Oct 22, 2011

pain killer

Period pain.I cant stand with it.

Dan selalu nya Incik Zahari ada, beli kan air coklat or anything yang aku nak sebab time ni macam ngada-ngada lebih.Whatever.

Lepas balik kerja, aku sempat lagi gagah pergi Cotton On sebab tak tahan dengan sales 30% yang ada kat sana.Sekadar beli satu handbag besar kulit warna coklat.Saja beli beg besar, senang nak bring along notebook, purse, sketch book, pencilcase, makeup bag dan lain-lain ke mana saja.Hambek, semua boleh taruk.

Sampai bilik, mandi dan collapse.Tak tahan dengan sengal di bahagian pinggang yang sangat disturbed.Tidor.

9.52 malam, Incik Zahari tiba-tiba call.Terkejut, serius.Betapa kuat nya rasa kimia antara aku dan dia.Selalu dia ada bila aku sangat depressed di sini, sangat memerlukan suara dia as penawar, as pain killer, as inspiration.I just wish him happy birthday.Tak dapat nak berbual panjang sebab syiling dia dah habis.Jadilah, sebelom letak sempat give me goodnight kissing =)

Now, dah tak boleh nak tidor.Sebab yang aku perasan, bila dia call period pain aku dah jadi kurang.Sedikit rasa selesa.



Tuhan, permudah kan segala urusan kami.Doa sebelum beralih hari.Amin.

Oct 21, 2011

happy birthday.

1.Lately ni, ramai guest aku beri compliment.Bukan pasal service aku as a front liner, tapi pasal appearance aku.Tadi Indian guest dari Singapore cakap, u beautiful with light makeup.Dont put too much make up.Your natural beauty make u looked different than others.(Dialih bahasa kepada bahasa yang kurang nampak riak).Minggu lepas, guest dari Indinesia puji aku jugak masa aku check booking dia.Dia cakap muka aku very Asian.Sweet.Haha.Aku tak lah rasa cantik, tapi aku percaya, bila hati happy, tak juga mengganggu hati orang, dan rasional pada masalah yang datang kadang-kadang, mungkin buat aku looked great, lately.Luar dan dalam kene balance.(sila abaikan barisan kedua terakhir, yang rasa agak poyo.haha).




2.Sekarang ni banyak jugak muka baru, jadi aku as a senior memang tak boleh nak bagi muka sangat.Nanti lembab belajar macam kura-kura dan malas.Yang aku nampak sekarang, aku boleh sikit-sikit jadi tutor dah.Sudah pandai garang sikit pada budak-budak (a bit la.nak ajar kalao tak garang nanti kene pijak kepala), ajar dorang how to take notes dan guide dorang untuk teros approach guest with the courtesy dan prosedur yang aku dah ajar.Serius, seronok jugak kalao dapat jadi lecturer.Kongsi own experience dengan budak-budak, guide dorang dan share segala yang ada.Tapi untuk Hotel Front Office Operation boleh lah.Bidang lain, tak pandai dah.Haha.






3. Balik kerja, rehat di dalam bilik adalah satu masa yang aku paling suka even alone.Lepak dalam selimut, baca some blogs yang very inspired aku.Kemudian di tengah-tengah ter tidor.Haha.Aku sangat comfort dengan apa yang aku ada.Sekurang-kurangnya, bila balik kerja, aku dah tak payah pening kepala dengan kerja.100% hanya serabut di tempat kerja sahaja.Cukup lah waktu zaman belajar dulu, sudah hilang separuh masa aku.Anyway, kenangan as a studio-based student di UiTM dulu adalah satu ruang masa yang susah untuk diasingkan.Serius.






4.Esok birthday Incik Zahari.Takde buat apa.Hope dia dapat birthday message yang aku kirim melalui pos laju semalam.Memang aku tidak pasti dengan apa yang akan Tuhan akan bagi pada aku untuk esok-esok.Entah maseh mencintai lelaki yang sama atao tak.Entah maseh ada rindu untuk orang yang sama atao tak.Tapi untuk waktu sekarang, tiap senyum, tiap sakit, tiap tangis, tiap marah, tiap lelah, tiap payah, aku hanya mahu dia ada di sebelah.Sudah cukup.Happy birthday abang.Sudah kehabisan ayat, untuk barisan seterosnya.





