Jul 31, 2011

Ramadhan alMubarak.Datang nya dinanti.pergi nya dirindui.






Yeah, baru sampai rumah.lepas kerja, aku pulang bersama incik Zahari.Masing-masing cuti 5 hari untuk menyambot Ramadhan alMubarak di rumah bersama pamili tercinta.






Gembira, sangat gembira hari ni.Alhamdullilah.Kedatangan Ramadhan tahon ni rasa lebih bermakna.Tak seperti tahon lalu.Di mana,sehari sebelom 1 Ramadhan aku meninggalkan rumah, pergi menumpang tidor di rumah kawan baik Zabrina di Kuala Lumpur dan esok nya dengan hanya menggalas satu beg travel aku pergi mendaftar kerja di Genting Highlands.Datang dengan satu tekad, untuk mencari duit, sudah tidak kisah perasaan lain yang bercampor adok.






Still remember, petang 30 Syaaban tu rasa berat hati nak tinggalkan rumah.Mama, dalam keadaan beliao yang maseh lemah dengan kimoterapi nya mengemas baju-baju aku.Memberi semangat, secara tak langsung nya.Kemudian menghantar aku ke bus stop dengan anak Along.Saat aku naik bas, anak Along menangis mahu ikot aku.Serius, the situation betul-betol buat aku mahu patah balik.Mama, obviously sebak melihat aku pergi sacrifice demi pamili, tapi we dont have any choice.Just let me go, alone.






Now, genap setahun aku bekerja di sana.Semua nya sudah stabil, alhamdullilah.Dalam masa setahon juga, Allah kurnia kan pertemuan dengan incik Zahari, yang begitu bermakna buat aku.I love him, with my all heart.Meniop semangat aku di saat semua nya sudah rebah ke Bumi ketika itu, sampai saat ini.









Dan tadi, aku ber cerita mengenai ini dengan Incik Zahari ketika dalam perjalanan pulang.Dia senyum.Setiap orang ada masa ups and down nya.Dan Tuhan tu Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang.Semalam kita diuji, hari ni dihadiah nya kemanisan.Itu sahaja balas nya.Kemudian kami sambong layan lagu-lagu Search sepanjang perjalanan ke Utara.Setiap setengah jam, dia merasa leher aku dengan tangannya, takot badan aku panas once change weather.(sebab aku selalu demam bila change weather). I love all the moments along our home journey.Miss u abang.





Gambar curi.Incik Zahari dan mi kari.2 days before fasting, kene makan banyak-banyak.





Doa aku, semoga kedatangan Ramadhan tahon ni akan diberi lebih ruang untuk mendekatkan diri kepada Nya.Tuhan, aku sangat ber syukur dengan perjalanan hidop yang kau sudah tentukan sekarang.Terima kaseh.=)






Assalammualaikum wbt.Selamat ber sahor.



Jul 30, 2011

PMS-perangai macam setan.

Satu perkara yang aku rasa tak suka about period adalah datang nya Gejala Pra Menstruasi (pms) dalam seminggu dua sebelom period ber mula.

Selain rasa diri sangat gemok ketika ini sebab around these days, nafsu makan melebihi daripada nafsu singa, tekanan emosi juga melampau-lampau tinggi nya.And what the worse thing, aku akan melempias kan emosi tu pada lelaki yang di sayangi.If tak abah atao Along di rumah, currently yang paling dekat adalah incik Zahari.

Seperti semalam.

Hanya kerana Incik Zahari ter silap bagi statement, iaitu tak larat nak pergi ke kopitiam makan asam laksa yang aku craving sangat, aku merajuk bagai kes sebesar kes liwat Anuar.For the first time dia text pujuk dan offer pergi the other venue, then call up aku lagi ajak makan laksa yang dia selalu belanja, semua aku refused.Ego, memberontak dan rasa touching over gila. Then bila incik Zahari pergi main badminton, aku still mengada-ngada suruh dia cepat balik.Rasa tak boleh tengok dia spend time dengan kawan-kawan lelaki beliao.I need his attention, kalao boleh sehari suntuk.


Serious, actually on that time its not myself, aku rasa.Aku nak lelaki itu paham.Its not what i want tapi semua tu datang dari perubahan hormon yang not only mengatur sistem reproduksi tapi juga berpengaruh pada bahagian otak yang mempengaruhi emosi dan perasaan (itu yang aku google tadi).

Tapi, kejadian lelaki ni sempurna sifat nya.Mereka di jadikan kontra dengan kita, as perempuan.Berapa banyak aku mengada-ngada, Incik Zahari tetap tenang di sisi.Ikot kan sahaja drama yang aku create.


