadi, agenda nya nak memilih which pinggan yang aku suka untuk hadiahkan pada mama raya nanti.Haha.
Sebenarnya dari semalam aku sedikit emosi, sebab kisah aku yang tragis macam Sembilu dulu tu, jadi semula pada kawan baik sendiri semalam.Orang kata, cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit.Apatah lagi kau cuit dan robek hati dia.Aku rasa marah.
Perempuan ni, satu sahaja.Setia sahaja pada cinta dia, yang lain pada dia takde masalah.Tapi, once dah kau break janji dan harapan dia, its all over. No turning back, as the lover.
Sebelom ni, aku jumpa 2 lelaki yang aku sungguh heart, sungguh cinta, sungguh rindu, hari-hari aku rasa, aku mahu berkongsi hari tua bersama mereka.Mahu dia nyanyikan lagu selamat hari lahir untuk aku sampai di akhir usia, mahu sama-sama naik vespa bersama dia menghantar cucu ke tadika, dan mahu juga di waktu malam duduk mesra di dalam satu selimut menonton cerekarama.
Itu semua, aku selalu berangan.
But then, semuanya hilang.Pergi.Tak sempat nak grab.
Sakitnya, Tuhan sahaja tahu.
Dear, aku paham rasa nya bagaimana kau hilang orang yang kau sayang.Denyut jantung di dalam rasa sangat perlahan, sampai kau tertanya-tanya, kau sedang bernyawa lagi atao tak?
Tapi, here i am, mahu kau teros move on sayang, banyak lagi udara yang indah untuk kita hayati sebelom dipanggil pulang abadi.
I akan ke Kuala Lumpur esok, menemani u makan karipap panas di Bangsar ok =)