5.No idea untuk menulis.Tak sabar nak tunggu 25hb.Last day kerja then bercuti panjang 6 hari.Habiskan masa yang ada bersama pamili di rumah.Rindu mereka.Serius.





Goodnight people.




Oct 19, 2011

The Power of Love

1.Sedang terbuai mendengar lagu-lagu indah di red fm.Late night love songs.The Power of Love, song by Celine Dion is now playing on the air.Malam ni rasa begitu panjang tapi tenang.


2.Maseh bebal memikirkan mama.She sleep alone at hospital.Takde disebelahnya bercerita, untuk menderaskan masa.I know mama, tak suka pada bau wad.Siapa yang suka.I just hope mama kuat, i know mama kuat.Always love her,eternity.


3.Baru habis buat birthday message untuk abang.No sketching.No cartoon.I just drop by this words on a palin white paper-Happy birthday abang. Regards, from your sayang.Simple but i think meaningful.So tomorrow, masa break time nak berlari sekejap ke pejabat pos.Hope will be there on 22nd Oct, his birthday.I like the number.22, same with me.Abang, i miss u so much.Tak tahu bagaimana mahu menulis di sini betapa ruang yang ada di sini terasa begitu kosong tanpa dia di sebelah.


4.Mus invite me to makan-makan steamboat lepas balik kerja esok.I think ok.Aku cakap bukan dating kan? Dia cakap, common Mia.U ingat i budak sekolah ke nak ajak dating?Im gentleman ok.Haha.Mungkin boleh pinjam opinion dia untuk survey jam tangan untuk abang.Kan?


5.Errr.i just receive a call dari orang di Johor sana.Kuat hati rasa abang akan call tadi, then he is there.Dapat platun 22, he said.Again 22.Hik.


6.Okey, aku dah boleh tidor.Thanks god, kerana mendengar bisik hati kecil aku petang tadi, yang sangat merindui appearance dia.


Good night people.


Oct 16, 2011

Karipap panas.

Now, blogging at OldTown White Coffee, sorang-sorang.Just order Curry Puff Basket.Mahal nak mampos, 2 ketol karipap RM5.90.But taste very nice.Then douge very crispy, sebijik macam karipap pusing mama.Air tak mahu beli lah sebab petang tadi baru minum hot beverages from Coffee Bean, again.Haha.

Hari ni kerja, sangat sucks.Working as Front Liner, hujung minggu adalah hari-hari yang paling aku tak suka sebab congested, chaos, dan triple pressured.Thats why right now, after working 9 hours, aku nak bersendirian.Ingat nak duduk dalam bilik, tapi housemate aku macam gampang.Dua-dua housemate.Orang tak educated, begitu lah.Sorry to say lah.Aku balik kerja, nak get privacy, nak duduk dalam keadaan tenang, tapi dorang boleh bukak tv kuat-kuat, tak peduli orang dalam bilik tu tengah tidor ke, tengah sembahyang ke, tengah bla bla dan bla ....then kalao bergayut, boleh cakap dengan suara kuat-kuat, nak tunjuk dia hot ada orang call everytime.No manners.Serius.

Sudah nya, aku ke sini.Makan karipap panas dalam kedinginan kabos, berlatarbelakangkan lagu Camelia ft. Innuendo.Akhirnya.This is my favorite song with Zabrina, since school time.Heh.

Last 2 night dapat chill out dengan Zabrina dan seorang lagi kawan baik kami, Ina.Lepak makan asam laksa dengan dorang kat Oldtown ni sambil ber gosip about own stories.Best! Heh.


Tak tao nak tulis apa lagi.



Bye.

Oct 13, 2011

Jiwa & Lara


Malam ni tak ke mana.After balik kerja pukul 6 petang tadi, aku singgah McD.Tak rasa nak makan nasi hari ni.So take away set double cheese burger.Orang bujang, senang je.Heh.this my dinner meal for today.


Balik mandi dan menunggu untuk Maghrib.Sempat recite Yassin untuk kesejahteraan bersama.Berdoa, semoga happiness is mine, always.Juga berdoa untuk keseihatan mama, abah, dan semua yang terdekat.


