Jun 27, 2010

Aku seekor lipas betina (karangan terbaik UPSR tahon 1998)

Aku seekor lipas betina.Sila bina satu karangan berdasarkan tajuk berikut.(tidak kurang daripada 150 perkataan.)

Hai.Aku seekor lipas betina.Namaku Geum Jan Di dan masih di awal 20an.Aku kini menetap di Korea Utara, sebuah negara yang agak maju berbanding Brazil yang masih mundur lifestyle nya.

Kisah hidopku agak tragis, tapi tidak se complicated kisah si Capik dalam drama tv2 itu.Hal yang demikian kerana aku tetap berasa bahagia walaopon derita.(macam lirik lagu pulak).

Aku kini sedang bekerja kuat untuk menyara keluarga ku. Siang aku mengambil upah menjahit baju, malam aku berkeliaran di lorong-lorong gelap yang penoh dengan mak nyah dan lelaki-lelaki yang sangap.Tapi kerjaku bukanlah sebagai Guest Relation Officer yang rela menyundalkan diri hanya sesuap nasi, aku hanya mencari sisa-sisa ayam KFC dan burger McD yang ditinggalkan di sana.Kalao nasib baik, aku dapat Kenny Rogers.

Hidup aku dan keluargaku mula menjadi barai semenjak aku couple dengan seekor lipas jantan dari keturunan bangsawan.Namanya Gu Jun Pyo dan dia sangat hensem seperti Remy Ishak versi lipas.

Cinta kami ditentang oleh keluarga Gu Jun Pyo dan menyebabkan keluarganya menyekat ekonomi kelurga aku sebagai tanda balas dendam.Tak sangka, di zaman Blackberry yang serba canggih ni, masih ada drama cinta 2 darjat P.Ramlee di dunia realiti.

Satu hari, aku berkata kepada Gu Jun Pyo setelah aku rasa fed up dengan takdir yang menimpa aku dan pamili.

" Demi memuaskan hati pamili u, biar i yang undur diri"
"Sudahlah Geum Jan Di.Jangan buat ayat tipikal drama Yusuf Haslam di sini.Takde sape yang akan undur diri.Cinta kita akan kekal hingga ke jinjang pelamin.Percayalah."
" Tapi pamili u tak sukakan keturunan i yang hanya orang kebanyakan"
"Orang kebanyakan tu apa, Geum Jan Di?"
" Gu Jun Pyo.U memang bodoh walaopon dah ada degree."
"Er, maafkan i Geum Jan Di.I rasa blurr bila u nak split up dengan i.I tak rela."
"Cukuplah sampai di sini saja hubungan kita Gu Jun Pyo.Maafkan i, selamat tinggal."

Aku teros lari dari Gu Jon Pyo sambil menahan sebak di abdomen.Dan Gu Jun Pyo mengejar aku dari belakang.Tiba-tiba,

"Krakkkk!!!"

Aku tak sempat brek lantas dipijak oleh seorang makcik yang baru balik dari pasar.Hampeh betol, dia buta ke tak nampak aku, kata aku di dalam hati.Akibatnya, isi perot aku terburai.

"Geum Jan Di, bawak mengucap!" Kata Gu Jun Pyo melihat aku yang semakin weak.
"Gu Jun Pyo...."Kataku tak berdaya.
"Geum Jan Di, jangan tinggalkan i.Tunggu i di pintu syurga!"


"Errrrr...insyaallah..... kalao kita masuk syurga Gu Jun Pyo...."

Akhirnya aku menghembuskan nafas terakhir di sisi Gu Jun Pyo.Itulah kisah aku sebagai seekor lipas betina yang amat loser.

Jun 24, 2010

Drama tamil di hospital

Semalam aku pergi temankan mama di hospital untuk sesi kimoterapi ke-4 dan jugak buat ct-scan sekali.Masa aku tunggu turn mama, ada pulak patient india yang baru lepas accident disorong dekat kepada aku oleh doktor dan konco-konconya. Betoi-betoi berhenti depan aku pulak tu.Dengan kepala pecah, tengkok pon patah dan darah jangan cakap la, keluar dengan deras, buat aku rasa loya gila.

Then, adela 4 orang family members kepada patient india tu datang mengiringi.Bao dorang aku tak tahan, sumpah.Bau kuah dal.Aku dah rasa macam kat Bombay.

