Aug 31, 2009

satu hari nanti.

Tadi, masa di studio, masa semua orang tak dok diam, pikir pasal design concept, cerita mengenai Merdeka, gebang tentang boifren nak masuk minang, aku hanya duduk di meja sendiri sambil melukih katon aku. As usual lah.

Cerita pasal karton ni, actually one of my ambitious is menjadi kartunis. Masa high school dulu, aku giler melukeh katon. Selalunye masa kelas Fizik. Because i hate so much that subject. Mase cikgu ajar bab momentum, kan ade touch pasal kadar momentum kereta dalam satu jarak~ Owh, serius tak ingat formulanya. Tapi, yang aku ingat sampai sekarang, aku boleh lukeh kereta turon bukit tapi ade raksasa tahan. Pastu aku siap lukeh ade otomen datang nak selamatkan the driver.So cute kan? Haha.

So, by the strokes of lines, I expressed myself.Terpulang bagaimana orang lain nak interpriate aku time tu macammane.Sebab, manusia takde yang sama speseli dari segi perception dan juga imagination. Cerita pasal imagination ni, aku suka.Enjoy doing that by myself. Aku takleh lupa masa rehat dalam kelas Epsilon dulu. Girls, please recall that.Yang sorang ni nak buang botol air mineral kat dalam tong sampah. But, aku cakap no. I jez suggested, why not kalo letak satu cebiasan kertas, wrote something sweet kepada mereka yang ditujui di kelas sebelah, then put the paper in the bottle. Maka, selepas itu golekkan botol tu dan berdoa muge on that time si dia yang diadmire keluar kelas dan mengambil botol itu lalu jatuh cinta kepada yang membuatnye :) Maka, berputiklah cinta samapi akhir hayat~ Fairy tales sangat idea aku time tu. Masa aku habis cerita tu,geng aku dah maki hamun sebab jiwang giler. Hehe. Its me. A very excellent story board maker:)

Kampung Boy Karya Dato' Lat~ great inspiration


Anyway, i love imagination, i love karikatur, i love my story and i dream one day can share all these things with people out there~macam Dato' Lat. So many things nak cerita through karton sendiri. Aku nak cerita pasal zaman budak-budak dulu membesar dengan opah di kampung, comot dan tomboyish, bermain kombat dengan sepupu-sepupu yang semuanya lelaki di kebon getah MakNyah.Then cerita zaman sekolah rendah pulak yang totally not out from the tempurung, cerita high school yang gila bersukan, gila mengumpul jersey Manchester United dan gambar-gambar David Beckams ketika itu, tak berenggang dengan walkman sebab suka berangan dengan musik, then sudah mula belajar iron tudung sekolah dengan betol sebab dah start suka budak lelaki kelas sebelah. Hahaha.Kemudian, cerita zaman kampus as studio-based student yang so meaningful. Bergelumang dengan sdesign yang stress, kehidupan naif di studio, but really enjoy that. Then, masok pula fasa di mana mula masuk kenal dunia politik yang sangat hipokrit. Yes, i admit that. Tapi, aku terpanggil untuk merasai rencahnye.

And....a very precious time dlm hidop aku ialah bilamana aku sudah tahu ape rasenye cinta. Kudus. Its something yang aku nak cerita, kenangan yang sepatutnya dihargai. Kerana ia sweet.

So, i hope one right day soon, aku leh produce satu memorial kartun aku sendiri, to tell the journey of mine :)

InsyaAllah.

Merdekaku Bukan Merdekaku

Malam merdeka.

Nak message rakan-rakan,mungkin masing-masing sedang bersama bf menyambot hari Merdeka.Hurm.

Jadi, duduk tengok TV. Cerita Do Re Mi. Gile Loser.

Teringat design Pasar Seni tak buat lagi. Perot pulak jadi memulas. Bukan sebab banyak makan masa buka tadi tapi sebab menyampah kat keje-keje final sem ni.

Adik msg. Tny, nak kenal dngn abg bf dia tak? (selepas dia tahu aku tidak berskandal dengan sesiapa buat masa ni). Aku cakap bole jugak walaopon time tu tangan aku menaip, tapi hati tengah pikir nak tukar channel mane. Msg itu dusta ok.

Abah dan mama sudah tidor. Orang tua. Biasalah. Jadi, tak payah banyak bunyik kat sini.

Owh, serius. Malam Merdeka ni kosong gile. Dan, aku tak ingat bila malam Merdeka yang ade buat aku rasa bererti.

Sebab semua takde pulangan kenangan yang boleh dimuziumkan.