Then, study sekejap untuk Internal Quality Audit(IQA) untuk Front Office Department.Tak buat apa pon.Tapi kemaskini nota yang ada ke dalam buku nota yang incik Zahari beli kat Giant Batu Caves, masa shopping barang-barang dia last month.


Then i got a call from Mus.Mus deliver cookies from Coffee Bean.Haiya.My feveret.Masa pms makan cookies, i tell u, heaven.Thanks Mus.Hope that u just be happy with your management sebab ada sedikit rasa unsettled.Aku dan Mus, begini lah.Lebih senang begini. Be friend, just sharing the story.Sebab hal hati mana mungkin boleh dibelah dua.Aku tak ber kudrat.



Then, mus back to work.Singgah jengok aku sementara dia tapao makanan di luar.Aku sembahyang Ishak (lambat-lambat nanti teros tertidor). then layan cerita Jiwa & Lara di tv3.Ternangis pulak.Maybe so lonely di bilik, then zon pms already there.Air mata memang easy je nak jengah keluar.Haha.


Habis cerita, layan Red fm.Nak memanjakan mata.lagu-lagu kat Red fm malam ni tak se nice semalam.So aku plays mp3.The first song yang aku dengar.Semalam Yang Hangat-Wings.Teringat abang.ini lagu yang dia selalu pasang dalam kereta.Dan, after that, tak sangka, tengah chorus lagu abang call dari Johor.Dah dekat 5 hari kot dia tak call.Serius, rasa macam zaman bercinta sekolah-sekolah dulu.Rasa sedih bila syiling abang nak habis.Hurm, Disember.Lambat nya masa berlalu.




....




Dah.Tak mahu tulis lagi.Good night.

Oct 12, 2011

Gloomy day, pulak.

Feels rasa gloomy malam ni tadi.Apa aku buat, tao?

1.Lepak Coffee Bean.Layan musik slow Red fm.Yang aku perasan, semua Late Night Love Songs yang Red fm putarkan setiap malam, semua lagu tu ada dalam list mp3 aku.Hik.

2.Incik Mus, as usual, sediakan hot beverage untuk aku.Tak tahu lah flavor apa sebab setiap hari bertukar-tukar.Then, mesti ada cookies.Coffee flavor with hazel nut, kot.I like that.Thanks to him.Dia cakap, dia sediakan with penoh rasa kaseh sayang.Haduh, berat.hik.

3.Balik kemas bilik.Therapeutic.Bila rasa tengah tak betul, mood kemas bilik mula lah live.Haha.

4.Sketching.Yeah, sambil layan Red fm, sketch karton aku dalam sketching book aku.Then make a small envelope using magazine paper untuk letak the sketches inside.Back to school, oh yeahhh.Dah lama tak buat camni.Sketches yang ni aku nak bagi Incik Mus esok sebab every day, almost everyday dia bagi aku beverages dan cookies.segan ah pulak even dia cakap tak ayah reply anything.Ini bukan kawasan perumahan jiran tetangga nak balas membalas, he said.tak boleh-tak boleh.i have to.

5.Last sekali, blogging.Di sini.Aku menanti panggilan dari sweetheart zahari.But maybe dia bz, no time untuk ke public phone.Its ok.Ingat pesan abang, jaga diri.Jaoh di mata, dekat di hati.I miss u, banyak.


6.Good night everyone.

Oct 10, 2011

yeah, im happy.

Hey, rasa cam kat Korea.Dalam bilik still wearing cardigen dan stokin sebab sejuk hingga ke tulang sum-sum.Heh.Then masak megi kari nak hangatkan suasana.Cerita korean without babak masak megi, memang lah tak sah.Heh.


Pernah dengar tak makna chemistry? Yang aku boleh kaitkan tarikan antara 2 person atao lebih jika ada pertalian hati sesama mereka.Seperti petang tadi.Aku download lagu ni.The Calling-Wherever U Will Go.Lagu ni really bring aku ke zaman UiTM dulu, zaman studi tapi main-main.Lebih suka huhah huhah dengan kawan-kawan lelaki di luar.And one of the best friend di UiTM dulu adalah Al Aiman, jejaka berbulu mata panjang.After dengar lagu tu, tak tipu lah, tak lama lepas tu i got a msg from Al Aiman yang dah lama tak msg aku.Aku rindu kau, bila nak jumpa? Sms Al Aiman.See, even masing-masing antara kami already has own life now, dah lama tak open table mengutuk orang kaw-kaw, tapi the chemistry between us still there.teros aku call dan gayut dekat 30 minit.Cerita macam-macam.Happy dapat dengar perkembangan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.Al Aiman suggest ramai-ramai bercuti ke Bandung next year.InsyaAllah.