Masa kerja pagi tadi, after keluar dari wash room, aku msg dia.


"Im period.Patot lah nak marah abang je.Sorry.I miss u"

"I miss u too.Oh, tak dapat lah nak puasa this Monday?Haha."


Macam tu je reply.Kalao aku di tempat dia, mesti aku cakap, oh dah kau dera perasaan aku semalam, merajuk satu hari, ajak pergi makan semua taknak, mudah je cakap sorry.Haha.But he is a man, begitu lah kejadian mereka.




Hari ni rasa nak marah lagi dengan dia sebab semalam tak nak temankan aku pergi kopitiam, tapi hari ni bila kawan-kawan laki dia ajak keluar, laju jeh.



Tolong, i hate PMS.

Jul 28, 2011

Hari ini.


3 petang.


Baru pulang dari kerja.Penat.Cuaca di luar berkabos.Sunggoh sejuk. So aku just ber hibernasi di atas katil melegakan pinggang dan kaki, sambil bancoh Vico panas.Kemudian, layan Colplay-Yellow.Therapeutic.



Malam ni Malaysia vs Singapore.Aku tak turun KL even balik kerja awal sebab esok morning shift.Nanti penat, less energy bila kerja.Adik dan cousin, Nurul ajak pergi sekali ke Bukit Jalil, tapi malas.Lepak makan sambil tengok bola dengan Incik Zahari, lagi seronok =P Hari ni siapa will take over keeper position eh? Haha.


Malam semalam, sebelom tidor, aku bergayut dengan seorang rakan baik dari diploma dulu.Dia antara kawan yang boleh aku panggil sahabat sebab even dia macam biskot, kejap takde kejap ade, tapi anytime dia ada untuk aku, begitu juga dengan aku untuk dia.Tak semua yang ada di sekeliling, aku boleh ber cerita A to Z. But dengan dia, aku boleh ber borak panjang without boundries. Cuma semalam kredit tak cukup, deeper conversation tak lah lama sangat.Untuk Eti, takziah di atas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah.I know now dia dalam keadaan not stable.Maybe i just can do nothing, but sekurang-kurang nya bila aku ada dengan dia time ni, dapat memberi ruang untuk dia all out what she feel inside.Dear, i really rindu masa-masa susah kita di UiTM.Bulan puasa takde duit nak pergi pasar Ramadhan.Hanya makan di dewan makan kolej Anggerik setiap kali bukak puasa dan ber sahor.Time tu serius rasa slim.Haha.



Tak tahu nak tulis apa.Mata sleepy.Permisi.

Jul 24, 2011

I rasa macam Lisa Suriani menang award



" You are among the the top nominees for the Employee of The Month-June 2011 under the Hotel Category.The Management invites you to attend the Award Presentation Ceremony on 28 July 2011."








Hari ni, bos aku bagi invitation card.Dia kata, aku Employee of The Month untuk department aku dan antara top calon bagi kategori hotel untuk 5 hotel yang ada di sini.Aku cakap, yeke? Kenapa aku?Haha.



Serius, rasa bangga sendiri.





At least beri kepuasan untuk momentum kerja aku yang hampir genap setahon di sini pada 11 Ogos nanti.This award, sekurang-kurang nya beri sedikit inspirasi dan as a witness, yang aku tak main-main bila kerja.







The first person yang aku cari mengenai berita gembira ini adalah abah.Then Incik Zahari.Mama sedang dalam trip entrepreneurship nya di kelantan, so i dont think mahu kacao.heh.





Lepas ni mungkin lagi inspired nak pergi kerja walaopon guest mostly macam gampang.Haha.







Jul 21, 2011

Selamat hari lahir, sayang

22 Julai, hari lahir aku.

Pukul 11 baru habis kerja malam tadi.Penat.

Banyak msg dari kawan-kawan dan pamili yang hit my inbox last night.Thank u so much, hanya sempat reply masa bangon tidor pukul 11 pagi tadi.Haha.



For my birthday, aku mahu ber terima kaseh pada mama yang struggle melahirkan aku yang berat almost 4 kg ketika itu, kata mama.Semoga mama teros tabah melalui hari beliao, kerana tanpa nya aku mati.*background lagu Tanpa-Sixthsense.Not forgetting, abah juga.Dari kanak-kanak sampai aku dah se hot har ini, maseh tak henti nak being protective untuk anak perempuan dia seorang ni.Thats what we called abah.*teringat cerita Papadom.