Aku baca slogan Merdeka yang ke 52.Eh, betolke yang ke-52? 1 malaysia. Pada aku cirit. Nak I Malaysia apa kalo dalam satu parti pon boleh main polis entri. Bangsa yang sama main kejor-kejor sampai tarik rambot masing-masing.Haiyak. Macam budak kecik.

Malam merdeka banyak pikir. Pikir untuk memerdekakan jiwa dari simptom yang menjatuhkan. Entahlah. Buat masa ni idop aku tak konsisten.

* Encik faridzol~ tq for the msg di mlm Merdeka.

Aku cubela nanti construct balik idop aku, ok.



Semuga merdeka aku.Selamat malam Malaysia.

Aug 29, 2009

lelaki keretapi


Hehe.Aku jumpa lelaki bertopeng ini semasa naik train dari KL Sentral ke Kampar Jumaat lepas. I seem adored him. Tanpa sebab. Mybe bila tengok beliao membaca buku Travelog IRAN.Dan nampak beliao membalas msg rakannya hanya menggunakan handphone 3310. Kesederhanaannya buat dia unik. Dan, seperti rasa ingin menegur beliao.


Lalallalalalalalala.


Aug 26, 2009

Cerita raye saye

Baru jek pose, aku dah excited nak raye. Budak-budak kalo nak raye ni, seronok la kot. Tak sabar-sabar nak beraye rumah orang nak kutip duit raye. Pastu, dorang mesti excited nak beli baju raye. Baju raye pulak tu mesti ade baju kurong atao baju melayu pastu ade lak 2 3 baju lain~ baju kasual. Tapi opah aku cakap dulu, baju omputeh. Baju nak pakai gi jalan-jalan hari raya kedua dan ketiga.Hehe.Selain tu, aku rasa budak-budak suke bebeno nak raye sebab nak main bunga api, main kejor-kejor malam-malam sebab semua rumah dah pasang pelita. Wahhhh...tak sabar nak raye.

Tapi, bile da besor ni, takde ape sangat kot yang excited nak beraya ni. Cuma, aku sukakan suasana dekat-dekat nak rayer jek. Pegi mana-mana dengar lagu raye. Rasa ade satu semangat yang datang berkobar-kobar. I don knoe what.

Citer pasal lagu raya ni, banyak jugak lagu yang aku ternanti-nanti nak dengar. Biasanya lagu-lagu evergreen la. Tapi, lagu raya yang paling aku suka, lagu Sanisah Huri ni~ Bersabarlah Sayang.Ade memori sendiri. Masa bulan pose dulu, ade satu drama ni, jap, aku tengah recall tajuk ape, tapi yang berlakon Allahyarham Hani Mohsin dan Sheila Rusly. Lagu ni jadik lagu tema drama tu. Crite tu pasal seorang wanita dan kecurangan suami die yang kawen dengan kawan baik kepada die sendiri. Memang sedih kot drama tu. Bile balik sekolah rakyat jek aku mesti layan cerita tu sampai opah bising sebab pinggan-pinggan tak susun lagi. Waktu buke nak dekat. Duduk ngan opah katakan.Hehe.So, sampai skunk aku suka lagu Sanisah Huri tu. Ingat drama tu, ingat Bulan Ramadhan masa duduk ngan opah kecik-kecik dulu.

Another favorite song is lagu Pulanglah Aisyah. Memang syahdu. Eh, apasal ekh semua lagu raya aku nak lagu sedih jek? hahaha. Baru feel kot.Tapi, lagu ni jugak ada memori sendiri selain AsrolHadi juga meminatinya. Kan Asrol Hadi? Okey, lagu yang lain, lagu Khairil Johari Johar~Sepasang Kurung Biru. Lagu ni lirik dia aku suka. Halos dan menyentoh.

Hurm..itu pasal lagu raye la. Cerita pasal kenangan berhari raye ni, hurm, ada satu kenangan paling sedih masa aku di high school lagi dulu. But sorry, cannot write here. Its more pada hal pamili. Tapi, bila ingat balik kenangan tu, sampai sekarang air mata aku maseh nak menitik. Sangat sedih. Apepon, aku harap it was the last. Cume, yang aku belajar pasal kenangan tu, apa saje dugaan yang menguji dalam pamili kite, don ever putus semangat. Haros saling memberi sokongan.Luv ur pamili, becos u never have anyone that will be close to u as them :)