Family members tu mula menangis hiba sebab patient tu tinggal nyawa-nyawa ikan.Aku ni dah lah jiwa kristal, dengan aku sekali bergenang air mata. Sedih jugak kan? Mana tahu, kot pendek nyawa, anak kat rumah siapa nak tanggong makan, pendidikan dorang lagi, astro tak bayar dan lain-lain.

Tapi selepas tu, 2 aci tu mula bertekak. Aku tak tahulah apa yang dorang tak puas hati berdua sebab aku tak paham apa yang dorang bebelkan.Dari bertekak, dah mula acara tolak menolak badan.Kemudian, klimaksnya acara tarik menarik rambot.

Fuyyoo! Best giler tengok. Selalu aku tengok babak ni kat tv jeh.Sekarang secara live wo depan mata.Tapi nasib baikla 2 ane lagi tu meleraikan pergaduhan tu.Dan dorang buat-buat muka tak malu sahajalah.

Haih.Duduk kat hospital ni macam-macam ragam aku tengok.Sedih, marah, kecewa semua ada. Cuma, mood happy tu jarang lah ada di atmosfere hospital.Siapa yang rasa gembira berada di hospital kan?

But because of mama, because of i love her with all my heart, im willing to stay there.


Jun 20, 2010

First date

Kamu pernah tak manage kan kawan yang mahu pergi first date dia dengan seseorang? Mesti moment tu yang paling kelakar.Nak pakai apapon nampak tak kene, dalam hati berdebar-debar.Kita sekali kene tempiasnya.

Haha.

Aku pernah 2 3 kali.Tapi yang paling kelakar, masa aku manage kan seorang kawan baik aku di studio dulu.

Dia ada date dengan seorang awek petang tu.Tapi tak cakap pada mulanya. Aku tengok petang tu dia dah bersiap mandi semua.Selalunya, jarang aku nampak dia mandi.Apatah lagi mahu pakai kemeja petang-petang begitu.Macam Rosyam Nor pon ada aku tengok.Haha.

Walaopon dia nampak pelik, aku buat-buat tak perasankan situasi tu.Dan meneroskan online.Tapi dia ke hulu ke hilir depan aku.Macam ayam berak kapor.

At last, aku tanya kenapa? Dia jawab, jom kita pegi minom kat cafe bawah jap.Aku pon ikot jelah.Kalao tak ikotkan, takot dia pegi buat benda yang bukan-bukan pulak karang.

So, di cafe itu dia bagitao aku dia mahu pergi date dengan seorang gadis cantik dan hot yang baru dikenal di dalam Friendster.Zaman tu facebook belom establish kot.Dengar jeh statement dia, aku terkekeh-kekeh ketawa.

Tapi, aku try cool kan dia gak lah sebab memang nampak nervous giler.Muka jeh macam casanova, tapi menggigil.Sampai gelas teh tarik aku pon ditumpahkannya.Haiyak.

Then, masa dia nak pegi date tuh, dia dapat one msg.That girl kata kita jumpa next time sahajalah.Dia ada hal.Sekali lagi aku ketawakan dia.Sorry, cannot help. Sebab aku rasa kelakar untuk dia petang tu.Penat sahaja change rutin, try to be someone new petang tuh, but at last cancel pulak date tuh.Haiyak.

Tapi, aku happy untuk dia jugak petang tuh sebab at least dia buat sesuatu yang lain dari teros get down dan repeat lagu Apologize berjuta-juta kali sampai satu studio dah maki dia.Haha.

I miss him.One of my gud buddy in UiTM.

Jun 17, 2010

saya suka burung.

Siapa ada nombor hp Dr.Rozmey? Ingat nak direct call dia lah, mana tao, boleh adjust dapatkan 10 kotak jusmate 5 secara percuma.Nak beli mahal sangat.Ngeh2.

Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba.Kalao hati yang terbakar, nak panggil bomba jugakkah? Aku rasa annoyed giler dengan kawan aku seorang ni.Kami baik, tapi aku selalu clash dengan pegangan hidop dia.Wah, pegangan hidop.hehe.

Aku ajak dia attend satu event.That event maybe lah didominasi banyak lelaki.Tapi bukan lah parti buih gay.Event tu legal.dan bermanfaat untuk masa depan, tak tipu punya. Tapi dia dengan bangga cakap, sorry, tak boleh. Bf aku tak bagi sebab ramai lelaki.

Aku replied, "Semua benda nak ikot cakap bf ko.Macam kompem dia jadi laki ko!"