Untuk semua kawan-kawan dan pamili friends yang wish aku di Fb, thank u juga.Jaoh di mata, dekat di hati.xoxo.




Untuk Incik zahari yang ada di sini di sisi aku, thank u so much sebab always tenang melayan aku yang kejap ok, kejap dah nak merajuk.Haha.I dont want anything, hanya mahu kamu ada di sebelah di masa ketawa dan menangis saya.Itu lebih ber nilai, at all.Suka bila kamu memelok saya erat semalam.Therapeutic.



Dah macam menang award.Satu-satu ucapan keluar.haha.

Ok, mahu back to work.Bye.

Jul 20, 2011

Single Men & Women









Semalam, waktu yang paling best dalam hari-hari kerja aku.



Pulang dari kerja, take shower, kemudian menonton dvd yang Incik Zahari beli kan-Single Men & Women, sambil makan keropok Twisties perisa tomato.Thank u abang.




Single Men & Women-dvd from abang.



Si arkitek yang sweet-siap masakkan fav meal si gadis di studio ofis dia.



Si boss yang handsome gila.Kalao aku pon mungkin ter pilih dia dahulu.Haha.




Story tu pasal triangle love.Seorang gadis yang baru lepas break off dengan bf dia, bertemu dengan 2 orang jejaka dalam satu masa.Satu adalah bos dia yang charming dan playboy, satu lagi adalah arkitek yang biasa tapi sangat setia.That girl in love dengan bos dia, dan actually her boss juga cinta kan dia tapi bos dia tak tahu how to grab peluang yang ada plus dengan perangai dia yang playboy tu buat gadis itu sentiasa fed up walaopon cintan gila.At last, gadis itu beralih arah ke arkitek yang cool dan yang maseh setia menunggu dia even after 3 years ter lost contact.Haih, cerita macam ada bau-bau bacang cerita aku.Tang mana? Entah.haha.






Cerita ni romantik komedi.Its my genre, jadi mesti lah aku suka.HiHi.





Dalam around 10.30 malam, Incik Zahari pulang dar kerja.We cooked maggi plus kicap and sos, jadi sedap, then makan together dalam kedinginan kabos.








Tak selalu dapat spend masa ber sama begini sebab kerja killing our time together.Tapi last night was awesome.


=)



Jul 18, 2011

kerja kerja kerja

Balik kerja tadi pergi lepak di McD dengan Duty Manager aku dan kekaseh dia, yang juga kawan baik aku.Sekarang kerja, makin enjoy.Sebabnya, hubungan dengan klik kerja makin erat.Baik dengan junior, senior, atao Manager.Bangon tidor rasa cam tak sabar nak pergi kerja, jumpa mereka.Betol.










Kerja dalam line customer service macam aku ni memang akan rasa challenge sebab berhadapan dengan perangai manusia yang kadang kala bangang dan bodoh sombong, tapi bila working environment membantu emosi dan kecekalan, semua nya jadi stabil semula.Aku semakin adapt.Susah untuk aku kembali ke dunia yang aku involved selama 5 tahon di universiti dulu, even sometime aku rasa too far dari kawan-kawan sebab tak duduk satu baris dengan mereka yang mostly nya sudah berjaya dalam bidang architecture.People change, itu sahaja jawapan yang aku boleh beri if ada yang banyak bunyik tentang dunia kerja aku sekarang.















So far, aku senang di sini.Enjoy meeting people, itu satu dari nya.Kemudian sudah duduk di kerusi seniur, mula menjadi tutor kepada juniur tentang cashiering dan money transaction, tentang hotel management di mana memegang prinsip, not customer always right but we bringing up the customer.Semua nya kene courtesy, sampai influence karakter aku di luar juga. Benda paling ketara, dalam daily communication dengan orang di sekeliling, sometime like sudah tidak tahu ber bahasa Ibonda sendiri sebab kerja 8 jam hanya ber bahasa London.Sungguh, rasa macam duduk di Melbourne tambah dengan weather nya begini.















So far, memang enjoy di sini.No wall between us.Kau dan manager boleh duduk satu meja, layan nasi kukus ikan talipia bersama, ber sembang apa sahaja.Semua maseh muda, team pro aktif dan tiada istilah makcik-makcik yang tahu datang kerja ambil tahu hal orang selain bawak katalog pinggan mangkuk.




















Mama abah.Terima kaseh kerana maseh memahami jiwa anakmu yang gila ni.Selalu buat keputusan entah apa-apa, but at least im happy with my own way.