Hurm, okey. Lain-lain pasla raye tade kot. Aku just suka spend masa rayer depan tv tengok drama sedih Rosyam Nor seisi keluarga sebab time ni mesti ramai-ramai baring depan tv dari yang mude sampaila yang besar, pastu makan kueh raye. Haih. Ni aktiviti yang paling opah aku suka sebab dia paling suka anak, cucu cicit die ade depan mate die. Kalo boleh hari-hari nak camtu.Kitorang selalu cakap kat opah, tak rock ok request opah tu. Takkan nak dok bawah ketiak opah jek. Kitorang kene pegi belajar jaoh-jaoh, pastu dah habis nanti leh cari keje bagos -bagos pastu kumpol duit beli kete, opah gak suka. Bila raya boleh konvoi bawak opah raye ke umah adik-beradik die... Itulah tradisi kitorang.So, if one day aku kawen nanti, aku rasa, kalo kene balik rumah yang belah sana, mybe i'll be missing all these precious time. Jadi, kalo boleh nak dapat jodoh area hometown jek. Senang nak balik kampong masa raye:)

Hurm, itulah cerite raye saye.Hehe.Apepon, raya pada aku adalah masa-masa berharga untuk bersama pamili. Itu lebih bermakna dari yang len. Jadi, tak sabarnye nak sambot raya. Lalallalalallalalala...





Aug 25, 2009

ade keje tapi malas

What have you been doing recently?
♥ design+design+design+missing my Darwish.

Do you ever turn your cell phone off?
♥ jika ade yg mengganggu.

What happened at 10am today?
♥ in the class.borink :P

When did you last cry?
♥ Last Saturday nite.Menonton Cerekarama.

What do you want in your life now?
♥ there are too many to list down here.. hurm lets make it short,
for the time being my main priority is my studies.. so i guess ive
answered it all.

Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
♥ depends.

What's your favourite thing to do on the bed?
♥ dreaming.heh.

What bottoms are you wearing now?
♥ 3 quarter green pants

Whats the nicest things in your inbox?
♥ nothing :(

Do you tend to make the relationship complicated?
♥ i think, yes.haha.

Are you wearing anything borrowed from anyone?
♥ nopes.

What was the last movie you caught?
♥ Setem.

What are you proud of?
♥ proud is not the right word to describe here, but i would say, i appreciate with what i have in my life at the moment :)

What does the oldest text msg in your inbox say?
♥ nth

'What was the last song you sang out loud?
♥ Sempurna.Andra n the backbone.Menyanyi di atas mto.

Do you have any nicknames?
♥ at home pamily je kol Angah.

What does the newest text say?
♥ adela.

What time did you go to bed last night?
♥ 1 in d morning

Are you currently happy?
♥ 50-50.

Who gives you the best advise?
♥ my beloved mum, abah, some close friends.

Do you eat whipped cream straight from the can?
♥ nope la.

Who did you talk on the phone last night?
♥ i was not on the phone with anyone last night.

Is something bugging you know?
♥ yes! u owe some explanations!

Satu pagi di akhir Ramadhan..

Tadi chat dengan Isz dalam Facebook. Aku memaksa beliao menghantar kad ucapan hari raya nanti walaopon beliao cakap rugi duit jek. Lebih baik guna SMS~ satu fenomena yang Tun Mahathir tidak suka kerana SMS membatas nilai tradisional, juga anti-sosial :P

Aku sebenarnya lebih suka jika mengucapkan kegembiraan menyambot Hari Raya melalui kad kerana ertinya lebih terasa.Meaningful. Dan lebih dekat di hati.

Aku jugak dah lama tak buat kad hari raye sendiri. Masa sekolah-sekolah dulu rajinla. Sekarang, masa aku tinggal 2 3 ela jek. Tak banyak untuk dicuri nak buat bende lain selain kerja-kerja design dan skandal. Hahaha.

Kawan-kawan jugak dah takde yang mengirim kad hari raya. Hanya 2 3 sahaja yang maseh berjiwa puitis seperti aku. Terima kaseh ok untuk tanda aingatan tu. InsyaAllah, rasanya tahun ni aku akan kembali berkarya membuat kad Hari Raya sendiri, untuk dipos kepada kawan-kawan terdekat satu Malaysia :)

Tapi, cakap pasal kad Hari Raya, ade something yang menyentoh perasaan jugak. Jez a bit. Sebab raya tahon lepas, semasa aku bersiap nak bertolak pulang ke kampung halaman 2 hari sebelom Hari Raya, aku mendapat satu SMS.

Tentu sahaja dari dia.