Petang tadi jugak call mama dan abah.Mama will continue her chimo as usual.Its ok lah.Aku hari-hari doa semoga abah dan mama just get good healthy, happy dan tak risao apa-apa.Dah jenoh bersusah payah dulu, now its time untuk duduk rumah berehat, petang-petang siram pokok bunga takpon main with anak Along yang dah pandai bercakap tu.Hurm, really rindu udara di rumah.Home sweet home.Love your pamilik k.



Sejak akhir-akhir ni, spirit nak pergi kerja tu sangat tinggi.Kadang-kadang cam excited gila nak pergi kerja.Aku rasa its more sebab familyhood yang ada di tempat kerja.Seorang get problem, then the whole department turun padang settle the problem.Serius, sayang sungguh aku pada teamwork yang aku ada sekarang.Bila rasa happy nak pergi kerja, segala jenis pressure mungkin boleh ditapis dengan penoh energetik.Susah aku nak jumpa this kind of feel.Sebab 6 bulan aku praktikal dulu, the working environment is totally different.Maksud aku familyhood yang ada.Datang kerja, buat kerja sampai lebam then teros balik.No connection each others.Hurm.Hope that current working environment will remain its spirit.




Untuk Incik Zahari yang jaoh di mata, sudah tak tahu bagaimana mahu cakap betapa rindu nya pada dia.Its been a longest winter without him.Kadang-kadang, bila ada masa time kerja tu, fikiran tak lari dari fikir dia dan masa-masa yang aku dah lalui dengan dia.Yang aku perasan, dah seminggu aku tak dengar orang panggil aku tenggiling.Haha.He called me tenggiling sebab aku pantang diusik sebab too sensitive.Haha.Semoga semua nya ok di Selatan sana.



So far, rasa nya takde apa nak di all out kan.Semua nya baik-baik sahaja.Pray for my happiness, please.



Thank u for being here, with me.Take care people!

Oct 2, 2011

Kalao kau mengasihi, nescaya kau juga akan dikasihi.




Im just wake up dari tidor.Tak tahu nak buat apa.Selalu kalao bangon tidor, mesti cari abang, msg him to ask him out, pergi makan, pergi library baca suratkhabar (like yesterday).Hurm.



Abang bertolak around pukul 7.30 pagi tadi.Sempat pergi breakfast dengan dia kat mamak dan hantar dia pergi.Kawan-kawan dia yang lain semua datang alone, tapi abang berhantar.Haha.Nampak cam manja pulak.But abang tak kisah.Dia nak aku hantar dia.




Im look like Juri Akademi Alquran kan, sayang? Haha.





Oh, ya.Aku dah letak kad dalam luggage dia.Hik.Hope that dia senyum masa kemas baju kat sana nanti.




Lepas abang pergi, aku merekabentuk bilik.Kemas kabinet, minima kan barang yang ada kat bilik, then laundry baju-baju aku dan abang termasok blanket dia semua, then buat wiyering sikit.Pandai wo aku.Haha.But tak sempat lagi nak cuci gamabr aku dan abang, nak put our photo dalam plain white frame yang aku sempat beli dengan Zabrina di IKEA hari tu.Hey, kenapa mood a bit romantic lately?



Haha.




Im so happy right now even abang is not around me, beside me.Semalam dia banyak sembang about my pamili.Abang cakap, one day dia nak datang rumah lagi and get to know the whole members.Nak makan-makan with pamili.Hurm, a good starting.Its ok, aku pon taknak rushing tentang ni semua.perlukan masa.Tapi aku suka ayat abang masa aku tanya his feeling towards me last night.




Kalao kau mengasihi, nescaya kau jugak akan dikasihi.Jadi macam tu jugak abang dengan sayang.Ayat abang, then aku menangis macam budak kecik.





.................................I miss him.