Jul 17, 2011

dia

Seronok memerhati gelagat orang ber cinta.Tadi melihat album yang di create oleh cousin dan gadis nya sempena anniversary percintaan mereka yang kedua.Happy for them.Dan that album sweet.Si gadis put all their photos since they met for the first time until the relationship growing up till present day.


Kemudian baca komen sepupu seorang lagi dengan gadis nya di FB.Obviously sedang merindu each others.Begitu juga dengan si kakak yang memberi post sedang merindui si kekaseh hati, tak dapat jumpa si tuan badan, dapat stomack mafla si dia pon jadi.Haha.


Adik aku pulak post lagu Rindu Padanya by camelia, untuk si dia yang juga dirindui.Sudah lama tak jumpa.





Setiap hubungan lain cara growing up nya.Sometime aku rasa orang muda ber cinta lebih nampak indah dan sweet.Tangkap gambar berdua guna handphone di tangan sambil buat muka comel, keluar pakai baju warna sedondon, post i love u directly to the wall, dan macam-macam.Haha.



Aku dan incik Zahari rasa nya tak banyak benda sweet secara tangible boleh dikongsi kan.Sometime aku akan rasa jealous sebab mahu like others. But when you are engaged to someone with age above 30, kau akan rasa lain the way they express their care and love, i tell u.



No wonder Elyana married to his husband yang tua banyak tahon dari usia dia.Heh.

Jul 14, 2011

Jumaat

2.46pm.

Bangon untuk sembahyang Zohor.Hari ni maseh lagi berpuasa, so tidor tak lena sangat sebab kepala ter bayang-bayang nak makan apa buka hari ni.Haha.

Now, tengah buat kira-kira untuk belanjawan bulan ni.Bayar broadband, bagi duit untuk belanja mama dan abah di rumah, nak bayar loan kawan (masa tengah sesak di tengah bulan, heh),then nak beli barang keperluan sendiri lagi, dan bil lain-lain.Dulu masa mula-mula kerja aku boros jugak, tapi mama selalu remind jangan lupa buat kira-kira every month.Duit kita tao ke mana terbang, at least, kata mama.Incik Zahari juga always ajar aku ber sederhana even aku memang dari dulu tak ber lebih-lebih.Dia just ajar how to minimize the spends.



Petang ni nak keluar sekejap.Incik Zahari kata keluar dengan dia nanti, jangan keluar sorang-sorang takde haluan, tapi kalao nak tunggu dia, esok lusa tulat tonggeng (ayat opah) pon belom tentu keluar sebab dia very homely person.Jarang nak keluar hang out.Aku bukan nak hang out pon, just nak window shopping, observe orang, heh.



Hurm, menaip sambil dengar lagu One Sweet Day- Boys ll Men ft Mariah Carey.Sangat sangat sangat suka lagu ni.Sorry lah, jiwa aku lebih suka lagu-lagu ballads Inggeris yang lama.Jangan di tanya aku lagu-lagu Inggeris yang the latest.Tak kena dengan jiwa.Haha.Dituju untuk my sweetheart yang sedang tidor di bilik, petang nanti temankan saya buka puasa ok.




Chow.Nak pergi window shopping dan bayar bil.

Jul 12, 2011

Gol dan gincu

2.55 pagi.

Baru balik mamak makan megi sup panas.Bersahur dengan gadis-gadis hot saya.

Tiba-tiba Incik Zahari muncol dengan kawan-kawan kerja beliao.Dia tanya buat apa kat mamak pagi-pagi ni? Keluar dah lewat tak bagitao dia.

Kami ambik masa yang ada untuk ber bincang semula masalah kami.Dia cakap masalah aku, bukan dia.Aku yang too emosional.Aku cakap tak, masalah berpunca dari dia.Diam.Then he explained everything.






Yup, komunikasi dalam hubungan satu benda yang penting.I let him know why im hurt and so on.Dia tak memujuk aku, never, tapi meredakan perasaan aku sampai sudah takde apa yang ter beban di kepala lagi.



But ego dia, still ada.Typical man.Dia tak menampakkan yang dia susah hati bila aku merajuk tapi muka dia yang terok obviously kelihatan di luar.Aku tanya why muka dia nampak macam sakit?He just said, nothing.








I miss u Incik Zahari, sungguh aku lupa cakap tadi.

Kasot tumit tinggi


Hari ni ganti puasa.Seronok ber puasa di sini.Cold weather, macam ber puasa ketika di musim sejuk Melbourne.Kemudian kerja pulak sibok sangat, tak sedar dah pukul 7 petang. Apalagi, meredah kabos ke mamak seorang diri untuk beli nasi goreng ikan masin.Heh.