At that moment dia baru tiba di Bumi Malaysia dan menghantar SMS ini~ Ada kad hari raya untuk kamu.

Sepanjang pulang ke kampung, aku rasa gembira walaopon sudah lama memaki dia dengan jenoh kerana dia macam biskot Chipsmore.Kejap ada kejap takde.


He wrote this, "Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Semoga kita teros kekal abadi sampai bila-bila........"

..Sadly, its not eternity.And no more kad raye for me this year.






*Hey, jangan sedih la....


















Aug 23, 2009

Serabot









Serabot~lalallalalalallalala...

Aug 21, 2009

tintong

Hari ni malas nak wat keje. Tengah intai-intai peluang nak cari kerja.
Hehe.
Tak sabar ingin menjadi orang dewasa:)

Aug 20, 2009

Hari sebelom pose


Aku ade 2 major problem sekarang.

Satu, aku banyak pikir pasal keje aku. So many things stuck in mind.Malas nak buat tapi i have to. So, itu rasanye boleh diatasi :P

Second, now when i see a cute guy, i just remember that there must be a girl out there who is already sick of him.


So, membuat aku malas untuk melayan cakap opah bila bertanya setiap kali balik, "Angah, bila nak bawak balik 'kawan' ke rumah? (Oh, petang ni aku balik kampung untuk sambut pose di rumah, malam ni mesti opah bertanya gak.)

Bukan apa, after dah 'bosan' sangat menghadap bende yang sama pasal perangai lelaki ni, buat aku rasa 'bosan' jugak nak mulakan hubungan baru. Lelaki di keliling aku sekarang majoriti hanya mereka yang aku kenal semasa high school atao kawan-kawan kuliah yang aku pernah nampak mereka korek bontot bila bosan.

Itu jek.

Sebab aku malas nak serabotkan otak dengan perangai jijik lelaki-lelaki yang baru nak kenal ni.Nanti aku mencarot.

Inipon aku ade nak sound jugak peel certain of them yang tak habes lagi aku nak luahkan. Lagipon esok pose, so better kene tulis hari ni :)

1. Not cool ok when u’re attached to someone, you claimed to be single. Not cool when u’re with someone, you let someone else in (ayat paperh34rt). Macam gampang.

2. If sayang sangat ex tu lagi, disarankan ko jangan mulakan hubungan baru dengan sape-sape la weyy. Bukan tunggul ok nak dengar ko meleleh lagi hal lama yang sampah tu.

3. Ko dah dapat tanggal panties perempuan ko, tak payah nak mengemis perempuan lain punye. Dosa tu biar ingat sikit biar semayang tak penah pon.

4. Kalo desperate nak couple pon, tak perlu kot hari kedua kenal dah nak cerita masa depan perhubungan. Aku pon belom tao nama ko bin apa. Bodo.

Malas nak tulih lagi. Sakit perot...xnnsuusunwwhg2446272728.....

sepi lelaki~from telanjang&tersenyum

sepi lelaki

dua lelaki sepi duduk semeja
meneguk kesunyian
segelas demi segelas,

-ini lebih baik dari minum sendirian-
kata satu dari dua lelaki sepi yang
duduk semeja

lelaki yang lagi satu mengangguk
senyumannya sudah lama hilang
pergi tidak pulang-pulang


* for u guys :P

:P

Berasa gembira hari ini walaopon sakit gigi.

Y?

Adalahhhh....:P

Aug 19, 2009

Monolog yang bodo.

Hurm. Hari ni penin pale, but aku still continue wat keje. Tapi takleh jugak la coz bile gigi sakit, die tangkap pale teros. Nak taknak, aku kene jadi malas kejap. Tidor.

Baru nak lelap mata, aku teringat design concept semua tak buat lagi. Haiyak. Kepala aku jadi makin rasa sakit. Teringat pulak chapter 2 tak siap-siap lagi. Rasa nak mencarot, tapi aku baik. Tak jadi.

Aku sambong je teros tidor. Lantak ko.

Bangon tidor, aku terciom seperti ada orang memasak. Aku kat rumah mama ke ni? Eh, tak. housemate aku masak. masak ayam masak merah. Terbaek. Dengan muka tak malu, aku amek nasi dan ambik ayam 2 ketol. Kawan aku yang masak tu tak makan sebab dia nak tunggu bukak pose dulu. Opsss...aku dah termakan dulu depan dia.Hehe. Aku tak baik. Kurang sopan :P

Tapi, masa petang tadi, masa tengah makan, aku bermonolog sendiri. Aku kalo tengah kacao-bilao memang suka sketch cerita sendiri dalam kepala otak. Ni exercise ok.