Tapi aku cakap dalam hati lah.Haha.

Eh, layout baru blog aku ni okey tak? I like the part burung-burung terbang kat atas tu.Macam lagu Camar Yang Pulang pulak.Heee.

Jun 13, 2010

Aku dan Maria Mernado.

Jam menghampiri pukul 6.30 petang.Aku tak suka waktu-waktu menghampiri ke Maghrib, sebab boleh buat kamu rasa libang-libu, juga empty, kalao takde sape-sape di rumah.Jadi, aku ambil peluang ni untuk packing barang, sebab esok aku akan ke satu tempat.Baru dapat offer kerja government di selatan tanah air.

Sedang aku pilih baju hot mana yang boleh dibawak pergi, aku dengar ada orang memanggil nama aku diluar rumah.Sape pulak ni?

"Hoi, engkau! Mana menghilang?" Sergah aku kepada Maria Mernado apabila dia muncul di depan rumah petang itu, setelah 7 tahon menghilangkan diri.Iyelah, habis sekolah sahaja, aku sudah tidak nampak dia. Cari dalam Facebook, banyak pulak unknown person yang appear.

"Tak ke mana.Aku datang ni nak jengok engkao la bongok.Yang engkao tercegat tak jempot aku masok apehal?" Kata Maria Mernado.Ya, she still the same.Friendly seperti dulu, itu yang buat aku dan dia kamceng di zaman sekolah dulu.

Then, kami bersembang panjang di dalam bilik.Lupa sebentar pada baju-baju yang mahu dipacking.Maria Mernado tak habis-habis bertanya kenapa aku mahu pergi jaoh, nanti dia takde kawan di sini.

Belom sempat aku menjawab, telefon rumah berdering.Maria Mernado menarik tangan aku,

"Engkao janji ye datang sini balik."
"Iye,tunggu kejap"

Aku pergi ke ruang tamu menyambut telefon.Mungkin Latif Ibrahim yang menelefon, mahu cakap England seri dengan USA, dan mahu membebel tidak puas hati.

"Hello, weh, aku ni Hail Amir.Jom pergi rumah Maria Mernado"
"Apesal?"
"Emak dia jempot pergi kenduri tahlil"
"Siapa yang meninggal pulak?"
"Maria Mernado lah.Engkao tak tahu ke dia accident 2 hari lepas"

Buk.Jantong aku rasa nak jatoh.

"Engkao janji ye datang sini balik"

Kata-kata Maria Mernado sebentar tadi terngiang-ngiang.Darah aku macam freeze. Seraya itu jugak aku terdengar Maria Mernado memanggil nama aku dari dalam bilik.

Patotkah aku patoh pada janji tadi atao cha alif bot ?

........................................................

Jun 9, 2010

Menulis untuk sihat.

Aku suka menulis sebenarnya.Sangat suka.Dulu, masa family aku pergi piknik di Kuala Woh, aku mintak pada mama untuk stay dengan opah di rumah sebab nak habiskan writing aku pasal pengembaraan sekumpulan budak remaja yang mencari kunci 21.Aku rasa sinopsis tu nampak bored, kalao di usia inilah, tapi time tu aku baru umur 10 tahon. Aku rasa aku sangat hebat time tu dengan apa yang aku buat.Haha.
Masa di MRSM, aku banyak produce cerpen, lebih kepada isu yang nampak sweet 17 lah, sealiran dengan perkembangan hormon estrogen ketika itu.Haha.Reader aku masa tu adalah kawan-kawan perempuan satu floor.Bila ada assembly, mereka suka mintak cerpen aku.Aku kira, mungkin itu sahaja the right time yang ada untuk membaca, selain prevent diri dari mengantok sebab banyak sangat yang cikgu bebelkan kat depan pasal masalah didiplin kitorang di maktab.
Sekarang, aku takde masa nak menulis panjang kecuali di blog ini.Tengok mood lah, kalao ada rasa terpanggil nak kupas isu sekeliling, aku ikot sahaja. Kalao tak, aku lebih suka menulis pasal diri sendiri, sebab tak menyentoh hal dunia,jadi orang lain nak banyak bunyik pon tak boleh sebab itu cerita aku yang takde produser. Suka hati lah, kan? Mungkin satu halnya lagi, aku mahu kawan-kawan yang jaoh, walao tak nampak aku, tahu the movement aku di sini.Bukan bajet aku Natasya Hudson untuk heboh satu dunia cerita yang remeh, tapi at least, orang tahu aku still hidop.
Untuk improve writing, aku tak boleh syok sendiri menulis jugak.Aku kene selalu jengah blog orang, bukan nak ciplak input dorang, tapi nak berguru macammana dorang boleh buat aku admire giler kat dorang hanya melalui blog, walao certainnya muka jongos.
Bagi mereka yang teringin nak menulis, takde keje lain nak buat atao tak tahu kat papan putih mana nak lepas perasaan, anda dijempotlah untuk menulis. Tak kira lah di media mana.
Kepuasan nya tak sama dengan hanya keluar minum dengan Fahrin Ahmad.