Tadi beli biskot Tigerkuat kegemaran abah.Malam-malam sambil online makan biskot cecah Vico 3 in 1 yang mama beli kan, mesti teringat mama dan abah.Rindu nak tidor dengan mama dan abah setiap malam.Huuu.



Aku maseh mengambil masa untuk kelukaan kali ni.Tadi, at last aku msg abang-Incik Zahari.Ayat tak panjang ber ela-ela, tapi i hope he will get the point.Memang rasa kosong tanpa dia dengan aku, tapi hati sendiri is priority, so far.



Solat Isyak tadi, lama aku duduk berteleku.Aku harap aku tiada dosa dengan orang disekeliling.Semasa kerja, aku sentiasa ingatkan diri sendiri supaya tidak menjadi telefon karat antara rakan kerja walaopon masing-masing datang kepada aku dengan cerita tersendiri. Itu satu tips kalao kau nak orang senangi kau di mana-mana.Buat hal sendiri tapi get friendly dengan semua. Then, dengan kawan-kawan, rasa nya bila dah jaoh ni, apa lah yang aku boleh kacao hati kamu? Harap semua nya ok.Aku sibok kerja, mengumpul aset diri sedikit demi sedikit, ada masa kita bergelak ketawa ramai-ramai seperti masa muda yang chill dulu ok.



Takde apa nak cakap.Mata dah ngantuk.Assalammualaikum.




Jul 11, 2011

u wet my sponge

Incik Zahari make a call tadi.
Aku answer tapi tak sampai 5 saat cakap, aku say bye.


Words,
can hurt you more than a punch on your face.
it can stab you deeper than a sword.
and can burn you hotter than any fire in the world.




Kalao hati still there, mungkin kita akan ketawa dan susah bersama-sama lagi.
If tak, diam adalah lebih baik.

Jul 10, 2011

Tears please go away

Aku heart broken hari ni, for something yang aku rasa tak worth nak menangis.Dah biasa heart broken, dah biasa diperlakukan begini (oh ayat), then aku jadi tegar.Hati dah freeze even luluh.


I remind myself- tarek nafas dalam-dalam, bagi masa kepada diri sendiri dalam sejam untuk menanges di dalam shower (pasang air kuat-kuat) kemudian duduk atas katil, built up back your inner strength.


Itu aku buat tadi. dengan satu kata dalam hati.


I cant change you, nobody can change you, unless u really want to change.i just hope you'll change one day, or you'll lose everything you said you care.






Thank u Zabrina Ezura dan NoorHanis kerana selalu ada mengesat air mata yang drain away.I love u girls.



Jul 7, 2011

Menulis ketika sakit perot akibat makan sambal banyak sangat.

1.Yesterday was therapeutic.Dapat jerit tengok bola di stadiom, sampai abang-abang hensem di kiri dan kanan ter senyum tengok aku dan adik-adik yang hyper active dan ber semangat wajar menonton bola.Siap ber diri dan berjoget.Sasau.Semalam ada a girl join aku dan adik-adik juga.Tapi pasif, tengok bola takde perasaan.Aku tanya dia, belajar apa? Dia kata belajar kat MasterSkill, sekarang practical nurse.Oh, patot lah kau lembot dan ber sopan santun, tak macam aku dan adik-adik yang daring.Haha.




2.I miss so much Incik Zahari right now.I miss talking with him and the stupid things we talked.Because that is what we are really good at.Dia suka kacao aku kalao aku tengah diam membaca, tengah sedap makan, tengah leka melihat sekeliling.Ayat feveret dia "hidong sayang kemek la." Then aku keep silent.Dia pujuk balik.Itu lah drama hari-hari.Bila cuti ni, aku rasa miss our habits.Hikk.




3.Esok nak balik.Sabtu dah back to work.Cuti ni hari-hari tidor dengan mama, abah dan adik di ruang tamu.Dah lama tak rasa macam budak-budak.Hik.Actually, selagi boleh aku nak dekat dengan abah dan mama.Taknak berenggang dengan mereka.Cuti ni habiskan masa di rumah sahaja dengan pamili.Sebab aku takot hilang these precious moment ni sebelom aku bersedia.Tuhan, berikan kesihatan dan kehidupan yang sejahtera buat abah dan mama dan juga semua yang aku sayang dalam hati ni.Doa aku setiap hari.