Tadi aku dengar lagu ni. Kau Ilhamku- Manbai.Layan do. Baik korang dengar petang-petang tengah redop ni. Pastu aku berangan.....

Malaysia buat konsert Mega sempena bulan kemerdekaan ni.Ade live show kat dalam tv pulak tu.Pastu, aku entah camne boleh muncol kat situ dan naik ke atas stage dan seterosnya merampas mike dari vokalis Kumpulan Estranged yang tengah nyanyi time tu.

Aku pon kebetulan bawak gitar kapok yang aku baru beli tu, dan mulakan musik unplugged.Aku nyanyi lagu Kau Ilhamku.

Tapi, sebelom aku nyanyi, aku wat special dedication jap.Aku cakap, aku nak tujukan lagu ni pada.....................................



***************


Aku tak sempat nak habeskan angan-angan la.Aku nak tambah nasi :P


*tapi aku nak tujukan lagu ni utk semua kwn2 yg nun yg jaoh di sana .selamat berpose..hikhik..


Aug 17, 2009

Nur kasih :)





Aku minat gle Remy Ishak :P


Aku sekarang ni addict kepada drama Nur Kasih, drama bersiri arahan pengarah Khabir Bhatia, setiap hari Jumaat jam 9 malam. Aku rasa semua orang gak kot suka cerita ni. Kawan aku yang kaki indi band pon boleh melentok tak kuar rumah tengok drama ni. Salute lu bro! Cerita ni memang best, so, pada sape-sape yang tak pernah tao, better watch out.

Actually, aku dulu nak tengok cerita ni sebab aktor dia jek, si Remy Ishak tu. Suke gile die sejak die berlakon cerita Sindarela dulu.Ngee.....dalam cerita ni walaopon mula-mula tu watak dia cam keras kepala,aku tetap suka...hehe...

Okey. Bila tengok cerita ni, aku cuba meletakkan diri aku dalam diri Nur Amina.Konflik di mana ditinggalkan Adam, suami yang pada mulanya diri sendiri tak rela untuk terima, digantong tak bertali selama dekat 4 tahun, then dalam masa yang sama terpaksa bertarung hidop di UiA sorang-sorang tanpa bantuan pamili, belajar pulak dalam kos Architecture yang memang pecah kepala, dalam masa yang sama jugak terpaksa diamkan diri dari pamili sebab tanak pamili tao hal sebenar, then bila grad, dapat keje, baru nak kembali ke pangkuan pamili dan cerita hal sebenar, hari yang sama si suami kembali ke sisi, dalam keadaan yang dah banyak berubah kepada kebaikan, dengan lagi hensem, organized dan tough, kembali memperbaiki kesilapan, meraih cinta semula yang semakin dah hilang dalam diri.

Persoalannya, korang nak tak terima Adam tu dalam idop korang balik after ditinggalkan tanpa belas kasihan dekat 4 tahun tanpa nafkah zahir dan batin?

Aku rasa, entahlah..kadang-kadang, bila kita terluka mana pon, kalo ade rasa cinta tu dalam hati, sikit-sikit akan terbukak ati jugak kot...espeseli if lelaki tu dah berubah sepenohnye.Pompuan kan, kadang-kadang memang cam kerak nasi.

Tapi, lain cite la kalo ko dah benci gile kat dia. Memang nak kene maki hamun la kalo datang balik. Lantak la kalo ko ustaz pon...isk..isk...tak baik kan?

Apepon, pendapat aku satu jek. Tak salah bagi peluang sekali lagi. Jodoh tu kuasa Tuhan. Bukan kita untuk nafikan jika ia memang ada :)


Aug 16, 2009

Puisi,

benci

bencinya setiap kali melihat
bencinya setiap kali kau mendapat --
walau sekadar senyuman, aku benci
apatah lagi bila kau tidak reti--
menyimpan walau senyuman

kalau ku dapatkan
akan aku simpan di dalam kotak kecil
dan kotak itu akan aku tanamkan.

bencinya melihat
bencinya melihat

melihat kau--
dipuja dia
dirangkul si dia
dipegang si dia
dimanja si dia
dibelai si dia
dipuji dipuja
dimanja segala.

benci
benci

kekasih seumpama itu sepatutnya kau tatangkan sampai ke awan biru
sepatutnya setiap inci kulit itu kau bau dan kau simpan ke mana-mana pergimu

bencinya melihat kamu dikasih disayang
bencinya aku melihat kamu kerana aku mau dipegang
sebegitu indahnya sebegitu rasanya
sebegitu mencinta sebegitu rasanya