Jun 7, 2010

Ali Setan


Aku terpikir, kalao lah satu hari nanti aku ada anak perempuan, mesti aku rasa mahu protect anak aku dari mana-mana lelaki yang sedang seduce anak aku. Mesti aku tak berapa suka kalao dia keluar dengan lelaki tu selalu.Kamu jugak kan?

Tapi, bila ingat zaman aku mula mengenal lelaki, iaitu sekitar 20an, aku rasa aku patot beri ruang pada anak aku itu jugak untuk involve dengan lelaki itu (tengok jugaklah orangnya macam mana kan).Sebab, kalao kamu tak sedikit 'nakal' di luar dan hanya baca buku di rumah, kamu tidak akan banyak belajar pasal hal hubungan dan bende-bende yang perlu kita tahu pasal opposite sex, espeselinya lah.

Aku banyak belajar pasal lelaki bila sudah involve dengan somebody secara serius, bukan setakat hanya usha dari jaoh.It doesn't teach u anything.Kene banyak buat hal.Haha.

Dulu, pernah sanggup balik awal masa cuti semester UiTM, konon mahu balik ke UiTM sebab banyak kerja di studio, tapi pergi berdating dengan orang itu di sekitar KL, kata tidor di kolej tapi tidor rumah orang, hanya turut rasa hati yang tengah berbunga, letak tepi istialh family first.

Dan, paling tak boleh blah, sanggup burn duit ptptn nak beli banyak bende untuk orang itu, balut gift dengan wrapping paper love-love, buat kad comel dengan ayat-ayat yang kalao aku baca sekarang rasa nak maki, gila kapak, kemudian bagi pada dia, dan bila datang rumah dia, aku rasa tak nampak pon ada sense of appreciation oleh dia terhadap bende yang aku beli dengan duit kerajaan itu.

Lagi worse, at one point tu bila sudah tahu hubungan tu tidak ke mana, masih mahu mencuba konon kumbang hanya seekor dalam dunia time tuh.Try so hard till the end, itu yang ditulih kat tepi katil baik masa di kolej sampai lah ke zaman rumah sewa.Cerita cinta masa tu memang panjang, kene guna dvd, yaw.

Banyak kebodohan masa dulu yang baru boleh direview sekarang.Itu baru yang tak sensor. Yang lain takot kene gam dengan Kementerian Penerangan Malaysia.Mungkin jugak tak elok untuk budak-budak under age.
Aku rasa idop aku wasted pada masa tuh.Aku cerita ni pon sebab termuhasabah diri sekejap tadi. Mungkin sejak akhir-akhir ni aku rasa sedikit ade meaning walaopon mungkin ada perubahan lain yang certain nya jugak tak disenangi.What ever. what important, aku lebih kenal diri aku siapa sekarang.Paling tidak, aku sudah tidak membuang masa untuk sesuatu yang tak bagi aku benefit, seperti mengabdi pada someone yang fooled aku semata-mata.
Biar buruk perangai aku dulu, tersilap langkah, tapi aku tak pernah jugak merungut dalam hati dengan over sebab aku ambik teladan dari hal lepas.Apesal nak menyesal kan?
Jadi, sedikit-sebanyak, aku sudah ada formula untuk tumbesaran anak-anak aku selain susu formula yang bersepah-sepah sekarang ni. (macam tak sabar nak giat buat anak je ek, haha). formulanya, biar mereka melalui setiap fasa idop mereka dengan enjoy,biar sedikit nakal, biar banyak main, biar try banyak bende, biar nampak berani, sebab, from there, mereka learn many things, at least mereka belajar determine idop mereka sendiri.Kan dah macam keling bahasa aku.

Today is monday.