4.Aku stalk FB dia.Dah lama tao tak stalking sebab aku dah almost lupa kan dia since aku sudah ada kehidupan baru ni.Bila ter jumpa balik semalam, baru rasa nak stalking, again.Haha.Oh, wife dia pregnant already.Aku doakan semua nya ok.Melihat dia happy, aku happy jugak.Dulu ya, aku menangis di dalam shower di bawah air yang sengaja dipasang laju bila tahu jodoh tidak menyebelahi cinta aku.But currently, mind dah built up already. Who knows jodoh aku lebih baik dari ciptaan dia.Untuk wife dia, aku tahu perasaan dia satu masa dulu.Aku tak salah kan dia bila upset dan me maki aku but i just dissapointed the way dia menyelesaikan masalah yang ada between kami.Ok, let it be.Semua sudah keep in my library.just looking forward.Tapi tak salah kan if sekali-sekala aku reverse back the time.Alyah-tak mungkin kerna sayang.




5.Sekarang ni, yang ada dalam kepala aku setiap hari adalah nak upgrade kualiti diri.Baik dari segi performance kerja, hubungan sesama surrounded people, juga nak improve own appearance yang nak more kepada gadis yang matang selain having silence life.Aku tak kacau kau, jangan lah kacau aku babe, boleh?




6.This is one thing yang aku dah lama perasan pasal diri aku.Lately ni, aku memang pandang sebelah mata sahaja budak-budak muda yang baru nak kenal kehidupan.Pandang sebelah mata, dalam konteks yang aku maksud kan bukan lah pandang dengan sinis, tapi mungkin pandangan aku tak sempurna pada kelompok ini.Bila ada yang mahu ber kenalan, aku senyum sahaja.Perjalanan kau panjang lagi, banyak lagi hari penoh ranjau yang kau belom lalui, banyak lagi tanggungjawab yang kau belom penuhi. Emosi kau jugak mungkin belom enough stabil jadi bagaimana kau mampu menampong emosi aku juga kemudian nya? Im too tired of dissappointing.Aku ada expectation aku sendiri pada sebuah hubungan dan komitmen.Kalao kau mahu berdua tapi sebenar nya belom enough ready ber kongsi dua jiwa, just forget untuk sebuah hubungan.Nasihat aku untuk adik-adik.






7. Bulan Ramadhan ni nanti, aku ingat nak ber sahor dengan yogurt sahaja.Since baca blog Hanis Zalikha yang comel mengenai yogurt, aku teros cakap pada Incik Zahari aku nak beli yogurt banyak-banyak nanti.Keep in freeze, not only untuk diet, tapi untuk penghadaman.Yogurt ada inulin.Kalao ada inulin dalam perot, senang bakteria baik untuk membiak dan lancar penghadaman.So mesti aku kerap ke toilet nanti kalao bakteria tu dah working out.Sekarang ni risao sebab penghadaman aku tak berapa nak baik sangat-kes malas minom air masak dengan banyak.




8.Tak sabar pulak nak balik bilik aku di Genting Highlands.Rindu ruang tidor saya yang comel dan sweet.Benda yang aku kesal sangat ialah bila aku misplace tisu note yang Incik Zahari pernah bagi aku last months ago.Bukan senang dia nak ber romantik seperti tu.Sebab dia bajet dia John Travolta yang less romantic.








Jul 6, 2011

after 3 years...

I cant sleep, at this moment.Mungkin gembira, atao selebihnya speechless.






Hari ni aku pergi menonton bola Super League Perak vs Selangor, bersama adik, Pidot dan cousin, Nurul (ladies day out).Pada mula nya aku tak mahu pergi sebab period pain satu hari but tak mahu hampa kan adik-adikku yang excited nak tengok bola.






Masok sahaja ke dalam stadiom, apabila ternampak beliao sedang training di pintu gawang, aku rasa darah di seluruh badan aku freeze.Dan aku sendiri kaku.






This is our first meet, after 3 years we have been apart, after 3 years we end up our story that almost turn to 10 years on that time, after 3 years i just having my silence life without him.Mata sumpah dah ber kaca masa mengambil tempat.






Aku dan adik-adik duduk di seat betul-betul opposite to pintu gawang yang dia dia sedang berdiri ketika itu untuk warm up sebelom memulakan game.Aku hanya memandang dari jaoh.Tak lepas even sesaat.Rindu ke aku pada dia?Soalan senang yang susah nak dijawab.






Leka ber monolog, suddenly, bola ter keluar dari padang dan betul-betul ter jatuh berdekatan dengan area seat aku.Dan dia keluar mengambil nya.Oh my God! Suratan atao kebetulan-Kenny, Remy dan Martin.