***


hey manusia, kau terlalu jauh walhal sejengkal jarak kita
hey manusia, lihatkan aku lihat depang ini terbuka
di suatu masa yang kamu dibuang ke kiri kanan sini sana
aku sudi mengambilmu walau di celah mana-mana

aku ingin engkau melihat aku tapi tembok tinggi mengekang jiwaku
aku mau dilihat sebagaimana kau melihat
aku ingin dipegang sebagaimana kau memegang

aku ingin dicinta
tapi kau bukan milik saya
milik saya
milik saya
milik saya

benci
benci
benci



***


ku bunuh dia malam ini


aku curi kisah seorang audien siang itu ketika di 3 venus. ditulis rahsianya dalam nota kecil, tanpa nama: "aku mencintai kekasih teman aku sendiri. dan dia sangat dekat, sekarang ini". dem. aku suka.

*Fyn is Telling U Something

Tak sempurna :(




Muka kebosanan.

Today feels so stupid, boring and so on.What a boring Sunday! Actually aku banyak sangat keje. Thesis chapter 1 aku baru alter sket-sket, chapter 2 baru nak cari background case study, chapter 3 patut da buat tapi haram tak sentoh langsong. Esok ade presentation untuk site inventory and analysis, slide yang ade tu aku tak sentoh sangat pon. Kenapala aku malas sangat ni?

Masa balik rumah aritu, aku dah cakap kat abah, aku dah malas sangat study, aku dah malas sangat berada dalam lapangan keje yang aku sedang amek sekarang ni sebab aku dah rasa penat sangat nak berpikir, dah penat nak kene hentam selama dekat 5 tahun ni......baik aku masuk Akademi Fantasia jek kalo dah setiap minggu ade pengkritik yang nak komen keje aku. Its gud for better achievement tapi sometime aku nak ade kebebasan dalam hidop yang aku rasa dah hilang sejak aku ada dalam kos aku ni. Cita-cita aku yang aku tulis dalam report card kuning masa sekolah rendah dulu tu rasanya dah tak boleh nak tercapai kot. I can't to be an architect anymore, bukan sebab aku gagal, tapi sebab aku sayangkan life aku...

Abah cakap kat aku aritu, biasala, dah final sem, memangle jelak nak belajar.Dah tahun penghabisan. Hurm, aku cakap, aku tak tao la. But i have to struggle. Ni, abis studi ni, nak kene pk cari duit pulak. Tapi, tu takpe. Itu bende yang aku tunggu. Nak pegang duit sendiri, so ape-apepon aku tak payah nak susahkan abah, mama, ataopon Along lagi.

Haih, busannya. Aku pon dah tak larat nak dok Shah Alam ni sebab aku rasa tempat ni macam hantu. Menghantui aku ke mana aku pergi.Haiyak, macam lagu kumpulan Dewa lak~Kosong. Yup, memang aku rasa idop aku kosong sangat. Mungkin ada kawan-kawan, tapi aku pon tak tao, something still missing. Aku kene pegi tempat lain la, mencari kehidupan baru yang mungkin lebih sempurna.

Dan, sebenarnya aku jugak sedang struggle lupakan sesuatu. Itu yang buat aku rasa penat hari-hari kot. Pernah tak korang rasa, korang pegi mana-mana, korang harapkan jumpa sesuatu, tapi korang tak jumpa. Then rasa kecewa sendiri. Pastu dalam hati sebenarnya dah terltetak prinsip untuk mulakan hidop baru, lupakan semua tapi sebenarnya takde ape yang berubah. Semangat tu je statik.



Aug 14, 2009

Mohd Faridzol Anuar

This post i would like to dedicate to Mohd Faridzol Anuar, a friend of mine :) Actually tadi dia bagi aku lagu Kal Ho Naa Ho yang aku dah lama cari, tak sangka ada simpan dalam hp beliao. Weeee....suke. So ni kira aku belanja beliao balik :P

Hurm, dah dekat 2 tahun kenal beliao. Get to know him better. Tengok fizikal sexy kot, tapi dalam hati ada taman. Hahaha. Tak boleh cakap kasar sangat ngan beliao sebab nanti akan terasa.Aku pernah kot tertinggi suara dalam phone, pastu beliao terasa hati. Alalalalala.