Pagi ni aku bangon 9.45.Lambat ke cepat rasenye? Haha.Bangon jeh teros keluar pergi beli ikan dengam sayor.Aku tengok pakcik jual ikan tu berkaraoke kat dalam rumah dia.Apalagi, aku pon masuk rumah dia dan menumpang sekaki berkaraoke sama.List lagu yang dia ada semua stok lagu lama.Era lagu Telaga Biru semua tuh.Tahu tak semua? Haha.Sudahnya aku nyanyi lagu Mimpi Yang Sedih, Kaulah Segalanya dan Racon dan Madu.Orang rumah pakcik tu siap buatkan aku dan adik aku kopi Ali Cafe.Terbaik pagi ni.
Oh, semalam sempat tengok semi final 1 rancangan Mentor.Astro rumah aku kene bar, jadi Mentor lah jadi pilihan.Kalao dulu berlagak, tak tengok pon Mentor.Haha.Tapi, satu sebab aku tengok Mentor sebab Joe Flizzow.Dulu aku big fan dia dan Malique masa Malaysia tengah hot dengan Too Phat.Masa zaman sekolah dulu mana reti layan lagu Hail Amir.Semua lagu Too Phat.Siap beli kaset-kaset dorang. angkot pegi prep. Bila cikgu lalu, mula kelam kabot sorok walkman.Haha.Tapi, memang aku nampak Joe Flizzow cool as a mentor.At the early stage dulu, aku rasa macam support Mas Idayu sebab protege dia hitam manis dan sweet selain suara dia yang serak-serak basah .Tapi lama-lama aku rasa Mas Idayu dengan anak ikan dia tuh macam fake.Banyak buat kontroversi dari nak bermentor menti ni. Joe memang kreatif dengan idea dia untuk performance Ila selain berstyle berbanding dengan performance mentor dan protege yang lain yang aku rasa klise jeh as entertainer.Jadi, vote for Joe Flizzow.Haha.
Hari ni birthday kawan lama aku di UiTM dulu.Happy bithday to him. Dengar cerita menolak offer untuk jadi Imam Muda di Astro.Hahaha.Tak habis-habis lah perasan hot =P
Aku rasa aku sedang admiring someone.A blogger.Tapi confuse, admire orangnya atao tulisan dan kehidupannya sebab aku tak pernah kenal beliao directly depan mata.Sebelom ni aku rasa aku paranoid dengan fenomena begini.Tapi sekarang aku rasa it is funny.Suka orang sebab blog dia, samalah macam ko tercari-cari si baker yang buat cupcakes yang ko beli hari-hari kat kedai kek tuh.
Aku sedang prepare sedikit knowledge tentang hotel management sebab aku ada interview dalam field itu dalam masa terdekat ni. Harap dapat lah kerja itu.Kalao tak dapat, aku tak belanja diri aku cendol untuk 2 bulan.Protes.
Bye.Aku ada kerja nak buat.

Jun 4, 2010

World Cup, again.


11haribulan Jun ni birthday Along aku.Tapi tak payah cakap la pasal birthday Along aku.Dia bukan suka nak celebrate pon.Tapi paling tidak pon aku akan msg dia nantilah mengucapkan selamat hari jadi.(biasanya atas desakan mama yang suka ingatkan anak-anak dia birthday sape-sape pon). Tapi, untuk 11 haribulan Jun ni, rasanya semua orang akan menantikan World Cup.Kan? (untuk semua kaki bola lah.Aku mungkin kene tempias sahaja.Haha).
Kenangan bersama World Cup aku tak banyak sangat lah sebab aku bukan gila bola sangat.Gila pada si pemain bola dulu adalah. (rindunye).Tapi, untuk World Cup tahon 2006 dulu, aku ada kenangan bersama kawan-kawan studio iaitu Fad, Aroi, Ramzi dan Eti di mana sekarang ni sudah lama tak jumpa dorang selepas masing-masing quit dari UiTM kecuali lah Ramzi yang baru konvo dengan aku 2 minggu lepas.
Malam 9 Julai 2006, (kalao tak silap lah), Final World Cup France vs Italy tu, kitorang pegi menonton final di Sri Hartamas (kalao tak silap aku lagi lah.Lama sangat kan, aku pon dah ingat-ingat lupa). But still remember, on the way ke Sri Hartamas tu boleh pulak kitorang ter involve dengan satu accident.Tak pasal-pasal kitorang kene jadi saksi sekejap pada polis. Ayo. Banyak pulak insiden.
Kemudian, sampai je kat that area dah takde parking. Menapak jaoh gila. Dan,memang ramai giler lah manusia. Dah macam semot aku tengok.Paling tak cun, kitorang kene duduk bawah pokok dengan mat indon yang lain sebab no seat yang kosong kat mapley tu. So tengok screen dari jaoh je lah.Tapi tak kisah lah. Yang penting dapat tengok Zinedine Zinedane dengan clear time tu selain dapat lepak dengan dorang sebab itu adalah farewell moment dengan Fadh dan Aroi (esoknya mereka terpaksa pindah ke UiTM Perak before they have to quit).
That was our last moment after going through so many tears and happiness together for 2 years.Sedih jugak sebab dorang sebahagian dari team aku terutama masa tengah gila bikin filem untuk studio dulu. Banyak lagi kenangan. Tapi yang menyentoh hati masa di Bukit Fraser di mana Fadh yang memimpin aku masa perjalanan pulang dari waterfall yang sejaoh 10km dari tempat penginapan. Touching sekejap noks.Haha.
Itu lah memori yang aku ter reflect bila World Cup kembali menjengah, remind me tentang kawan-kawan baik yang sudah jaoh dari mata. But always in HEART.
Jadi, kenangan World Cup kamu, apa pulak?