Hati aku mula mendesak, feel like want to scream out his name.Ketika itu, penyokong yang ada sudah memanggil nama dia.Tapi dia maseh mengejar bola.I dunno, dari mana datang nya force, aku jerit nama dia, at last.










"Nasril!!!" Kuat, bagaikan melepas sesuatu yang aku simpan since last 3 years.






Dia teros mencari suara aku.Dan tepat, mata kami bersatu.Mungkin masing-masing unexpected akan jumpa balik dalam situasi begini selepas jenoh ber drama telenovela dulu.Aku hanya mampu melambai tangan.Dan kemudian dia turut melambai kembali dan melontar senyuman.Aku tersenyum dan menahan butiran jernih yang rasa mahu drain away.






Kemudian dia kembali ber lari ke padang.Selepas satu stadiom menyanyikan lagu Negaraku, dia masok ke posisi nya semula, juga masih berhadapan dengan seat aku.Dia memandang ke arah aku,again. Mata kami bertaut dan hanya mem balas lambaian, again.
























Cerita kami sudah lama habis.












Tapi malam ni, aku tahu, walao ruang nya nya di hati aku sudah di ambil alih, tapi monumen nya maseh tinggal.Tak pernah hilang jejak.















Sepanjang game ber langsong tadi, aku reverse balik the first moment kami ber kenalan di dalam kelas ketika di Sekolah Sukan Bukit Jalil.28 Januari 1999.















"Nama aku Nasril.Hang nama pa?"
"Affni"


"Macam nama kawan aku kat Perlih dulu."


"Kau main apa?"


"Aku main bola.Goalkeeper.Dalam banyak-banyak orang yang pergi selection position keeper, aku je yang terpilih masok sini, hang tao tak?"












Ketika itu, sumpah aku annoying gila dengan bahasa Utara dia yang pekat, selain ayat perkenalan dia yang bagaikan mengangkat bakul sendiri, tapi aku tak tahu, dia jugak lah the first person yang ajar aku bagaimana rasa nya denyut rindu, cinta, benci, dan segala nya dalam hati.















Honestly, aku gembira dapat ber temu dia kembali malam ni, walao hanya dapat ber balas pandangan tanpa apa-apa conversation.Itu yang lebih baik, aku kira. Dah penat untuk back to past yang penoh drama.


















Aku harap, jaoh di sudut hati dia, turut merasa gembira di atas pertemuan tadi, seperti yang aku sedang rasa.



......................

Jul 4, 2011

Am i look like Sazzy Falak?Haha.

Hari ni sempat pick up kain ela untuk buat baju raya.Aku beli kain yang orang selalu tempah untuk majlis bertunang tu.Taklah lip lap lip lap, tapi jenis old school dan texture timbol.Memang cantik, harga pon cantik.4 meter tadi dekat rm100 jugak.Wu.


Nanti nak tempah buat baju kurung moden.Jenis size badan aku ni, aku rasa sesuai buat baju either baju kurung moden atao kebaya pendek.Beri efek visual lebih slim dan tinggi.Haha.


Oh, abang Jat komen di bawah, apa tema warna raya tahon ni?My pamili choose warna coklat.So baju aku beli warna puteh jarang, dipadankan dengan kain glamorous kilat kaler coklat keperangan.Aku suka ada touch of classic di situ.Actually, gaya ni aku inspired dari satu baju yang Sazzy Falak pakai dalam satu drama lama-lama.Cantik.


Abang cakap mesti hot raya ni.Haha.


Tadi beliao msg.


"Abang tengah makan meggi goreng.Tapi tak sedap sebab sayang takde"Senyum lebar baca text dia yang manis itu.Susah nak get ayat dia yang sweet begitu sebab daily ayat dia lebih kepada bebelan dia.Ada sahaja benda yang tak kena pada mata dia.


Semalam dia bebel, aku asyik ber facebook sampai larut malam.Dan, disebabkan aku pms, dari hal facebook dah jadi point nak gadoh (aku lah yang ngada-ngada take serios.)Tapi dah okey sebab dia call tengahari tadi.Tak boleh lah ber issue lama-lama.Rindu bring us back together.


Indah nya bila berjauhan.

Jul 3, 2011

Happy birthday mama.


Semalam aku sampai rumah around 7 petang.Semua sepupu-sepupu sedang ber kumpul di rumah opah.Hui,best gila.The best part yang selalu aku tunggu, ini lah.Pamili gathering!