Sepanjang mengenali beliao, ada something yang sangat menyentuh hati aku. But, bila pikir balik mungkin aku yang complicated thinking, so i jez let it go. Takde apela. Itu sebahagian daripada process mengenali diri beliao yang unpredictable. Bukan dia seorang kot, semua lelaki pon aku rasa camtu. Susah untuk paham. Kalo aku gay, mungkin boleh paham. Hahaha.

Masa terbaek yang aku pernah ada bersama beliao adalah masa aku prepare gulai tempoyak untuk beliao. Seronok melihat beliao makan, sambil kami berkongsi cerita dan ketawa. Seperti takde apa bende lain yang nak dipikir lagi time tu.Chill! Tapi, setakat ni gulai tempoyak aku tak dapat gred A lagi daripada beliao. Cit ,kedekot markah.

One moment lain yang aku maseh belom lupa ialah masa mula-mula kenal beliao, spending time berbual di bawah blok aku, berkongsi cerita mengenai diri masing-masing.At that time, i know he has gone through the whole bunch of sorrow n obstacle in his life journey. And,a bit proud of him.So strong.Haih, puji banyak-banyak pulak. Bukan pe, selalunye aku rasa nak tampo jek sebab tak suka bila beliao selalu kacao aku dengan pandangan maot dia yang boleh menikam hati tu..heee...

Apepon, setakat ni, aku rasa beliao antara kawan yang baik untuk berkongsi cerita suka dan duka bersama walaopon banyak hal yang kadang-kadang misunderstood.Jadi, itu sudah memadai.Its more than enough :)

As friend, aku tetap doakan dia dapat apa yang dia impikan.Teroskan mengejar impian dan membina masa depan. Its hard, i know, coz i feel the same, tapi kita takde pilihan.

:)









Aug 11, 2009

my kind of boy- mizz orange tagged me

1.Do you need him/her to be good looking?
Hurm, cukup sekadar mataku sedap memandangnya.And he sweet like cik Midi...hahahhaa..

2. Smart?
yes...

3. Preferred age?
older than me dlm beberapa tahun...

4. Preferred height?
taller than me at least...

5. How about sense of humor?
sure....

6. How about piercings?
nope...

7. Accepts you for who you are?
yes...coz if i like somebody, i will accept the way he is.

8. Pink hair?
hitam

9. Mushy or no?
in between..

10. Thin or fat?
sedang2 aja...(lagu Iwan)

11. Black, Brown or White (skin color)?
hitam manes :)

12. Long hair or short hair?
short hair...

13. Plastic or metal?
sponge..hehe

14. Smell good?
yes please...

15. Smoker?
it doesn't a matter.

16. Drinker?
nope...

17. Girl/Boy-next-door type?
i don't mind...

18. Musically inclined?
of course!

19. Plays piano?
i don't mind...

20. Plays bass and/or acoustic guitar?
sure...teringin to have someone that can play guitar...

21. Plays violin?
no need...

22. Sings very good?
Tak kisah, asal boleh layn rock kapak brsm saye..:)

23. Vain?
nope..

24. With glasses?
er, tidak mahu...

25. With braces?
i don't mind..

26. Shy type?
plz, i wont.

27. Rebel or good boy/girl?
in between...

28. Active or passive?
active!!!

29. Tight or bomb?
i don't mind....

30. Singer or dancer?
singer

31. stunner?
no need

32. Hiphop?
nope....baggy jeans....no no...

33. Earrings?
nope..

34. Mr/Ms. count-my-ex-girlfriends-until-you-drop?
try me..

35. Dimples?
sure...

36. Bookworm?
as long as he's not boring...

37. Mr/Ms. love letter?
sure..I love writing love letters....

38. Playful?
sure...

39. Flirt?
with me!

40. Poem writer?
sure...sweet...

41. Serious?
depends on situation...

42. Campus crush?
Haha..tidak mahu..

43. Painter?
i don't mind....mungkin one suit day kite leh painting sama2 kat tepi bukit tgk view..:)

44. Religious?
melakukan ape yang disuruh dan meninggalkan ape y dilarang

45. Someone who likes to tease people?
nope...

46. Computer games geek? Or internet freak?
skit2 sudah...

47. Speaks 20 languages?
errk....no need to be that much...haha

48. Loyal or faithful?
i need both please...

49. good kisser
sure...

50. loves children??
yes...

Aug 8, 2009

My adored Abah

Pagi Ahad ni tak ke mana. As usual bercumbu dengan design. Haih, sesak nafas plus penat.Opss, takleh merungut coz it's a part of ibadah gak kan..belajar.