Jun 3, 2010

carotan.

Aku macam pelik dengan diri aku sekarang ni.Bertukar menjadi hot dan cantikk macam Natasya Hudson tidaklah.Tapi aku cepat homesick sekarang.Keluar hang out dengan kawan-kawan, tapi dalam kepala dok teringat environment rumah.Itu normalkah bagi mereka yang sudah nak berubah ke fasa mak-mak ke atao sebab aku dah lama sangat memerap kat rumah? Aku rasa sebab pertama masih tak relevan sebab jiwa aku still rock.Haha.

Minggu lepas, aku pergi ke majlis pertunangan kawan baik.Kalao bukan kawan baik aku yang bertunang, series, aku buat-buat sibok, malas nak berada dalam suasana sebegitu.Alah u ol. Perempuan.Biasalah.Dengar sikit intro lagu Selamat Pengantin Baru pon dah mula merenyam nak berlaki.Haha.


Petang tadi layan lagu Gerhana Ska Cinta.Mimpi.Oh, ini antara lagu yang ada sense of nostalgic dalam hidop aku.I mean, di UiTM dulu.Lagu ni lah yang aku mula simpan dalam mp3 yang aku beli di Low yatt hasil pinjaman duit PTPTN, lagu ni juga yang aku mula dengar dalam ruang litup studio, masa semester 1 tahon 2004. Si pembawa lagu ni adalah mereka yang telah menjadi kawan baik aku sampai sekarang, walao sudah putus kehidupan kitorang dari dunia studio dulu yang penoh warna-warni dulu.



Zaman studio macam gampang kalao orang lain tak biasa.Mungkin sedikit tak elok dari pandangan mata.Ironinya, itulah studio. Seperti aku yang masa tidor seorang. Bila paginya bangon, 3 4 lagi manusia kaom Adam tidor lena berdekatan. Aku tak rasa ngeri tapi ada rasa secure.Sebab rasa macam tidor dengan adik-beradik sendiri.Itu beza mereka dengan kawan luar studio aku.Memori kami terlalu sarat, dengan macam-macam situasi yang orang lain tak alami termasoklah insiden kawan baik kitorang yang sanggup menghirup kuah kari roti canai sebab terlalu lapar dan depressed dengan tuntutan submission.Haha.Damn.Gila rindu zaman belajar.
UiTM.Sayonara.(kredit untuk Aiman kesayangan saya kerana mengambil gambar saya.)


Antara rakan studio yang sempat jumpa 2 minggu lepas.Chill.


Ini cerita aku dengan masyarakat lain pula, masyarakat yang aku kira sudah matang tapi still takde otak.Mulut bao longkang dan penoh hipokrasi. Aku tengok mereka, bini orang dan laki orang bersosial tidak mengapa.Tapi orang muda yang single macam aku sudah nampak tidak manis lagi kalo dilihat bertukar-tukar nombor telefon atao keluar ambil angin bersama. Pelik tapi benar.

Tak tahu apa nak mencarot dah.Bila ada masa, takde apa nak cakap kat sini.Bila masa takde langsong, banyak pulak yang dibebel dalam kepala.

Selamat malam Malaysia.dan kekasih-kekasih hatiku.