Kebetulan, ada siaran langsong Malaysia vs Taiwan di RTM, so semua lepak makan sambil bersorak tengok bola.Heaven.


Opah masak rendang kuning ayam, ikan masin caru masak sambal, ikan rebos goreng colek sambal bacang, makan dengan keropok ikan sekali.Peh, makan 2 pinggan semua.Sampai ter lupa Mahgrib ter masok opah.Isk isk.Haha.


Hari ni birthday mama.




Happy birthday mama.We love u.



Petang ni buat makan-makan, again sebab kebetulan semua ada di rumah.Kalao cuti, aku prefer spend masa begini bersama pamili sebab aku hanya ada masa seminggu sahaja dalam sebulan untuk dekat dengan mereka.Kata opah, hati dia riang gembira kalao anak-anak, cucu-cucu dan cicit dia ada depan mata.Dia penat masak sikit pon tak kisah.(Dari kecik sampai dah besor panjang nak jugak opah masakkan, bebel abah).Haha.


Hurm, ok.Nak bersiap sebentar.Nak keluar hang out dengan mama cari sandals dan kain pasang untuk raya =)

Jul 2, 2011

Sabtu

Hari ni perform morning cashier.Datang kerja, sistem GHPMS dah down.Macam taik jek aku rasa.Baru je semangat nak buat kerja.Dengan shift audit budak night shift tak close lagi, bilik-bilik tak di extend lagi, duit-duit tak dipos lagi, arggggh, serabot.


Tapi, aku tarik nafas dalam-dalam, as what abah always said, then aku set dalam mind which task yang aku kene settle satu-satu.Bila sistem dah ok, semuanya ok jugak.Heh.


Hari ni balik kerja awal.Pukul 3 petang dah cabot pergi shopping.Ingat nak pergi cari sandals untuk mama (for her birthday gift on this 4th June) sebab mama kata dia nak sandals.Senang dia nak ber gerak kata nya sebab mama dah tak boleh pakai kasot yang ada tumit, lenguh lutut.Tapi aku tak find satu sandals pon yang kene dengan mata dan taste aku.Mama dengan aku, selain siza, taste kami jugak sama.Tak mahu bling-bling macam keling,tak mahu yang ada flora-flora ke apa ke.Just plain, simple but comfort.so, bila dah tak jumpa tu, nampak gaya nya kene bawak mama sendiri nanti cari sandals.


Then, aku sempat pick up 2 tshirt di SEEDS outlet.Aku memang selalu beli tshirt kat SEEDS, sebab design dia kene dengan taste dan tak heavy.Selain tu, aku banyak suka bahu-baju di COTTON ON, more to sweet design tapi rasa nya nak beli kat downtown, harga rendah sikit.Hik.


Masa shopping, msg-msg dengan abang.Haha, rasa macam budak-budak bila ber msg-msg sebab kami tak selalu msg.Hari-hari kerja, balik dah penat, then abang not the type yang suka msg.He prefer make a call, senang kata nya, then tak mis understanding.(haha, perli aku lah tu).


Habis shopping , pergi laundry baju sebab esok nak balik hometown.Wee, cuti 5 hari.Nak balik manja-manja dengan masakan mama.Heh.


Now, 9.28 pm already.Mata sungguh mengantok plus badan sangat penat.Abang call, cakap dia masak malam ni kat rumah.Feveret dia, daging masak kicap.Rasa lapar pulak, haih.Dia suruh tidor awal sebab satu hari tak rest since bangon awal pagi tadi.


Okey.



Good night sweethearts.

Jul 1, 2011

selamat malam

1.Hari terasa sangat panjang hari ni.Datang kerja pon dengan mood yang quite gloomy.Mungkin sebab dah 2 hari abang not around, beliao pulang bercuti di Taiping.Rasa masa yang dilalui tak selaju jarum jam.


2.Kerja penat, as usual.Msg abah cakap penat.(saja nak mengada-ngada).Then abah reply, kerja memang lah begitu.Macam tu lah abah dan mama, working hard dulu siang malam untuk nak membesarkan anak-anak.Yes, abah.


3.Rindu abang, badly.Rindu dengan bebelan dia yang macam mak nenek.Pukul 10 malam, dia give a call.Rasa macam nak cakap banyak-banyak semua benda yang aku buat satu hari ni kat dia.I miss u, cepat balik.The last word i said to him.Macam kids kan?


4.Tak sempat nak habiskan ayat sampai no.5 sebab mata dah sleepy sangat ni.Selamat malam Malaysia.