But abah text me. Bagitao beliao rasa sedih dari pagi tadi. Aku tergelak sorang-sorang. Tapi, sikit rasa tersentuh, oh of coarse la. Actually mama pagi tadi gi Melaka with her group of friends. Follow Datin, something like that la. So, tinggal abah sorang-sorang.

Thats why abah sedey kot. And he told me that beliao tak larat nak makan. Opah masak pouridge pon still takde selera~ penangan bila mama is not around abah.Lol!

Hurm, that wat make i proud of abah.Sometime he doesn't show us his care and love to mama, but deeply i knoe mama is her true soulmate. Eternity. InsyaAllah.


So, for his birthday that will come in jez these few days, ingin dikatakan di sini,

"U're my hero, my everything. Sayang abah. Selalu,happy birthday....."



My bestfriend's wedding

Tomorrow afternoon, my friend will attend her ex's wedding. Dan, hari ni aku tengok dia agak tak betol. Maybe sebab keje pon banyak atao mungkin sebab lain. Tapi, obviously, tadi dia nampak agak tak senang satu hari.

Hurm.

Keadaan ni aku juga akan lalui akhir tahun ni. InsyaAllah.

Aku tak dapat nak berteka-teki lagi apa nanti aku rasa on that time. Tapi, masa majlis pertunangan dia dulu, satu hari suntuk aku rasa ruang pernafasan aku makin mengecil hebat. Dan, putaran jam menjadi teman setia coz kalo boleh time tu nak cepatkan masa supaya hari penoh emosi tu bertukar ke hari lain.

Anyway, sekarang ni aku rasa aku ok. Im now pretty happy.Cuma, jangan paksa kenangan lama-lama tu pergi. Aku tetap rasa ingin menyimpan.

Dah, nak sambung wat keje :)









Aug 6, 2009

sindarela





Drama ni simpan seribu kenangan tersendiri pada aku. ..teringat macam-macam. Boleh ditayangkan lagi tak?

Aug 2, 2009

10 things i hate about them

Lelaki. Ini ada mesej untuk mereka yang berkenaan.Sila abaikan jika tidak ada berkaitan dengannya.

1.Aku tak berminat nak jadi spare-tyre atao orang ke-3 dalam any hubungan walaopun kadang-kadang pertemuan dan perkenalan tu kita tak jangka dari awal dengan siapa. Aku takde masa.

2. Tolong jadi diri sendiri ketika berjumpa aku. Aku dah cakap banyak kali, keluar pakai selipar, short dan baju bundle pon aku tak kisah. Tolong jangan heavy, macam orang nak pergi party kat club.

3. Aku independent dari kecik. Jangan manjakan aku sampai aku tak boleh nak buat apa dengan diri sendiri.

4. I'm workaholic. Serius. Tengah aku bekerja aku tak perlukan SMS dari sesiapa untuk bertanya samaada aku sihat atao tak? Dah makan atao belum? or nak tido kol baper? It will disturb my concentration.

5. Im also unorganized person. Setakat aku still single ni, aku rasa biala aku tentukan idop aku sendiri. Biala nak tungggang terbalik ke, don ever determine my life. Aku ada masa sendiri bila masa aku nak mandi, nak makan, nak keluar dengan sape, or nak tutup hp satu hari ke.

6. Lagu ni jiwa. Jadi, mesej cinta tak sampai melalui lagu yang bukan jiwa aku. Berapa kali aku dengar pon mungkin aku tak dapat ingat melodi dan liriknya. So, jangan komplen if aku buat dek bila lagu dah diputar banyak kali tapi aku tak paham maksudnya.

7. Sorry, aku paling tak suka menunggu orang dan aku juga tak suka orang menunggu aku. Jadi, dah cukup terang kot untuk di terjemahkan lagi.

8. Pemikiran aku maseh konservatif rasanya. Duduk kat kampung dengan opah dari kecik,paham-paham jela. Nilai ketimuran tu aku pegang lagi. Mungkin ade certain cara hidop orang bandar sekarang yang aku tak dapat nak adapt, jadi jangan teros consider aku boleh terima. Aku tak terlalu open-minded.

9. Sebelum kamu kol aku, bersedialah dengan bende yang kamu nak ceritakan. Tak perlu samapai aku boleh menggoreng ikan sementara menunggu kamu menyusun ayat.

10. Aku bukan budak sekolah menengah baru belajar nak bercinta. Setakat ayat " u jump, i jump" aku dah bosan nak dengar. Tahap umur cam aku dah tak layan ayat berbunga kot. Apakata kamu berkongsi dengan aku tentang cerita yang lebih realistik dan ada unsur patriotisme.